Saturday, 27 April 2013

lena

"Susah aku lihatkan ragam kau begini, senang aku duduk payah hati aku parah, risau memuncak amat. Lenalah sayang moga cepat sembuh kau datang."

sakit

Asyik aku layankan,
Satu-satu aku perhatikan,
Untuk yang seterusnya,
Kenapa sayang?

Engkau mengadu,
Kata engkau sakit,
Kenapa tiba-tiba?
Sakiit macam mana?

Engkau merengek,
Hanya memek sakit engkau sampaikan,
Aku risau,
Kenapa ni?

Dan akhirnya sekarang bisa dah menular seluruh jasad engkau.
Tubuh kau panas, amat.
Aku doakan kau sembuh cepat.
NJ


Friday, 26 April 2013

kau punya

Aku marah,
Aku rencatkan rasa,
Aku datang,
Aku dakap kau erat,
Aku cuba.

Tadi aku sakit amat,
Engkau tak bikin apa,
Bertanya semata,
Itu bukan kau bagi aku,

Aku marah,
Dan itu kisah tadi.
Sekarang,

Aku masih melayankan kau yang sedang melayankan sakit,
Aku cuba adakan,
Aku untuk kau.


Thursday, 25 April 2013

sundal


Cerita pagi ini, ada yang bermonsun dalam badan,
Cerita pagi ini, ada yang dilanda badai tsunami,
Cerita pagi ini, ada yang minta aku maki,
Cerita pagi ini, ada yang minta susulan busuk hati,
Cerita pagi ini, ada yang harus sedarkan diri,
Sundal!
Jangan jadi yang lain menyundalkan diri tanpa pengetahuan sendiri.
Jangan mahu jadi sundal murahan, 
Tak tahu cerita tahi lagi, mahu dia minta makan tahi.

Tuesday, 23 April 2013

0

Aku nak kau tahu yang aku ini hebat,
Hebat dalam permainan rasa,
Rasa yang aku buat sendiri,
Sendiri dalam senyap aku layan,
Layankan sampai mengalir deras,

Dah aku bagitahu bukan?
Aku tak mampu yang benarnya?
Aku dah nyatakan bukan?

Aku serabut,
Aku bodoh!
Aku kosong!


so so long


Merapunya engkau satu-satu,
Apahal?
Melalak kuat amat,
Muka engkau penuh perasan,

Tangan engkau hulurkan,
Asyiknya,
Seronok aku melihatkan,

"SO SO LONG"
Apa itu?
Carut apa engkau?
Sampai mengokol aku menahan,
Aku tertawa hebat,
Pelbagai ragam,
Engkau tonyohkan atas aku.

Aku meraba rasa selesa untuk aku engkau,
Selalu aku mainkan bibit bersama. 
Harap aku kuat tempuh itu ini bersama.






sewel

Habis punah dunia aku,
Ini yang tulen dari aku,
Sikit pun aku tak memutar kata,
Ini tentang dalam aku,
Hati aku,

Serangan ini buat aku maut sendiri bila melayankan,

Engkau datang,
Aku tunggu,
Engkau senyum,
Aku mencair,
Engkau pegang,
Aku menggelabah,
Engkau kenyit mata,
Aku mengharapkan,

Habis semua buat tak keruan, bergetar satu prosa kata yang keluar,
Memang engkau puncanya aku sewel.

Satu cerita yang aku tak tahu manakan gaya pengakhiran cerita aku kau ni. 

sikit

Lama aku cari, satu pun tak datang, 
Lama aku tunggu, satu pun tak sampai,
Lama sangat dah ni,
Apa nak bikin?
Semak dah hati aku ini,
Otak aku dah berkelahi,
Celaka.
Perasaan aku kenapa?
Makin kosong?
Dari hari ke hari?
Hati,
Kuatlah sikit. 

Tuesday, 16 April 2013

Tolong

Mahu tidak, engkau sudah pun melangkah,
Datang mengetuk perlahan,
Tapi perlahan engkau?
Habis bikin kemek jahanam,
Pintu hati aku engkau remekkan,
Gaya engkau?
Ganas,
Aku makin sakit.
Sakit jatuh cinta.
Cinta yang aku tak tahu maknanya,
Aku cinta engkau,
Tinggalkan aku, aku makin lemah.
Aku tak seganas dulu.
Tolong aku.

BODOH

Bodoh aku melayankan, Bodoh aku tak kenankan, Bodoh aku diperbodohkan, Bodoh sekarang sakit.
                                                 Engkau bodoh wahai siBODOH

boneka

Kata engkau menghunus,
Ghaib segala ceritera,
Ceritera aku dan engkau,
Sikit-sikit sepi datang,
Menghempap padat,
Aku rebah rupa boneka,
Longlai,
Aku makin tak bermaya,
Dengan engkau.

kata

kata-kata engkau,
Berpusing,
Bermain,
Semuanya dalam benak,
Mahu disimpan?
Mahu dibuang?
Rasa aku makin hilang,
Tak reti menahan lagi.

Gelinang

Bergelinang kini,
Lama sangat aku menahan,
Terburai,
Berderai,
Berkecai,
Aku kalah!
Air mata meludah,
Terduduk melayankan hati.

Sunday, 14 April 2013

malam

"Sampai satu hari ini semua akan nampak lain dari hari yang lain, Seperti ada satu malam, hinggap satu dakapan yang perlahan bagi aku tenang jiwa, ada satu ciuman, bagi aku lena dalam dakapan malam"

Saturday, 13 April 2013

engkau

Aku masih lagi melayankan deruan angin yang tak berapa kencang dari angin buatan manusia sendiri, aku leka melayankan segala naskah yang diselak perlahan depan mata,
Celaka!
Aku terbaca satu cerita tahi, apa yang dimaksudkan? Sial lah, ruangan ini tentang apa?
Dan ini adalah pendapat aku,
Aku ada satu, Satu ibu, satu abah, satu abang cuma aku ada 3 adik yang pasti aku hanya ada satu prinsip, bagi aku seseorang itu akan berubah. Kalau hari ini engkau sakit melayankan kerenah dia, dan esok? Engkau tak perlu untuk memilih lebih. Itu semua dalam dunia engkau semata, mahu yang perfect dan engkau? Jahanam, entah mungkin engkau juga murahan. Jangan bergelar sundal!
Jangan minta manusia kesian pada engkau kerana mereka harus kesian akan jasad sendiri dari engkau. Engkau hanya sampah semata. Itu semua atas pandangan mata, atas satu tanggapan manusia, yer! Yang sama macam engkau. Jangan pandai hanya menunding jari menghebah cerita bau dah setahap bangkai anjing sebelah rumah engkau. Ya rabbi! Berhenti. Jangan minta engkau dicelakakan lagi.
Sedarlah diri.
Alaaa bagi aku ini semua najis busuk semata. Busuk engkau memang memanah hidung,

mahu

Aku mahu satu jasad,
Mahu aku dakap habis puas,
Aku mahu satu bahu,
Mahu aku alirkan titisan air mata,
Aku mahu sepasang tangan,
Mahu aku berpahut untuk bangkit,
Aku mahu satu suara,
Mahu aku diberi kata semangat,
Aku mahu satu ciuman,
Mahu aku dahi dicium tenang,

Aku hanya sekadar teman yang selalu berdamping sama. Sampai nanti engkau puas,
Engkau hanya tinggalkan kesan dalam dari kerakusan engkau merogol hati aku yang paling kejam.

Friday, 12 April 2013

Gunakan

Rasa ini anugerah,
Semua terima dengan percuma,
Bukan payah nak jaga,
Mudah, 
Hanya pandai dan bodoh semata,
Dan kini, 
Aku sedang pertahankan tembok pengawasan,
Yang sikit-sikit mahu rebah ke bumi,
Aku sedang lawan,
Hingga hilang kuat kuat badan,
Aku sedang tahan,
Biar yang berderai, berkecai, terkulai, terburai,
Satu-satu aku simpan serpihan,
Biar boleh bina,
Yang hebat, tegap dan kukuh,
Untuk aku satu masa pelayaran nanti.

Wednesday, 10 April 2013

gula gula


Bernanahlah hati aku kalau nak melayankan engkau yang memang termaktub macam tu, engkau tahu tak yang sebenarnya aku bosan dengan ini semua? Apa kau tak bosan ke apa? 
Sudahlah tu aku ni dah penat. Sedar tak yang kau tu sebenarnya dah meningkat umur dari tahun ni sampai jumpa tahun depan?
Oii!! Payah kalau nak cakap dengan kau depan mata, so sekarang kau hadap ni, kau baca. Aku memang panas hati nak bawak mati.
Tak ada sekali kau nak bagi aku peluang menang dengan ayat aku kan? itu aku cakap aku dah penat. kali ni tolong bagi ruang sikit jangan nak berlagak betul je kerja kau eh? aku menyampah. Sampai bilalah aku nak layankan perangai kau gitu agak-agak? Bak datang bagitahu dekat aku sikit.

Ni sekarang aku tiba-tiba teringat kejutan kau bagi lolipop dalam nikon centre, yang kau bajet bajet sweet tutup mata aku sambil nyanyi lagu birthday untuk aku tu? Ingat tak? yess, kalau kau ingat bagus, pernah tak kau fikir yang aku fikir apa?
Kenapa gula-gula? Kalau kau layankan rasa manis gula-gula tu kan lama kelamaan bukan hilang ke manisnya macam tu je? Habis sebatang gula-gulakan? Kau memang nak yang macam tu ke?
Itu je ke tahap kau dengan aku?
Kau tak sayang aku lagi dah la ye lepas ni?
Kau nak aku ni jadi gula-gula semata ke?

Dah lama sangat aku rasa sekarang, pergi mampus kau nak kata aku gatal ke mengenyam lebih ke apa, Aku nak kau tahu yang aku memang dah tak boleh, Engkau bila nak masuk minang? Simpanlah duit kau, Tunjukan lah dekat aku yang kau boleh nak jaga lagi baik dari sekarang. Jangan biarkan aku reput nak tunggu kau. Aku tunggu kau jadi imam. Imam untuk aku. Amin. 

selamat pagi hari ini


Taipan aku bermula pada awal hari, Ada karutan bising teriak yang mengejut,huiishh ghairah amat suara batin engkau. Dengan rasa beban paksa mata yang berat buka sepenuhnya mendengar bebelan gundah gulana manusia, ramai tersangat,
Serangan engkau bikin panas, sampai mata berat pedih nak terkatup rapat semula, 
Ada juga bunyian gampang manusia yang berjentera kereta kebal, memanah laju nak ke tandas, tak tahan menahan tahi dihujung punggung. Eishhh ini dunia pagi hari ini. 

Aku perlahan mahu menyambung perjalanan mimpi yang engkau sangkutkan tadi. selamat pagi

Tuesday, 9 April 2013

separuh badan



Dalam gelap aku sendiri,
Cahaya depan mata hanya menyakit perit,
Menghimpun lagi si silau pedih,
Minda kemek berkecemuk,
Bergaduh ganas,

Sekarang,
Aku sakit dalam senyum sumbing,
100 kini yang tinggal hanya 20,
Pencarian 80 manakan hilang?
Ghaib pantas,
Aku terlanjang separuh badan.

Tolonglah engkau,
Aku makin perit nak melayankan sakit,

Tuesday, 2 April 2013

binatang manusia

Sekarang para sialan sedang datang meludah, busuk macam bangkai bau dia, engkau menentang itu ini. Tak toleh kiri kanan ke apa? Kenapalah engkau tak gunakan akal yang dipinjamkan percuma tu? Kenapalah engkau bazirkan? Jahanamlah. Jangan minta jadi binatang