Thursday, 31 October 2013

Tempiak

You dekat mana? Aaaaa. Boleh tolong I tak? Dalam TS ada nikon centre kan? You tolong tengokkan harga nikon d3100 berapa? Weyh, betulkan d31? Huhh ok betul You pergi tengok kat nikon centre harga dia berapa nnt I call balik kawan I nak tahu ni. Cepat tau!

Adiiikk!!
@#$%^&CH#%^SDFG)(*&^%

Tempiak ini aku kenal benar dari kecil lagi sudah dialunkan.
Ibu orang yang selalu sapa aku dalam lamunan kenangan. Tengah aku feeling-feeling layankan m Apa kacau steamlah ibu ni. Aku susun langkah menghadap tuan puteri kingkong depan mata (ibu)
Adik : Kenapa?
IBU : Kau buat apa dalam bilik. kalau dah dapat online dah tak sedar demam. Buat kerja rumah pun tak nak. Jalan pergi makan sekarang, lepas tu makan ubat. Bilalah nak sihat kalau asyik baring je kerja kau? ishhh!

Itu ibu aku, kalau bercakap ada gaya kerek sikit. Aku layankan juga. sekarang aku sakit. Terima kasih ibu cakap kuat-kuat dekat telinga ni huhh. Ibu aku prihatin garang namanya. Kau ada Ibu seperti Ibu aku? Kalau ada tahniah.Kau anak yang hebat untuk IBU TERHEBAT
Adik DENGAR adik faham. Terima kasih Ibu ingatkan adik makan ubat.

Aku sayang Ibu

Terbiasa

Aku terbiasa reportkan semua aktiviti harian aku pada dia, aku tak perlu twitter untuk share segala seribu satu emosi aku. Aku sangat terbiasa dengan dia, aku buka pekung aku sendiri pada dia. Aku sangat terbiasa, 

Situasi 1
r : I belum makan lagi hari ni.
R : Kenapa belum?
 
Situasi 2
r : I sakit kepalalah. teruk sangat rasa dia.
R : Pergi rehat.

Situasi 3
r : Yeah! Hari ni I dah berak.
R : Hahahaaha. Baguslah kalau macam tu.

Kadang aku perasan ini cerita yang sangat terbiasa. Semua dia layankan perlahan. 
Terima kasih adiwira.

Sakit #1

Aku hilang tutur bahasa, mulut aku ini aku kumat kamitkan untuk makan minum semata.
Hilang mananya suara?
Bergetar perlahan dalam satu bait aku sampaikan,
Sakit amat,
Siapa mahu jaga aku?
Ibu? Abah? Along? Baby? Amir? Aiman?
Keluarga mahu jaga aku?
Atau engkau?
Pari-pari lelaki?
Suara aku kelam,
Aku jaga aku sendiri,
Aku merajuk amat,
Ya Allah aku harap pulih cepat.

Ini

Aku mohon maafkan segala khilaf aku,
Terlepas bicara bikin amarahnya kau memuncak,
Mungkin engkau bukan dari sekutu aku,
Aku berdarah O serupa dengan Abah bapak aku. Mungkin kau beda. Tak serupa macam aku.
Jangan pernah mahu tiup angin kecil. Engkau sudah buat sini bersampah teruk serupa ribut katrina melanda berejam lamanya.
Mungkin kau boleh nyahkan diri. Bukan niat aku menghalau.
Harap kau faham pemahaman ini.

Dalam ruang infiniti legar sendiri,
Aku leka sampai jatuh terjelepuk atas permukaan empuk.
Sudahlah engkau aku pinta jangan mahu bagi remuk.
Aku tak mahu padang ini jadi padang bertempur penumbuk
Aku engkau pasti tak mahu hidup meringkuk peruk.

Tolong ambil mengerti tentang ini dan kini,
Masa ini masa kritikal untuk sebentuk hati,
Aku tak pasti kau tahu atau tidak tentang hati,
Mulut kau itu, janganlah buat hati mati,
Sikit lagi nafas aku pergi,
Aku sekadar menanti,
Jangan kau buat merana diri,
Tak bererti.

Perompak


Semalam aku mimpi, hoiii yang ini saat gemilangnya mimpi aku dalam rona romantika. Jangan main-main sama mimpi semalam aku ya?
Dalam aku melayankan jalan perlahan. tak ada tatanya etika. Cuma lenggang lenggok anak dara muda. Konon-konon sopan.
Konon-konon ayu,
Bukan dalam baju kebaya berbontotkan montok, 
Bukan dalam penggayaan sepatu setinggi klcc.
Aku bukan dalam celaka ini.
Bukan sama sekali.

Yang ini hanya kisah aku dalam mimpi si perempuan biasa yang bukan berbintikan Dato' cuma empunya cucu si Datuk. Segalanya biasa. 

Dalam tiba-tiba terjatuh tak tahu mana nak rautkan wajah malu, Siallah!
Gara-gara kau lelaki,
Si lelaki yang merompak hati ini. Bodoh! Sakitlah.
Woii sudah 3 tahunlah!
Pulangkan! Kau jangan main ganas dengan ini perempuan gila ya lelaki? 
Kau tunggu aku dapat snipper aku tembak tembus hati kau biar berlubang! Senang untuk kongsikan hati aku yang kau curi. 

Aku sedang mengenal pasti si perompak hati. 

Tuesday, 22 October 2013

Intan Payung

Aku senyum melebar.
Hanya aku yang dengar,
Sikit lontaran suara bersyukur,
Mengalir perlahan rebas kaca jernih,
Dari mata ini mengerti hati senang.
Melayankan kerenah sayang yang ragamnya,
Menghasil rasa tenteram,
Terima kasih Intan Payung,

Hebah

Berkocak sana sini, mulut tempayan mudah benar mahu dikatup rapat,
Mulut engkaulah manusia sial. 
Payahnya bukan main menjalang,
Berhebah sana sini,
Untuk kemenangan yang hadiahnya serupa tahi,


Cerita belakang

Kadang aku fikir apa masalah kau?
Masalah bodoh yang selalu kau buat,
Aku hulur sikit simpati untuk kau,
Siapa mahu jadi kawan baik kau?
Ini cerita zaman purba punya,
Zaman purba sekolah sama kau,
Malulah kawan sekelas,
Dengan perangai sial engkau,

Sudah boleh berlibur dalam kelab,
Otak kau masih upaya 6 tahun sudah,
Sagat muka kau dijalan,
Biar tak ada rupa sekarang,
Hilang segala celaka rupa kau yang indah,
Ini cerita belakang,
Sangat bangsat.


Empat


Untuk hari ini diri membanting tulang empat kerat dalam selesaikan segala urusan.
Alhamdulillah, 
Untuk sayang,
Untuk sahabat,
Untuk hari ini,
Untukmu Ya Allah,
Terima kasih.

-NJ-


Sunday, 20 October 2013

Bahas si pembahasa

Aku suka buka ruang baca semua sekali. Aku kaku bila tatap satu puisi atok janggut putih yang panjang itu. Bahasa atok itu kena faham dengan bait-bait kata indah yang dia sembur penuh karya tersendiri. Dia rembat apa dia mahu. Aku mengerti prosa atok melalui kamus. Sangat mahal bahasa atok.

Penulisan orang-orang macam ni siapa mahu faham dengan fahaman melapetaka kau? Silakan wahai sibodoh. Mahu menilai lebih untuk apa sibodoh? Sedangkan Si monolog sudah dapat rencah formal dan kesenian, engkau pula mahu meyeluk kain dalamnya. Untuk apa sibodoh? 
Hai sungguh bodoh kau sibodoh!

Nasihat aku, nikmatilah bahasa serta pembacaan ini perlahan-lahan jangan mahu gopah gapah. Macam mana mahu hadam? Jangan gelojoh. Takut sampai terpinga nganga membaca sedangkan sudah ke muka terakhir. Satu haram tak boleh kau pusingkan dalam benak.
Sebab benak kau membenak teruk. Hentak sikit bagi stabil ya?

Untuk aku ini adalah unik, Ini ekspresi diri. Dalam sesedap rasa dia ludahkan kata penuh gaya emosi. 


momentum

Aku bukan dalam arena itu, tak faham gaya penyampaiannya, tapi apa? Dia bentak mahukan jawapan. Ini sangat menyeksakan. Lama sikit aku peram rasa ni habis masam semua sekali.
Adik janganlah tanya lagi.
Ini momentum paling bodoh kesumat untuk celaka ini. Tiada jawapan nak bagi. Janganlah ulang lagi.
Tak reti, tolonglah mengerti. Apa soal kau berbaur saikotype mati?
Hishh!
Adik mana ibu? Kenapa ibu tak ambil adik pulang lagi?
Pergilah pergi!!!

Kak rara, kak rara. Kenapa MUSUH DALAM SELIMUT? Macam mana musuh boleh masuk dalam selimut. Diakan musuh? 

Aku yang paling dungu saat ini.

Ganas dari Sayang

Ini yang ganas, Dari Sayang Razeeq Iskandar Yusnee, Sikit sentap pun tidak hanya ukir senyum meleret panjang dalam membaca text terjah dara inbox aku serta aku aminkan.. Terima kasih hubby (:


Kalau ada yang tanya pasal kawan baik aku,
Aku jawab kau,
Kalau ada orang cakap pasal tunang,
Aku akan jawab kau lah tunang aku,
Kalau ada tuduh yang aku ini kawan dgn kau atas dasar nafsu,
Aku akan jawab ye,
Punca itu aku mahu kahwin bukan sekadar nafsu syaitan,
Kalau ada orang yang cakap kau ini pelacur,
Yes! Memang kau pelacur aku yang sangat istemewa dan untuk aku sahaja,
Kalau ada orang tiba-tiba tanya sayang tak kat bini aku?
Aku akan jawab ye aku sayang sangat
Siapa bini aku?
Kau bini aku,
Siapa orang gaji aku?
kau juga orangnya.
Aku kan tunang kau,
You are my everything,
Everything Sayang,
Im ready to be your's
Anything I can be for you sayang,
Just for you sayang,
Harap faham bahasa kasar aku. Harap faham dalam fahaman aku.

Friday, 18 October 2013

Terpandang

Aku manusia yang sama, sama macam manusia yang lain. Sama macam kau. Sekadar berpinjam dunia ini semata. Sekali aku imbas, aku terpandang artikel. Lah apa lagi nak dikeji dengan keputusan orang? Subhanallah. Undang-undang Allah sudah disahihkan, cuma dia melanggar undang-undang yang manusia cipta sendiri.

Engkau ini mungkin jenis manusia yang hanya tahu menggunakan mulut. Hyehhh orang! Lidah kau bercabang dua mungkin. Kau hunus kata main suka mulut engkau nak kumat kamitkan. Ingat kau juga manusia yang sama dengan aku, tapi mulut kau sekarang dah serupa taraf tahi yang aku keluarkan dari dubur. Busuk Jijik! Kenapa ya mahu jadi seperti itu? 

Hye orang jangan megah sangat entah kau tahu atau tidak kau sebenarnya dah berada dihujung tanduk. Sikit lagi kena tiup engkau jatuh mati. Tak payah dipijak lumat. Tiba ajal kau satu hari nanti. Bawa sedarkan diri. Ini dalam realiti DUNIAWI bak kata my daddy.

Ini rambang aku pandang aku baca aku rasa. Alhamdulillah deria yang dipinjamkan ini aku pergunakan, ada kadang memang salah laku aku untuk deria percuma tanpa bayaran ini, dan aku mohon yang mana salah laku aku pernah aku lancarkan tak hendak aku perjuangkan lagi. Cukup noktah sampai sini. Kalau dibawa lagi perjuangan ini. makin melarutlah. 
Sama seperti gula dengan air, lama-lama sebati. Yang itu pasti aku tak mahu tradisikan. Sangat celaka. 

Aku ada idola aku sendiri. seperti yang lain. Aku mahu jadi seperti itu, ye aku peniru sama macam aku,
Sama macam kau juga. Jangan hebah kau kata kau tak meniru sesiapa, itu celaka. Kalau bukan kau meniru mana kau tahu tentang dunia? Bukan untuk berlagak tapi pinjam serpihan pengalaman idola untuk buka lagi biji mata yang sepet ini seluas mungkin.

Bagi yang baru bercucuk tanam jangan cakap pasal pengalaman kau banyak amat. Kenal itu ini. Baja untuk tanaman kau belum khatamkan lagi. Lagi bercerita indah-indah?
Aku layankan tapi engkau tahu? 
Bagi aku sampah! kenapa mesti kau hebahkan? Bangga? Tak! Itu bakal memalukan. Dah setaraf dengan tahi ayam yang aku pijak. 

Hdup aku bukan semuanya confirm dapat, bapak aku belum lagi orang terkaya dengan harta yang tak boleh dibawak ke dalam liang lahad. Cukup sekadar untuk menyara keluarga.
Aku bersyukur.
Untuk waktu ini aku hanya teraburkan kata-kata. Sekarang tiada nista hanya jujur belaka. kadang orang tak pernah tahu dalam ketawa terbahak-bahak aku hati paling dalam aku sudah dilanggar dengan muatan berat yang kilonya tak boleh tampung dek kemampuan manusia. 
Itu sangat celaka lagi dan lagi.

Hidup ini berjalan pusing, hari ini aku gelak kan kau, esok lusa kau datang kau gelakkan aku, mahu yang kau punya lagi sepuluh kali ganda dari aku. Sekarang semuanya Cash! Alhamdulillah. Aku masih anak-anak yang masih perlu tunjuk ajar. 
Aku buang rasa malu untuk pembelajaran dunia.

sakit

Dah cuba lelap,
Dah cuba baring,
Dah cuba menyiarap,
Dah dah dah!

Sampai sekarang,
Masih sakit-sakit,
Ini sakit yang terpaling sakit,
Ya Allah,

Aku sakit gigi. Seorang diri

Cermin


Sekarang cerita tentang jamah.
Aku suka jamah muka sendiri
Depan cermin,
Oh nak kena pakai ini,
Oh nak kena pakai itu,
Semua aku hendak.

Sebab serupa sama dengan cermin,
Perempuan dengan cermin,
Apa beza?
Perempuan dekat sana,
Perempuan dekat sini,
Nak cantik lagi dan lagi,
Aku biasa,
Kata dunia ini lumrahnya.

Biasa berkata,
Tapi,
Sistem respon tidak berkesan,
Hanya sekadar berkata,
Tindakan aku hanya dicermin mati,
Aku bersyukur dengan indah aku,
Perempuan aku,
Alhamdulillah.

Wednesday, 16 October 2013

Beda

Sekarang beda,
Kadang rasa disampahkan,
Sebelum ini,
Elok ada jambangan bunga wangi,
Sebelum ini,
Enaknya serupa coklat caldbury,
Sebelum ini,
Lena aku dibuai mimpi,

Sekarang beda,
Seperti bogel, hambar, kosong!!
Bertelanjang jiwa.
Bahana serang dashyat,
Sampai habis terbakar,
Hangus, rentung!!

Siapa mengerti?

forgive

Darling,
I wonder how many time's we forgive someone just because we don't want lose someone. Even someone don't deserve forgiveness.
And this is me and the fucking real me. So the stupid other's. Just stay away there's no forgiveness for you just now.  

You're wasting.

Detik

Detik pertama,
Aku bilang satu persatu
Detik kedua
Aku imbas satu persatu,
Dekit ketiga,
Aku perlihat satu-persatu,
Ke-empat,
Aku kaku,
Ke-lima,
Aku continue
Ke-enam
Aku menyusun sesuatu,
Ke-tujuh.
Aku melangkah lalu,
Detik ke lapan,
Aku sayu,
Detik ke-sembilan,
Aku makin layu,
Detik ke-sepuluh
Rupanya aku rindu.

Arjuna sudah bangkit dari tidur? Atau masih terabur air liur?


sempurna

Susunan ini tanpa cela,
Bukan terlalu indah,
Sekadar sempurna dek pandangan mata,

Ada yang,
Sudah dikonyok,
Buang,
Sudah dilipat,
Simpan,
Sudah dibakar,
Hangus,
Sudah dibaja,
Bercambah,

Sempurna.

Teka-teki

Dalam kamar, pintu terkatup paling rapat. Seluruh tubuh penat melumayankan. Sikit lagi melelap.
Sapaan minda. Ouh ada guna mata untuk memerhati sini.
Sangat berteka-teki.
Jangan pernah hirau, jangan pernah sibuk.
Ini semua daya aku, keringat aku.
Jangan masuk campur.

HIshh lena datanglah sini. Yang menyamun maki sisih dan pergi.

Aidiladha


Pengorbanan si putih. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
-NJ-

Sunday, 13 October 2013

jamah dan jamban


Ada bisa datang menular tegak sampai ke puncak paling habis berahi,
Sampai habis separuh kudrat badan menghilang,
Sampai mengensot untuk berjalan,
Bisa ini amat teramat,
Tumpuan pada malam semalam,
Aku jamah yang ringan untuk satu hari penghadaman
Dan sekarang?
Aku dengan jamban teman seperjuangan.

Soalan loncatan, salah maggi ke?

Saturday, 12 October 2013

perempuan


Perempuan ini punya satu matlamat yang mohon jangan sampai jatuh hancur.
Perempuan ini punya satu cerita selindung dalam paling makan diri,
Perempuan ini punya karya dilorong sepi,
Perempuan ini punya satu nyawa semata,
Perempuan ini punya jiwa, lain peragaannya,
Perempuan ini punya handal sendiri,
Perempuan ini punya pedang untuk hunus si sialan,
Perempuan ini punya satu kesatria menempuh lawan,
Perempuan ini perempuan ini,

Segala cerita tentang perempuan ini,
Jangan masuk campur hal perempuan ini,
Syukur aku tak mahu jadi seperti PEREMPUAN lain itu.

Siapa?

Malam ini aku kena langgar,
Dengan jentera puluhan tayar,
Sakitnya sama taraf dengan sial,
Hentam padu sangat sesakkan,
Nafas aku serupa nyawa sikit lagi hilang,
Payah sangat,
Siapa boleh sapa tolong aku?
Mana semua?
Apa sekarang ini?
Apa jadi?
Aku?

Siapa nak bantu?

Adiwira

Suara seraknya menggelongsor ke telinga,
Sayu dan perlahan,
" I tak larat ni "
Benar menahan sakit,
Hanya dia dan Dia yang mengetahui,
Kuatlah sayang,
Ini ujian kecil dariNya,
Lenalah,
Biar esok dengan harapan sembuh,
Jangan rebah lama,
Banyak lagi harus ditempuh,

Allah sayangkan Adiwira.

Thursday, 10 October 2013

hero

Ruangan ini aku gunakan untuk satu hero mahal tanpa bayaran.

Pernah hero berpesan: Kuatlah sayang, Ini semua jadi atas izin Dia. Sbb Dia sayangkan kita dan Dia nak uji kita dalam dunia yang sementara ini. Banyak kan bersabar.


Mana ada manusia yang bahagia dalam seumur hidup dia. Sekarang aku tersangat busy dengan pembentukkan hati aku yang remek teruk. Dan nampaknya hati ini Sikit lagi cantik berbentuk seperti biasa. Alhamdulillah


Wednesday, 9 October 2013

us


Satu-satu masalah kalau ditambah, makin kronikal jawabnya, Itu aku dengan dia. Kalau dijumpakan bersama. mahu bertikam lidah berpusing-busing serupa sikit lagi putus tak ada lidah boleh sapa makanan sedap dalam rongga tekak.
Sememangnya karut,

Pernah abah berpesan
Kita hidup bukan semunya suka. Tapi Allah suka untuk pinjamkan kita dalam dunia sementara ini. Aku bersyukur. Sistem pernafasan aku masih lagi berfungsi selama 21tahun. Terima kasih jantung. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah

Sejauh mana relationship aku dengan Si tunang tiada siapa yang boleh pertikaikan. Ini bahagia aku, Tuhan yang bagi dan aku terima. Minta tak kedengaran ada spekulasi lahanat untuk merobohkan relatonship ini.This is my life and you should back off. You should live your life. You deserve to be like this. Just stay calm. What goes around comes around. No more tears just learn.

Aku dan Tunang juga manusia biasa. Yang masih tehuyung hayang dalam tiupan angin dunia. Aku dan Tunang masih lagi berpaut untuk sama rempuh. Tersangat sukar. Cuma satu pinta aku pada-Nya. permudahkan segalanya. Amin



chapter hidup


Hidup aku cukup dengan semua kombinasi. Rasa-rasa sedap manis, rasa-rasa sakit serupa palat. semuanya sempurna. Hasilnya aku tak nampak, Cuma mengerti dengan apa yang terjadi ada hikmahnya.
Peratusan aku untuk jadi yang lagi toughly, jadi lagi hulk itu semua semakin membuas ganas.
Anlisanya ini peratusan yang sangat mengagumkan untuk hidup aku sendiri. Alhamdulillah. Satu-satu chapter kehidupan aku sudah khatamkan.

Jalan hidup aku punya lekuk-lekuk yang harus diratakan bersih kembali. Aku harap aku kuat lagi untuk belajar untuk masa-masa depan yang aku sendiri tidak pasti mana lenggang lenggoknya. Entahkan cantik entahkan buruk. Yang pasti aku harus tempuh padu.

Satu saat di plagiat hati bercampur baur dengan komplikasi hati remuk. Habis hentak dengan kekecewaan. Bentak kuat!  Dari hari ke hari aku bersyukur dengan limpah rahmatNya. Tersentak dengan lamunan entah apa kejadahnya. Dan ini sedar dalam nyata.

Life is freaking precious, life is too short to be unhappy. No matter how hard it is, life must go on. Take any chance you get and live your life. Just now my physically, mentally and emotionally getting better then yesterday. More toughly! Alhmdulillah.


. a