Tuesday, 31 July 2012

Angin mana halanya?



Selagi aku masih menetap dalam duniawi pinjaman ini selagi itu lah hidup aku ni tak kan pernah nak berhenti dengan segala sakit perit gembira tawa yang datang tidak susah payah untuk aku undangkan.Aku tak pernah nak harapkan apa apa. Ini semua akan berada atas diri aku sendiri. Sabar dalam diri, itu yang aku kena sematkan dalam lubuk hati. Sebab segala yang jadi ada hikmahnya.

Angin yang bertiup ke sana sini buat aku terumbang ambing, tak kuat nak aku tempuh tapi aku pasti yang aku mampu untuk tegap berlawan dengan kekuatan angin. Tiupan berubah ke utara ke selatan aku masih kukuh dengan posisi sendiri. 

Percayakan diri engkau nadhirah yang engkau mampu untuk kuat dalam semua ini. 

Monday, 30 July 2012

mana nak cari?

Siapa boleh faham?
Siapa boleh rasa?
Aku tak rasa ada yang mampu,
Aku yang payahkan ke?
Aku sama macam engkau,
Beri aku sedikit ruang,
Aku butuh keadaan tenang,
Jangan ingat senyuman aku sempurna,
Lubuk aku ini siapa sedang terokai?
Tiada siapa,
Termasuk engkau.

Sunday, 22 July 2012

Ramadhan..

:: Hari pertama dalam Ramadhan kami semua berkumpul diteratak peninggalan arwah Atok HASAN.

Setahun sekali dia dah datang bertandang, dapat nikmatnya hanya hampir mencecah sebulan. Tidaklah lama mana, Puas bila dah dapat kecap rasa ni dengan penuh keadaan girang. 


Mungkin ini bukan lah seberapa tapi percayalah rasa seronok dia tak tahu nak lukis macam mana coraknya.


Meriahnya! Tak kisah lah dari tua sampai muda mana pun, kami tetap satu KELUARGA.


Situasi akan jadi batak, sebab kami jarang juga berkumpul sama. koleksi jejaka keluarga.


Rutin biasa, kami ramai lagi cucu perempuan so jadilah begini.


Dan ini adalah aku si Puteri JASMI. kata mereka aku adalah ANAK BAPAK! Yesss!! itu adalah aku dan kamu semua silakan cemburu sebab hanya aku yang layak digelar sebegitu. Puas? okayy aku tahu engkau puas. Samalah dengan aku. 

SELAMAT BERPUASA SEMUA (:




Monday, 16 July 2012

Aku TAKUT

Assalamualaikum..



Aku tak perlukan laptop, tak perlukan brokbend ini, tak perlu guna eletrik. Sejujurnya aku selesa dengan penulisan dalam buku aku sendiri, yang boleh aku carutkan dengan riaknya, yang boleh aku tampalkan dengan kertas warna warni bagi nampak indah penerangan setiap satu cerita aku., tapi keadaan kini aku selesa nak luahkan segala seribu satu rasa dalam ruangan layar bercahaya terang depan mata ini.

Malam ni datang bertandang satu rasa yang kurang enak sampai aku taknak dengar kotak suaranya berdentum, aku kata aku malas, cuba diberi ketenangan tapi entah aku enggan. Mungkin tak perlu aku tak mahu dengar apa segala engkau rungkaikan. 

Menyelinap rasa sedih ini bawa aku mengalir, tidaklah deras yang teramat. Aku akan biarkan ia terus mengalir kerna aku tiada teman luahan, biar aku layankan rasa ini sendiri kerna aku tahu ini ikhlas dari aku. Luahan ini tiada yang memaksa. Sebenarnya aku takut akan kehilangan. Kalau boleh aku mohon jangan ada yang tinggalkan aku. Ye aku takut dan aku tak kuat untuk aku hadapkan dengan rasa ini. 

:: Tolonglah aku ni tidaklah kuat mana hendak rasakan ini semua sayang. AKU TAKUT.

Friday, 13 July 2012

Pertanyaan dijawab



Ini dalam satu situasi yang hening. Nak kata panas terik pun tidak jugak. Mungkin JEJAKA sedang berpeluh dengan sekeliling. Kesian. Situasi yang tidak dijangka ini berlaku dengan pantasnya.

G : I faham text you hantar dekat I tu tapi I tak fahamlah.
F : Ahaha. macam mana tu kata faham tapi tak? mana satu? 

saksikan ini adalah situasi sebenar bila jejaka mamai. ahaha! 

G : "I BOLEH PANGGIL YOU SAYANGKAN?"
F : Hehehe, kenapa plak tak bolehnya yangg? You boleh je panggil I sayang. itu untuk *&^% lah bukan 
     untuk you lah hubby. Yang text tu I fowardkan dekat you. You boleh panggil I SAYANG.                            

:: kadang aku dah tak heran nak bagi penerangan sebegini rupa sebab bila engkau dilanda badai mamai seribu satu langkah aku susun untuk beri pemahaman engkau. 

Thursday, 5 July 2012

saratbarat

"Taknak aku air mata melimpah ruah diatas cerita bodoh ini, Aku masih menanti jawapan yang tak pasti. Sarat barat dalam hati."

malam nisfu syaaban

Assalamualaikum.



Tatkala aku dalam jentera bersiren,ini adalah kali pertama dengan kepantasan jentera yang sukar aku lakarkan dalam lukisan, kelajuan itu benar benar bersama sedang berkejaran dek degupan jantung yang kecang mencang ini. Laju ia teramat sangat. sebak dalam hati aku tak lekang untuk hari ini, 7.20 pagi aku dikejutkan dengan berita yang hambar. Hilang senyuman aku dipagi hari, Redha yang datang bertandang tu buat aku semakin tenang dengan keadaan sendiri. Gara-gara aku semat kekuatan dalam diri untuk melawan rasa sakit ini. 

Ini adalah satu kehilangan yang bukan aku Perancangnya, Aku hanya menerima dengan hati yang terbuka, ajal dan maut itu terletak kepadaNya. Aku redha Ya Allah. Susah untuk aku terima tapi ini adalah ketentuan dan ini juga adalah satu pengajaran untuk aku belajar. Perginya HASAN BIN ABU kepada Dia yang Esa tamatlah cerita untuk aku pentaskan wujudnya ATOK terhebat dalam dunia aku sendiri. 

Aku doakan moga beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.