Aku tak perlukan laptop, tak perlukan brokbend ini, tak perlu guna eletrik. Sejujurnya aku selesa dengan penulisan dalam buku aku sendiri, yang boleh aku carutkan dengan riaknya, yang boleh aku tampalkan dengan kertas warna warni bagi nampak indah penerangan setiap satu cerita aku., tapi keadaan kini aku selesa nak luahkan segala seribu satu rasa dalam ruangan layar bercahaya terang depan mata ini.
Malam ni datang bertandang satu rasa yang kurang enak sampai aku taknak dengar kotak suaranya berdentum, aku kata aku malas, cuba diberi ketenangan tapi entah aku enggan. Mungkin tak perlu aku tak mahu dengar apa segala engkau rungkaikan.
Menyelinap rasa sedih ini bawa aku mengalir, tidaklah deras yang teramat. Aku akan biarkan ia terus mengalir kerna aku tiada teman luahan, biar aku layankan rasa ini sendiri kerna aku tahu ini ikhlas dari aku. Luahan ini tiada yang memaksa. Sebenarnya aku takut akan kehilangan. Kalau boleh aku mohon jangan ada yang tinggalkan aku. Ye aku takut dan aku tak kuat untuk aku hadapkan dengan rasa ini.
