Aku dalam pembesaran, sama macam yang lain. Sama macam engkau, apa sikit beza pun tiada. Kita semua dalam mengenal apa itu dunia. aku dalam jiwa pemberontakan. Ada yang tak kena kalau salah gaya tuturnya. Mahu habis apa segala tindakan, punah ranah! hancur lebur mungkin juga, Apa pun bila aku dapat renungkan semula ini semua akibat darah yang sangat panas, yang aku selalu benar nak turutkan. percayalah yang ini akan sakitkan diri sendiri. Ini terjadi pada diri sendiri
Aku penat untuk tidak kan itu malah aku penat untuk tidak kan ini. Yang benarnya aku masih lagi anak kecil untuk abah dan ibu. Aku masih lagi dala perangai yang kebudak-budakan, aku masih perlu bimbingan meraka. Itulah kawan, itulah tulang belakang, segalanya mereka.
Aku runtuh malam ini tidak berlandaskan apa-apa. Tiada juga yang datang memaksa. Aku benar rebah dengan diri sendiri. Ya ALLAH aku pohon moga engkau permudahkan perjalanan hidup aku ini.

