Saturday, 22 September 2012

Satu-satu

Satu-satu dia tahan,
Satu-satu dia susun,
Satu-satu dia ungkap,

Apa segala dia buat, aku tak tahan.

Sabar....

Semak belaka

"Aku tak tahu apa nak dibuatkan sekarang ni. Dalam rumah ada yang sedang semak kan diri tahap lampau punya, Seperti tiada rumah, kesian engkau budak budak sedang hidup menumpang disini. Kurang kasih sayang ya? Tidak mengapa. Teringin menjadi setengah dari ahli keluarga aku? Boleh ke kau rasa-rasa? Bagi aku tidak. Engkau benar-benar semak kan keadaan. Jangan wujud lagi boleh? Aku simpati sangat."

Sayang ditindas


Dah kena tindas, dah kena hina, dah kena segala makneka. Aku mohon kuatkan diri ini.

Puas engkau?


ENGKAU kurung aku sama seperti dalam PENJARA

Ada masanya berdetik dalam akal kenapa aku yang harus, kenapa aku yang kena tempuh? Aku mampu kata orang-orang. Tahu? Aku rebah dengan kedaan sekarang ini. Celaka yang amat, semua mampu cakap meh rasa nikmat duduk dalam diri aku dan rasa nikmat ni sendiri. Sialan belaka! Ada faham? Mudah sangat engkau minta diturutkan itu diturutkan ini. weyyhhh!!! aku juga manusia yang sama bermata, bertangan, berhidung, berkaki, dan paling penting aku juga punya hati yang sama macam engkau, cuma tak kan ada siapa yang bakal faham apa kita rasa. Engkau mungkin boleh tafsir tapi percaya jawapan engkau bukan mutlak. 

 Hidup aku sendiri sebenarnya, pernah aku munculkan yang lain bagi memahami. Apa kenapa engkau datang  menindas? Kenapa engkau larang, habis cegah engkau bagi. Ramai nyatakan aku harus untuk hormat engkau. Ya Allah kenapa lah aku payah nak buat? Apa yang kau buat sampai aku pendam teruk macam ni huhh? Aku tak tahu mana cara gaya tuturnya aku nak alunkan? Aku ni kurang adab orangnya, Kenapa juga otak engkau sangkut pada tahap paling cipan buruknya! Engkau tahu bagi aku engkau lah yang penjarakan hidup aku sendiri.Aku dah pilih, aku dah cuba untuk diri sendiri, tapi engkau? TETAP SAMA! Hujung bodohnya. Engkau susahkan orang sana sini. Katanya demi aku, Sayang engkau faham erti maruah atau tidak agaknya? ouhh maii pity!

Engkau sibuk sangat nyatakan yang itu in segala tindakan engkau untuk aku sama sekali betul. Kenapa? Maaf tapi aku rasa engkau lah puncanya aku runtuh begini, puas hati engkau? Aku tak larat. Sekarang bagithau aku siapa yang boleh nak faham dengan keadaan aku? Mungkin aku penyimpan dan engkau jangan harap akan dapat tahu segala apa yang aku rasakan. FAHAM!

Friday, 21 September 2012

Tinggal


"Tinggalkan yang lama,tutup dan simpan rapi-rapi. Ambil yang baru, buka dan tempuh perlahan-lahan"

Uncle Jasmi


Dalam awal pagi ini berdetik jam dalam lingkungan 2am aku melayankan rasa seronok bersama pengarang jantung, yang satu satu tertambat dari dulu sampai akhirnya nanti. Perjalanan dari Ampang hingga ke Rawang kali ini yang benar indah. Aku membonceng motor yang ditunggang oleh seorang lelaki yang bergelar bapa. Alhamdulillah kami selamat tiba dengan sihatnya. Susah aku nyatakan rasa, hanya mampu aku sampaikan ini adalah yang indah pernah aku rasakan. Dalam serabutnya aku, dalam pertelingkahan semalam yang membinasakan aku. Hari ini makin pulih dengan keadaan yang lebih memahami. Terima kasih abah. 


I LOVE YOU ABAH

Monday, 17 September 2012

habis


JANGAN CARI AKU DALAM LUBANG CACING. TAK JUMPA

Thursday, 13 September 2012

Aku mulakan cerita


Aku dalam pembesaran, sama macam yang lain. Sama macam engkau, apa sikit beza pun tiada. Kita semua dalam mengenal apa itu dunia. aku dalam jiwa pemberontakan. Ada yang tak kena kalau salah gaya tuturnya. Mahu habis apa segala tindakan, punah ranah! hancur lebur mungkin juga, Apa pun bila aku dapat renungkan semula ini semua akibat darah yang sangat panas, yang aku selalu benar nak turutkan. percayalah yang ini akan sakitkan  diri sendiri. Ini terjadi pada diri sendiri


Aku penat untuk tidak kan itu malah aku penat untuk tidak kan ini. Yang benarnya aku masih lagi anak kecil untuk abah dan ibu. Aku masih lagi dala perangai yang kebudak-budakan, aku masih perlu bimbingan meraka. Itulah kawan, itulah tulang belakang, segalanya mereka. 

Aku runtuh malam ini tidak berlandaskan apa-apa. Tiada juga yang datang memaksa. Aku benar rebah dengan diri sendiri. Ya ALLAH aku pohon moga engkau permudahkan perjalanan hidup aku ini. 

Penghargaan


Diberi tanpa sebarang bayaran tanpa sebarang arahan, Terharu, terima kasih

Sunday, 9 September 2012

Yang Bodoh

Yang berbaju kurung merah, putih, hitam itu puncanya. taaaaaaaaraaaaaaaa!!



Ramai manusia kata aku adalah puncanya.
Ada yang kata jangan difkikirkan sangat,
Engkau manusia juga bukan?
Kalau engkau, ada rasa mahu berfikir mahupun tidak?
Ini bukan kali yang pertama,
Mahu cecah beribu riban kalinya,
Sebenarnya mudah,
Jangan cakap sure tak fikirkan
Yang bodoh. Tuli amat.

Moral of story. Mind our language

Terima lagi

Senyum walau sakit. Aku lawa aku tahu. 

Hanya dalam ganggangan telefon mudah alih. Tercetus lagi. Kala sedang terjadi pada engkau tahu pula engkau lantunkan satu satu amarah, seperti yang naga itu engkau, Aku takut. aku kutip aku buang jauh-jauh taknak ada serpihan buat binasa aku dengan engkau. Kini bila terjadi kala aku lantunkan semula, ishh apa jadi? Sepeti sialan pula. Tidak sama  mungkin seperti yang sebelum ini. Penat lelah rasa diri. Kata engkau ini semua salah aku yang tidak tahu mungkin juga tidak mahu menjaga pertuturan. Salah adab lagi aku rupanya. Baiklah aku terima. 

Tahlil Arwah

Dalam tak sedar mata dikatup dicelik, sudah lama beliau pergi meninggalkan kami selamanya. Aku benar dilanda badai rindu. Moga beliau tenang disisiNya yang Esa. Bersyukur juga aku ke Hadratnya kerana segala perancangan yang disusun sempurna. Terima kasih bagi yang menghadirinya. Alhamdulillah. 


Moga Beliau tenang disana, kami disini sentiasa berdoa untuk ketenanganya disana.


Jyeah! This is the real of  We. Were in Apron a new uniform for cuci services.


Copy and paste 99 % from arwah Atok. Like sayang said dari abang turun ke adik. KACAK




Wednesday, 5 September 2012

Sakit



Sakit sana, Sakit sini, Habis semua sakit. Ambil pisau dan hunus baru puas. Lerai dendam. MUNGKIN.