Sunday, 8 June 2014

sepak terajang kau

"Aku akan belajar ilmu sepak terajang hanya untuk bagi makan pada manusia hebah tentang darah aku, walau engkau berbelas tahun aku kenal"


Hilang sabar.

Saturday, 7 June 2014

Kau dengan zombie sama ke?

Kau kata kau kenal semuanya, luar dalam atas bawah habis semua kau tahu. Tapi satu, kau minta orang jangan under istimatedkan engkau, sebab? Siapa boleh kenal sama kau bukan?

Mulut menjawab kau tolak sentak kepala kawan tu kat dinding. Kalau dinding oh indah kaca. Indah juga berdarah. Harap matilah.
Kena ditipu kau sepak terajang, kau bagi makan penumbuk mana sempat dia nak kunyahkan. Asal kau suapkan, bagi selesaikan tanggungjawab kau?
Sedap kawan makan. Sendawa berlillah kawan makan semua tu. Alhamdulillah kawan kenyang al maklumlah semuanya percuma. Sikit pun tak bayar. Hanya penat sikitlah. kan?

Apa ada hal dengan kau. Asal kau puas selesaikan tanggungjawab kau.
Asal terpelajar kawan tu ataskan tindak tanduk kau.
Oh kau baran mungkin.
Ini gayanya?
Begitu?
Hoooooii kau. Kau buat kawan takut sama kau. Kau bukan tuhan. Kau buat kawan hilang hormat pada kau. Bukan ke bangang gaya kau?
Kawan makin tak faham dengan manusia yang begini gayanya.
Yeahhh kejayaan kau adalah kemenangan memijak henyak kawan. Pergi mampus walau perempuan bukan lawan.

Siapa suruh kurang ajar? Oh, "perempuan tu kurang ajar" kata kau.
Oh Allah ke rasulullah atau siapa yang minta kau jatuhkan hukum?
Kalau cakap pasal ibu abah tak ajar confirm silap besar karag kau suap kaki pula. Huhhh fikir mana kau nak. Kau boleh pilih mana kau nak.
Patah hidung pun tak ada hal dah pada kau, "Maaflah abang marah sayang kurang ajar dengan abang tadi, abang minta maaf lain kali sayang jangan buat macam tu lagi, sayang tahu kan abang macam mana?"

Ok perempuan kau terima je lah manusia tu dengan maafnya. Kau kuat. kau kukuhkan diri, walau kau paksa diri mana ada siapa tahu. Kau kuat.

Bukan suruh ikut telunjuk jari. Habis apa? Perempuan kau bodohkan diri. Itu yang dia nak sampai kau mati.
Jangan menghukum sangat. Senang kerja kau, bunuh campak dalam tong sampah. Bagi anjing makan, baru puas kau.

Tanggungjawab palat kau.
Baran celaka apa kau?
Bangsat.
Kau tampak semuanya jahat belaka?

Ada apa dalam kepala aku?
Zombie.

Thursday, 5 June 2014

hari-hari lain.

Semalam baik-baik. Termuntah-muntah, terbahak-bahak, Terserius mius melayankan itu ini.
Hari ini apa jadi?
Berantakkan.
Asal asal?
Apahal yang kau boleh jadi ganas macam seladang?

Sebabkan perempuan itu malas mahu dengar hujah si hati.
Bersepai ke dinding dengan enaknya.
Dentum perlahan.
Tapi, perempuan nak tunjuk ganas.
Marahnya si perempuan cakap sakit. Dilempar nya kapal terbang gigih.
Ya Rabbi.

Berdentum dan sekarang apa cerita?
Semua sempurna ke sedia kala.
Saat tak waras melanda.
Rumah tangga porak peranda.

Alhamdulillah semunya selamat.

Wednesday, 4 June 2014

Kau nak jadi apa? Tuhan?

Ini perempuan yang who always put that thing on her head. At the same time. Dia guna bong untuk gatal-gatal tenangkan hidup sendiri. Asal??

Baca bible,
Masuk church,
Ambil ganja,
Keluar kadang dedah rambut ikal cantik,
Baca quran,
Masuk surau, masuk masjid,
Sayang hijau,
Berhijabi dalam ketat seluar.

Apa kau nak cakap?
Lagi bagus kalau tak pakai tudung?
Jangan mahu tutup aib dengan gaya macam tu?

Nak tanya harus apa kau ambil tahu dalam macam tu?
Apa kau buat?
Judge guna bibir mutiara kau?
Alhamdulillah pada kau yang berubah dengan indah hidayahnya.
Tapi kalau kau terus bercakap itu ini.

Kesiankan kau.
Ingatlah kau bukan tuhan.

Sekarang untuk kau.

Kau ajar aku satu-satu. Jangan menjawab, jangan layankan parasit-parasit hinggap. Silibus kau sangat masuk dalam hidup aku. Madu ke racun?
Kau antara yang hebat, bukannya kau suruh aku tunduk pada setiap tindak tanduk kau semata. Ya layakanya gitu. Kau bukan tuhan pada aku. Tuhan juga jadikan kau atas pinjaman kuasa Dia. Kau sedar kau sama dengan aku dan mereka?

Tapi makin lama sekarang makin aku tak faham. To the other simple word aku boleh sampaikan aku makin jahanam kalau terus perlihatkan engkau. Takut aku terbawa-bawakan. Kau kan jenis melanggar semua asal kau rasa apa mahu kau.

Kalau satu hari kau kena hunus dengan tajamnya satu cerita macam mana? Yes, Sayang  jangan tertanyalah on that time. Gaya kau sembang? Gaya tersangat sembang.

Maaflah aku biadap teruk.
Bukan mahu salahkan kau. Jangan obvius sangat. Tak aku pakai microscope masih tampak jelas kuman-kuman kau.

Tuesday, 3 June 2014

cerita miss belon.

Aku punya yang baru.
Sayang sama kamu Miss belon <3
Jaga aku,
Terima kasih miss belon.
Sabah maliii.
Miss belon baik hati.
Layan kami elok-elok dekat sini,


Sama-sama tabah ok miss belon?
Parasit mengganggu jangan layankan,
Lempangkan semata.
Mereka semak.
Kami tough sama-sama.



Monday, 2 June 2014

Sentap anak muda.

Kami anak muda, Masih ada impak tsunami mahu kami tamatkan.
Kami anak muda masih telaah satu-satu aksi dusta para durjana.
Anak muda ini tidak mahu khatamkan kitab dunia ini, tidak mahu sama sekali!
Banyak lagak sana sini,
Banyak persendakan kaki sana, kaki sini,
Berbagai haram kejadah lagi.
Mahu terjumpa intan tulen satu dalam sejuta.
Ini kisah dunia kata kamu berdua.


Kami anak muda yang disisihkan,
Kami dilemparkan,
Tersudut terdampar. Kenapa?
Yang melahirkan dari benih yang sahih hanya dilayankan anak muda ini ibarat kertas,
dihembus angin.
Bersepai sana sini kami si anak muda,
Anak kamu berdua.
Tahu ini halal dari kamu. Ingat?
Masa kamu bersetubuh sama pada malam kamu mahu ingin terjadinya aku insyaAllah dengan izin yang Esa.
Terpancutnya air mani salah satu dari kamu.
Terjadinya aku dalam nafsu kamu berdua.
Dengan izin Allah.
Ingat?
Kamu asyik dikamar saat itu, beromen bersama.


Kami anak muda, bukan dugong dipersisiran lautan,
Kami anak muda yang bangkit dengan jiwa sendiri. Kerna apa?
Kerna ibu bapa kami.
Mana mereka?
Masih belum mati, tapi apa sedang jadi pada anak muda ini?


Aku tak berapa pasti.
Tak mahu tuding jari.
Ada akal fikir sendiri, kata-kata lama kamu berdua makan garam sebelum anak muda ini.
Dan sekarang apa sudah jadi?
Anak muda ini sedang beraksi dipentas yang tidak terjulang.
Tanpa ditonton kamu berdua.
Kenapa dengan kamu berdua?


Kami anak muda baru mula berumah tangga, tanpa tautan bersama kamu berdua.
Hanya anak muda bersama cinta.
Inikah namanya?
Mengaku mahu tidak?
Harap kamu berdua waras dalam tindak tanduk pada hari nanti-nanti.

Sunday, 1 June 2014

Luah sini tengok apa jadi.

Kalau luah sini dapat apa?
Dapat maki,
Kalau luah sini dapat apa?
Dapat tanda soal itu ini,
Kalau luah sini dapat apa?
Dapat pada yang terasa,
Kalau luah sini dapat apa?
Dapat berantakkan,

Dan aku manusia yang harus katup mulut,
Katup supaya jadi benci?
Tak payah hurai rasa hati,
Tak payah hirau makan diri.

Sedang aku selalu sangat menipu diri sendiri,
Atas ada yang memberi impak tinggi,
Kini.
Aku pasti meninggi.
Pergi mampus aku taknak cerita apa-apa lagi.

Gara apa?
Gara-gara menjaga hati.
Bagi utuh rumah tangga ini sedang hati mati.
Kerna ditikam hari-hari.

satu cerita perempuan.

Satu sektsa sudah berlayar, Seorang perempuan yang dicekik atas khilafnya diri tidak mahu rendahkan egonya sendiri.
Datang si buah hati menghayun tangan ke pangkal leher, kerna diri sudah dicabar.
Perempuan termakan diri, padan muka.

Dan itu sangat menakutkan. Jangan hampir dengan dunia aku ini.