Sunday, 1 December 2013

Surat buat kau.

Maafkan aku.

Maafkan aku kerna punyai rasa cemburu membabi buta ada masanya. Walau aku tahu kau letak aku tinggi pada taktha hati kau. Maafkan aku kerna mahukan lebih perhatian. Walau aku tahu dalamnya rasa hati kau pada hubungan setahun jagung antara kita. Maafkan aku kerna aku mahu rasa kekosongan dan bebas dari lampau yang bikin aku lemau tidak berkudrat. Walau aku tahu rasa indahnya menyayangi lelaki yang bukan dari darah daging aku sendiri kerna mungkin padanya juga aku temu syurga satu masa nanti. Walau aku juga masih tahu yang kau sentiasa setia pada teman setulang rusuknya engkau pagi petang siang dan malam. Maafkan aku kerna mengharapkan kesempurnaan. Walau aku tahu aku punya cela diluar dan didalam.

Maafkan aku untuk ini dan maafkan aku kerna aku fobia dengan erti hilang. Takut amat.

Yang benar.
Ayang.