Monday, 9 December 2013

Pergi jangan semak.

Tak perlu khabar ke aku kata sayang, kata-kata kau mahu, Tak perlu dendang lagu beirama dengan gitar kau angkut bersama datang pergi kerna hati aku masih pada dia yang satu. Pada kau punya masalah dicorong telinga, mungkin? Tidak mendengar? Atau hati kau sudah berbingkai keluli? 
Jantan, aku tak mahukan engkau semak dalam diri kerna aku punya Jiwa seorang dia Si penambat hati. Sampai bila kau mahu begini? Terus-terus lagi? Sampai kau ditembak mati baru tahu erti berhenti?

Sudahlah jantan aku muak dengan karektornya engkau, selalu minta dimaki. Merapu yang bukan-bukan seperti adik ditingkat sekolah rendah mencuba aksi beromen. Sudah aku amarankan jangan cuba dan terus cuba tapi engkau masih lagi minta untuk diterima. Sakai! Woi berhenti! Aku tak mahu bermain ganas dalam permainan bodoh. Mengerti? Berhenti nanti aku dilaman rumah, berhenti texting aku berpujangga meleweh, 
Berhenti.

Sebelum kekasih hati pulang ke sisi. Baik kau berambus pergi. Angkat darjat jadi tinggi.

Sunday, 8 December 2013

Perlahan. Tenang. Aku

Rasa-rasa celaka sedang beransur pulang,
Sudahlah tiada jemputan,
Tiba saja lama bertandang,
Musykil!
Kau jangan datang lagi! 
Sampai ke tahap serabut kata jiwa.

Kesian pada jiwa,
Yang melayan kan rajuk membangsat,
Nyata tak nyata kroniknya,
Sial-sial maki,
Habis sumpah seranah,
Cuma jiwa,
Mengutip sabar melayankan,
Terima kasih jiwa bikin aku selesa.

Ayuh-ayuh si perempuan tuli,
Perlu tabah,
Perlu gagah,
Usah resah,
Usah goyah,
Berhenti menangis lagi dan lagi.

Melayang RINDU


Ini aku bukan seangkatan dengan karektornya, acah-acah gagah kalau sendiri dekat legar ini. Hey jejaka minggu ini aku tanpa suara, tanpa rupa, tanpa jiwa hanya album foto kita yang aku simpan dalam kelambu beradu.
Kosong sungguh hati ini mencari-cari kerna aku benci engkau jauh-jauh dari sini. Diri rasa kebas membeku kerna kau tak rangkul tubuh dalam lena untuk malam-malam nanti.

Sayang...
Aku tunggu temu bola hitam kita bertentangan serta dapat aku melirik seksi susuk jasad kau yang aku rindu. Melayang disana boleh tapi aku disini masih dalam tautan tali yang kau pintalkan dulu-dulu.

Aku nanti kau disini. DiMalaysia aku nanti. Malam ini jangan lupa teman aku dalam mimpi.

BANGKIT

Hati ini sudah koyak tapi aku masih lagi pertahankan selagi mampu kudrat diri. Masih lagi aku jahit dan cantum semula cebis hati moga tidak bersepai ke sana ke mari. Kerna ini adalah hati aku, ada siapa yang tahu? Seperti tiada. Eh ada? Kalau ada yang tahu kenapa ada yang sampah-menyampahkan? Lagi datang toreh guna pisau legend tajamnya. Kenapa? Tak kan pula mahu aku melutut merayu dayu untuk menghimpit ruang jiwanya rintih simpati? Celaka. Kau bukan siapa-siapa.

Kata orang-orang lantakkan, biarkan. Biar padan dengan muka pada pelapah babi hati, kalau satu hari dah tercanak dekat batang hidung sendiri. Yang sudah kau buang hati eh kau datang lagi hina mengeji. Kau lelaki serupa apa? Serupa binatang yang bikin aku jadi perempuan jalang? Kau murahkan martabat. Kau bunuh aku perlahan-lahan dalam diri ini. Kau yang patut dihina keji sampai kau mati kerna perempuan yang kau sedang tandingi. Tahniah.

Sekarang kemenangan apa yang kau raikan? Seronok dengan sokongan ribut katrina dalam sambutan sialan kau? Eh, lama mana lelaki? Kau boleh maki maki perempuan yang keji ini? Lama mana? Aku taruhkan di Sana nanti kau dapat yang sahih dari yang maha mengadili. Dalam dunia ini kau terlalu berani dengan menghukumi. Sudahlah, cuma mata aku memerhati tanduk-tanduk tajam iblis kau. Jangan terlalu mendongak langit hanya kerna kau seorang Lelaki.

NANTI

Masih nantikan yang tak pasti. Lapisan mata makin tak kuat menahan. 
Masih lagi sendiri.

Mana dia? Mana? Berapa lama?

Friday, 6 December 2013

PENGHUNI JIWA

Untuk Penghuni jiwa.

Masih ingat tentang hari-hari yang lepas bersama aku? Memoir kau dengan aku? Surat cinta yang aku post dalam genggam aku ke genggaman kau? Semua kiriman salam yang aku sampaikan atau serpihan rakan menyampai pada kau? Setiap satu inci cerita antara aku dengan kau? Kau ingat wahai Jiwa? Aku ingat. Dan kerna tertulis dalam buku diary aku sendiri yang aku masih gagah untuk paut tangan engkau ke kanan kiri. Untuk rangkul kau dalam jatuhnya aku, untuk simpan kau sebagai Jiwa aku. 

Penghuni Jiwa,
Mungkin hari ini aku sedar.
Tentang kita, tentang kau dan tentang aku.

Kita sudah tempuh sama. Sama-sama sakit, sama-sama suka. Dalam sakit aku kau jaga. Dalam bola mata aku berkaca kau tepis kaca jangan biar kaca berjurai. Dalam sebak aku kau lemaskan aku dalam dada untuk raih selesa. Untuk 3 tahun Aku dengan kau bangkit jatuh sama. Jiwa apa kau rasa? Sedar tidak banyak lakaran kita lakarkan yang kini hanya perlu indahkan dengan warna-warna?
Maaf jiwa. Mungkin sekarang kata aku. Aku tak mampu untuk berhenti sayangkan kau ini jujur dari dalam aku.

Penghuni Jiwa.
Kau pernah janji dengan aku yang kau akan bawa aku pergi ke satu destinasi yang indah. Jangan lupa. Kata kau mahu halalkan hubungan indah ini. Jangan lupa kerna aku mahu jadi makmumnya engkau Wahai bakal Imamku.

Untuk aku

Bagi aku suara untuk habis teriak kuat,
Bagi aku air mata untuk rebaskan semua resah celaka,
Bagi aku lengan untuk aku rebahkan rasa,
Bagi aku telinga untuk luahkan semua binasa, 
Untuk aku.
Untuk hidup aku dan AKU.

Nadhirah Jasmi.

Monday, 2 December 2013

PULANG

Letih. Penat. Semua dicampur sebati dalam malam tanpa purnama ini. Sangat tak larat, Aku dah hilang semangat. Semangat aku dah terbang merewang tak mahu pulang. Sampai kapan ini masih tak menyusul pulang.

LANGKAH

Niat dihati hendak berkawan,
Tapi sayang terberi harapan,

Niat dihati hendak bersahabat,
Tapi sayang terberi harapan,

Lalu mula timbul satu rasa,
Rasa yang merubah segala,

Dahulu hari-hari bersua muka,
Kini sudah mula mahu bermasam muka,

Dahulu sering bermesra,
Kini sepi seribu bahasa,

Dahulu sering bergelak tawa,
Kini tinggal hanya sepatah dua,

Dan hari yang berlalu,
Segalanya tampak mendung kelabu,

Diturutkan hati keliru,
Hilang sudah kebahagian dulu-dulu,

Yang sayang tingginya berbukit gunung,
Sekarang tertinggal serpihan rindu selubung,

Mungkin benar kata mereka,
Berkawan juga ada garis halusnya,

Tersilap langkah,
Habis segalanya musnah.

NO TEARS LEFT

Bila kau tiada dekat sini,
Hidup aku dah serupa macam,

Buku tanpa perkataan,
Bunga tanpa akar tunjang,
Surat tanpa pos stamp,
Jam tanpa detik nadi,
Lakaran tanpa warna,
Dan jasad tanpa rohnya.

Aku bakal rindukan kau tanpa air mata.


FOR LITTLE GIRL

Come on girl. you're trying to move on from him, remember?

How do you expect to ever move on when you keep on talking to him? I know it's hard not to reply to him. When his text message is right there, but don't. You're gonna get nowhere if you keep on texting him.
Delete his number from you're phone from you're memory brain if it gonna helps.

How do you expect to ever move on when you keep visiting his Facebook, his Twitter? I know it's hard when he's right there on your close friend, on your news feed, on your timeline, but don't. You gonna get nowhere if you keep looking his pictures. if it helps, delete him off of Facebook, block him on Twitter.

How do you expect to ever move on if you keep seeing him? I know it's hard when he's right next to you, but don't. You'r gonna get nowhere if you keep spending time with him. You gotta ignore him completely, cause that'll definitely help you.

That way, you can move on girl. Take it slowly and easy. It's hurt but you must do.

Sincerly,
Me. Sorry.

Have you?

Have you ever wanted to text someone and just tell them how you felt?

you typed up the whole message but you deleted it. You deleted it because you thought it was a bad idea, That they wouldn't care, or that they would ignore it. So you just decided to backspace all of it and act like nothing is wrong with you, but deep down inside your emotions are a mess you're just a wreck crack. Bullshit and fuck you (:

Just now. I have. Me

Sunday, 1 December 2013

Tanya kenapa?

Untuk hari baru untuk bulan baru. Selamat datang december untuk bulan terhujung dalam tahun 2013 ini.
Alhamdulillah kerna aku masih lagi bernafas sampai ke hari ini, Terima kasih Ya Allah untuk pinjaman yang  kau beri.

Dan kini aku masih lagi belum dapat lena dari jam 11 kelmarin. Tak tahu apa yang legar dalam benak sampai bengkak mata tak mahu lelapnya lagi. Kenapa mata kenapa? 

Bangkit Nadhirah bangkit!

Surat buat kau.

Maafkan aku.

Maafkan aku kerna punyai rasa cemburu membabi buta ada masanya. Walau aku tahu kau letak aku tinggi pada taktha hati kau. Maafkan aku kerna mahukan lebih perhatian. Walau aku tahu dalamnya rasa hati kau pada hubungan setahun jagung antara kita. Maafkan aku kerna aku mahu rasa kekosongan dan bebas dari lampau yang bikin aku lemau tidak berkudrat. Walau aku tahu rasa indahnya menyayangi lelaki yang bukan dari darah daging aku sendiri kerna mungkin padanya juga aku temu syurga satu masa nanti. Walau aku juga masih tahu yang kau sentiasa setia pada teman setulang rusuknya engkau pagi petang siang dan malam. Maafkan aku kerna mengharapkan kesempurnaan. Walau aku tahu aku punya cela diluar dan didalam.

Maafkan aku untuk ini dan maafkan aku kerna aku fobia dengan erti hilang. Takut amat.

Yang benar.
Ayang.

Hati sapa

Tertanya-tanya.

Mana hilangnya kekuatan yang aku ada? Mana perginya semua ketabahan aku untuk pertahankan benteng jiwa? Mana utuhnya aku untuk mengelakkan mengalirnya butir kaca permata yang mahal dari mata?

Dan hati aku cuma mampu berkata,
"Bukan selamanya kita mampu bertahan dengan segala rasa"

Seperti ini yang aku tak tahu terangkan gila jiwa melayankan arahan dunia

TERDIAM TAK PUNYA KATA.