Tak perlu khabar ke aku kata sayang, kata-kata kau mahu, Tak perlu dendang lagu beirama dengan gitar kau angkut bersama datang pergi kerna hati aku masih pada dia yang satu. Pada kau punya masalah dicorong telinga, mungkin? Tidak mendengar? Atau hati kau sudah berbingkai keluli?
Jantan, aku tak mahukan engkau semak dalam diri kerna aku punya Jiwa seorang dia Si penambat hati. Sampai bila kau mahu begini? Terus-terus lagi? Sampai kau ditembak mati baru tahu erti berhenti?
Sudahlah jantan aku muak dengan karektornya engkau, selalu minta dimaki. Merapu yang bukan-bukan seperti adik ditingkat sekolah rendah mencuba aksi beromen. Sudah aku amarankan jangan cuba dan terus cuba tapi engkau masih lagi minta untuk diterima. Sakai! Woi berhenti! Aku tak mahu bermain ganas dalam permainan bodoh. Mengerti? Berhenti nanti aku dilaman rumah, berhenti texting aku berpujangga meleweh,
Berhenti.
Sebelum kekasih hati pulang ke sisi. Baik kau berambus pergi. Angkat darjat jadi tinggi.

































