Thursday, 31 October 2013

Ini

Aku mohon maafkan segala khilaf aku,
Terlepas bicara bikin amarahnya kau memuncak,
Mungkin engkau bukan dari sekutu aku,
Aku berdarah O serupa dengan Abah bapak aku. Mungkin kau beda. Tak serupa macam aku.
Jangan pernah mahu tiup angin kecil. Engkau sudah buat sini bersampah teruk serupa ribut katrina melanda berejam lamanya.
Mungkin kau boleh nyahkan diri. Bukan niat aku menghalau.
Harap kau faham pemahaman ini.

Dalam ruang infiniti legar sendiri,
Aku leka sampai jatuh terjelepuk atas permukaan empuk.
Sudahlah engkau aku pinta jangan mahu bagi remuk.
Aku tak mahu padang ini jadi padang bertempur penumbuk
Aku engkau pasti tak mahu hidup meringkuk peruk.

Tolong ambil mengerti tentang ini dan kini,
Masa ini masa kritikal untuk sebentuk hati,
Aku tak pasti kau tahu atau tidak tentang hati,
Mulut kau itu, janganlah buat hati mati,
Sikit lagi nafas aku pergi,
Aku sekadar menanti,
Jangan kau buat merana diri,
Tak bererti.