Friday, 28 December 2012

Terkutuk

Duduk bersila, sopan, cantik, tersipu malu habis terkatup rapat perwatakan untuk gaya gahnya seorang anak dara yang sedang meningkat dari satu anak tangga ke satu anak tangga. Yang mana dewasa? Macam mana pula gaya hidupnya meningkat dewasa? Sama macam sekarang atau ada yang lebih mengaummm?

Yang sedang mengutuk, seronok engkau mengutip dosa?

Apa pun terima kasih yang teramat sangat ya kepada engkau membantu dalam menghulurkan lipatan pahala untuk empunya diri ini. ALHAMDULILLAH.

Engkau si manusiaTerkutuk.

Thursday, 27 December 2012

Ada-ada


Yang mana rindu-rindu tu saja nak datang menggugat kekuatan lah tu, jangan risau sekarang wa sudah ada teman. ouchh! Dia selalu ada untuk wa, dia boleh melayankan wa yang tak seberapa ini. Terima kasih sungguh menghargai, nanti masuk minang eah lu jangan nak buat-buat lupa! Bantai otak lu nanti. I  You 

Heroin Rindu


And finally ini aku yang always nak rindukan hanya aku dan aku. Rasa seperti hilang dari diri sendiri, tercicir mana aku tidak pasti. Sekarang hanya tinggal kutip satu persatu untuk kumpul semula Aku si empunya diri. 

Rindu part #3


Ini pun aku rindu jugak. Bila lah nak tenang keadaan dan boleh lepak dan berhuha semula. Aiyahhh!

Rindu part #2


Dalam seronok aku intai-intai,
Ini antara dalam simpanan,
Yang dulu kite sering membelai,
Dan sekarang dalam kenangan.

Mereka, Aku rindu.

Wednesday, 26 December 2012

Rindu part #1


Jangan pernah tanya aku besar mana rasa rindu. Susah untuk aku buat gambaran jelas ):




Tak Boleh Lari


Same goes to other's girl actually. Please I'm beggin. It's you're fault Mr H. You have share this photo with me. 
So YOU'RE RESPONSIBILITY.
Thank you.

Sunday, 23 December 2012

What goes around comes around,

Yang sekarang berada dalam bola bumi sebenarnya, Aku pernah buat macam ni dan ia datang semula? It is karma or what act? 


Pernah ke aku buat? Layak untuk aku sebenarnya. Jarang kalau aku nak rasa macam ni. but please just take it easy Nadhirah.

Kalau boleh aku  berlari ke hutan habis meraung keluar anak tekak, biar sakit pedih lantak aku tak hairan! Yang penting habis celaka ni puas dah aku lontarkan.

Dan kalau boleh aku berlari ke pantai biar aku habis segala teriak. biar kaca satu persatu berderai. siapa ada ambil peduli? Asal aku tahu sialan yang menggoncang hati, biar tenang nanti.





Saturday, 22 December 2012

Bukan normal


Bukan normalnya bila sekarang aku nampak mana payahnya jalan depan tu, sendiri nak tahu mana yang terang menyala mana yang gelap gelita? Mungkin sebelum ni aku hanya tahu untuk ungkap dengan kata kosong, sekarang kosong tu dah bergema bermakna. Lagi tambah segala perencah rasa. Bagi jelas, bagi cukup semua adunan dalam satu batian.

Jujur aku perlukan masa untuk sendiri, lagi tambahan kali ini ada sahaja yang datang menyerang, sakit sakit aku nak melawan. Entah yang sampai mana punya tahap puncak nak jangkau rasa celaka bangsat ini? Aku makin lama makin kabur, makin hilang dalam kawalan aku sendiri, kenapa? Dalam seronok aku atas awangan, bersiul, bersimpang siur ada pula Si Sialan datang menyerang sampai patah satu sayap aku! Bangsat! Mana gayanya aku nak berada kukuh diatas dengan sebelah sayap semata huh bodoh? Mampu ke aku?

Yang tergolek-golek aku kala ini macam mana? Luka aku makin rabak, bernanah! Nafas aku sesak, Bantu aku! Tolong bantu aku dengan hanya satu cara, Aku benar sakit. Dalam sakit-sakit aku, aku sedang merangkak perlahan sama tahapnya seperti seekor siput babi yang lembab.

Heyhh percaya aku masih lagi cuba merangkak perlahan-lahan untuk baiki diri sendiri, Mungkin tidak perlu buat perbandingan menyerlah tentang aku dan yang lain, Kenapa aku harus faham itu gaya engkau, kenapa engkau tak terlintas untuk berubah.

Thursday, 20 December 2012

sejuk

Sebab tadi hujan, sekarang ni bukan main sejuk dia lagi. Engkau mana? Datang lah rangkul aku.

Saturday, 15 December 2012

mari sini


Lama sangat hadap sekarang ni ada rasa macam nak mengamuk pun ye, habis sakit segala nak melayan. Sebab sekarang gua memang sangat ketidak puasan hati dengan ini. Apahal? Jom buat medan pertempuran antara gua and lu. Sikit pun gua tak gentar!
Mari sini
Jumpa,
Maki,
Hentak.
Mati,
Baru puas hati,

Jangan nak tengok gua kecik gua tak berani, jangan ingat gua ni tak kuat. gua kena lawan! Gua kena benteras jenayah haram jadah ni. Apahal? Ouhh mana boleh nak bagi lama lama. Makan kaki nanti. Suka hati nak berleluasa dekat sini. Apa ingat hapak lu punya? Kejap-kejap boleh lah. Lama-lama dapat apa?

Sudahlah penyakit. Pergi jauh-jauh, gua tak larat nak layan sakit. Ada paham? Terima kasih 



meroyan



"Yang lama masih ada tapi ada sedikit gila. Aku mahu yang baru. Tolonglah aku mahu. MEROYAN nanti."

Wednesday, 12 December 2012

penat

"Betul penat, kenapa lah banyak kali nak ke hadap yang macam ni?"

Thursday, 6 December 2012

Sekali rasa


"Sekali aku baca, aku lawan rasa. makin lama aku selam makin jahanam diri sendiri. ada yang datang pinjamkan bahu, datang dengan kata pujuk, Maaf aku tak mahu dan belum tiba saat itu lagi." 

Terima kasih selalu sangat ada untuk aku. Ya aku memang benar Rindu. Kau sendiri boleh lihat.

Thursday, 29 November 2012

Kata kosong


"Jangan lah kau nak sampaikan itu ini, kalau engkau sendiri tak dapat nak laksanakan. Jangan kerana kata-kata engkau, jadi satu bencana celaka buatan sendiri. Terima kasih   


                           -Nadhirah-

Monday, 15 October 2012

so how?



"Kau mmg sial bg aku serabut aku nk guna otak aku elokelok tp apa kau dah buat sudahlah aku pun tanak dgr suara kau aku tanak baca apa apa msg dr kau faham kau buat aku makin jiwa kacau dgn bnde bodoh ni pegi sambung berseronok kt sana cau"

Amarah sangat rasanya, Aku hanya mampu nak turutkan. Aku okay disini.

apa


Pernah dia menyapa. Jangan difikirkan yang bukan-bukan. Apa segala yang dilemparkan bukan untuh meruntuhkan malah untuk menambahkan lagi keyakinan, aku faham. Yang diajar mana caranya nak kentalkan diri bila suaranya menembusi gegendang telinga aku, dengan rasa yang perit aku simpan segala kata-kata. Aku sendiri tanamkan biar aku berubah untuk dilihat dimata dia, SALAH! Aku tukar persepsi itu, aku yakin itu ada lagi baiknya untuk diri ini sendiri. 
Pernah juga aku suarakan pada teman, ada baik dan buruknya jawapan yang aku terima. Ini semua untuk aku, ohh baiklah. Sekarang seperti ada yang datang semak samun kan lagi keadaan itu, Binasa! amat berbisa. Ada juga rasa seperti sakit yang tertusuk duri racun yang tiada penawarnya. seperti rabak segala. 

Mungkin hanya satu, apa yang engkau mahu?

lakonan

"Aku rasa seperti sesaknya nafas tatkala ini, hebatnya engkau"

sepupu sama engkau

Ini tetap satu persoalan kenapa harus begitu?
Datang menyapa hanya berlandaskan antara aku dan kau,
Pernah dulu aku terjah soalan,
Nyatanya engkau tiada apa-apa,
Percaya aku bulat-bulat,
Dia Sepupunya engkau,
Harus macam ni lentok gayanya?
Akrab benar. dan aku harus kaku bodoh disini?
Begitu?
Sebentar, 
Yang sedang berlaku ini apa?
Perasaan atau perasannya aku?

rara:: aku betul-betul minta maaf kalau ada yang terkejut atau menghancurkan satu-satu keadaan. Engkau fikir. Renung sama lagi afdal. Aku sama seperti yang lain. jangan minta orang lain cuma aku minta engkau duduk dalam aku. IN MY SHOE and feel it.. great abang.. tarikh itu? 15 okt 2012 baru aku tersedar, akibat gayanya.


    • 21 September
      Syazana Said
      • ahhhhh
      • sudahhhh
      • to lateeeeeeeee

    • 21 September
      Engkau
      • muahhh!!!
      • oke oke
      • so mcm ni lah
      • HAPPY BELATED BIRTHDAY TOO YOU!!!

    • 21 September
      Syazana Said
      • okey
      • thank you!!!!!

    • 21 September
      Syazana Said
      • hmmmmmm
      • sentap
      • dah bwak bkal menantu braye seyhh
      • tongue
      • tongue

    • 21 September
      Engkau
      • ape doe.
      • smile

    • 21 September
      Syazana Said
      • ape doe
      • a dh tgok dulu lah gmbr tu
      • aq
      • puuuiiii
      • dulu ckp lain
      • nangis2 lah citer kat aq
      • skali tu bwak g braye skali

    • 21 September
      Engkau
      • ape siak kau!
      • :))
      • mana adaa lah!!
      • tetek tol lah kau ni.

    • 21 September
      Syazana Said
      • OK BYE

    • 21 September
      Engkau
      • ok



nyatanya aku



Untuk engkau, aku sambut dengan kata Selamat Datang Sayang dalam DUNIA aku yang ini dan ini. Buka  ruangan ini dengan seribu satu rasa yang selesa. Sakit atau perit? Kita kental sama dan percaya aku engkau sampai sana satu hari nanti. Jauh lagi jalan depan, mari tempuh. Tempuh gempur dengan aku. Insya'Allah yang pasti bakal menanti. Suka atau gembira? Itu yang indah, semat biar sampai satu lubuk yang dasarnya tak nampak dek pandangan kasar. Alhamdulillah.  

Lihat

Yang tak nampak, Jangan engkau olah cerita sampah. Buang masa, buang tenaga. 

-raranadhirah-

Friday, 12 October 2012

Diam dan senyap


Memang ini caranya,
Memang ini gayanya,
Memang ini lenggoknya,

Aku diam dalam setiap pergerakan.
Aku diam dalam seribu percakapan,

Ini jalan dia.
Aku sendiri pilih. 
Maaf....

Saturday, 22 September 2012

Satu-satu

Satu-satu dia tahan,
Satu-satu dia susun,
Satu-satu dia ungkap,

Apa segala dia buat, aku tak tahan.

Sabar....

Semak belaka

"Aku tak tahu apa nak dibuatkan sekarang ni. Dalam rumah ada yang sedang semak kan diri tahap lampau punya, Seperti tiada rumah, kesian engkau budak budak sedang hidup menumpang disini. Kurang kasih sayang ya? Tidak mengapa. Teringin menjadi setengah dari ahli keluarga aku? Boleh ke kau rasa-rasa? Bagi aku tidak. Engkau benar-benar semak kan keadaan. Jangan wujud lagi boleh? Aku simpati sangat."

Sayang ditindas


Dah kena tindas, dah kena hina, dah kena segala makneka. Aku mohon kuatkan diri ini.

Puas engkau?


ENGKAU kurung aku sama seperti dalam PENJARA

Ada masanya berdetik dalam akal kenapa aku yang harus, kenapa aku yang kena tempuh? Aku mampu kata orang-orang. Tahu? Aku rebah dengan kedaan sekarang ini. Celaka yang amat, semua mampu cakap meh rasa nikmat duduk dalam diri aku dan rasa nikmat ni sendiri. Sialan belaka! Ada faham? Mudah sangat engkau minta diturutkan itu diturutkan ini. weyyhhh!!! aku juga manusia yang sama bermata, bertangan, berhidung, berkaki, dan paling penting aku juga punya hati yang sama macam engkau, cuma tak kan ada siapa yang bakal faham apa kita rasa. Engkau mungkin boleh tafsir tapi percaya jawapan engkau bukan mutlak. 

 Hidup aku sendiri sebenarnya, pernah aku munculkan yang lain bagi memahami. Apa kenapa engkau datang  menindas? Kenapa engkau larang, habis cegah engkau bagi. Ramai nyatakan aku harus untuk hormat engkau. Ya Allah kenapa lah aku payah nak buat? Apa yang kau buat sampai aku pendam teruk macam ni huhh? Aku tak tahu mana cara gaya tuturnya aku nak alunkan? Aku ni kurang adab orangnya, Kenapa juga otak engkau sangkut pada tahap paling cipan buruknya! Engkau tahu bagi aku engkau lah yang penjarakan hidup aku sendiri.Aku dah pilih, aku dah cuba untuk diri sendiri, tapi engkau? TETAP SAMA! Hujung bodohnya. Engkau susahkan orang sana sini. Katanya demi aku, Sayang engkau faham erti maruah atau tidak agaknya? ouhh maii pity!

Engkau sibuk sangat nyatakan yang itu in segala tindakan engkau untuk aku sama sekali betul. Kenapa? Maaf tapi aku rasa engkau lah puncanya aku runtuh begini, puas hati engkau? Aku tak larat. Sekarang bagithau aku siapa yang boleh nak faham dengan keadaan aku? Mungkin aku penyimpan dan engkau jangan harap akan dapat tahu segala apa yang aku rasakan. FAHAM!

Friday, 21 September 2012

Tinggal


"Tinggalkan yang lama,tutup dan simpan rapi-rapi. Ambil yang baru, buka dan tempuh perlahan-lahan"

Uncle Jasmi


Dalam awal pagi ini berdetik jam dalam lingkungan 2am aku melayankan rasa seronok bersama pengarang jantung, yang satu satu tertambat dari dulu sampai akhirnya nanti. Perjalanan dari Ampang hingga ke Rawang kali ini yang benar indah. Aku membonceng motor yang ditunggang oleh seorang lelaki yang bergelar bapa. Alhamdulillah kami selamat tiba dengan sihatnya. Susah aku nyatakan rasa, hanya mampu aku sampaikan ini adalah yang indah pernah aku rasakan. Dalam serabutnya aku, dalam pertelingkahan semalam yang membinasakan aku. Hari ini makin pulih dengan keadaan yang lebih memahami. Terima kasih abah. 


I LOVE YOU ABAH

Monday, 17 September 2012

habis


JANGAN CARI AKU DALAM LUBANG CACING. TAK JUMPA

Thursday, 13 September 2012

Aku mulakan cerita


Aku dalam pembesaran, sama macam yang lain. Sama macam engkau, apa sikit beza pun tiada. Kita semua dalam mengenal apa itu dunia. aku dalam jiwa pemberontakan. Ada yang tak kena kalau salah gaya tuturnya. Mahu habis apa segala tindakan, punah ranah! hancur lebur mungkin juga, Apa pun bila aku dapat renungkan semula ini semua akibat darah yang sangat panas, yang aku selalu benar nak turutkan. percayalah yang ini akan sakitkan  diri sendiri. Ini terjadi pada diri sendiri


Aku penat untuk tidak kan itu malah aku penat untuk tidak kan ini. Yang benarnya aku masih lagi anak kecil untuk abah dan ibu. Aku masih lagi dala perangai yang kebudak-budakan, aku masih perlu bimbingan meraka. Itulah kawan, itulah tulang belakang, segalanya mereka. 

Aku runtuh malam ini tidak berlandaskan apa-apa. Tiada juga yang datang memaksa. Aku benar rebah dengan diri sendiri. Ya ALLAH aku pohon moga engkau permudahkan perjalanan hidup aku ini. 

Penghargaan


Diberi tanpa sebarang bayaran tanpa sebarang arahan, Terharu, terima kasih

Sunday, 9 September 2012

Yang Bodoh

Yang berbaju kurung merah, putih, hitam itu puncanya. taaaaaaaaraaaaaaaa!!



Ramai manusia kata aku adalah puncanya.
Ada yang kata jangan difkikirkan sangat,
Engkau manusia juga bukan?
Kalau engkau, ada rasa mahu berfikir mahupun tidak?
Ini bukan kali yang pertama,
Mahu cecah beribu riban kalinya,
Sebenarnya mudah,
Jangan cakap sure tak fikirkan
Yang bodoh. Tuli amat.

Moral of story. Mind our language

Terima lagi

Senyum walau sakit. Aku lawa aku tahu. 

Hanya dalam ganggangan telefon mudah alih. Tercetus lagi. Kala sedang terjadi pada engkau tahu pula engkau lantunkan satu satu amarah, seperti yang naga itu engkau, Aku takut. aku kutip aku buang jauh-jauh taknak ada serpihan buat binasa aku dengan engkau. Kini bila terjadi kala aku lantunkan semula, ishh apa jadi? Sepeti sialan pula. Tidak sama  mungkin seperti yang sebelum ini. Penat lelah rasa diri. Kata engkau ini semua salah aku yang tidak tahu mungkin juga tidak mahu menjaga pertuturan. Salah adab lagi aku rupanya. Baiklah aku terima. 

Tahlil Arwah

Dalam tak sedar mata dikatup dicelik, sudah lama beliau pergi meninggalkan kami selamanya. Aku benar dilanda badai rindu. Moga beliau tenang disisiNya yang Esa. Bersyukur juga aku ke Hadratnya kerana segala perancangan yang disusun sempurna. Terima kasih bagi yang menghadirinya. Alhamdulillah. 


Moga Beliau tenang disana, kami disini sentiasa berdoa untuk ketenanganya disana.


Jyeah! This is the real of  We. Were in Apron a new uniform for cuci services.


Copy and paste 99 % from arwah Atok. Like sayang said dari abang turun ke adik. KACAK




Wednesday, 5 September 2012

Sakit



Sakit sana, Sakit sini, Habis semua sakit. Ambil pisau dan hunus baru puas. Lerai dendam. MUNGKIN.

Friday, 31 August 2012

Putus



Aku tak duga sampai begini jadinya,
sampai begini rasanya,
Serius,

Layang layang seolah tak bertali,
Hampir putus menati masa,
Kendur saja tidak bernakhoda,
Tapi masih jelas aku nampak ia belayar,
Ke sana sini,

Mana hendak ditautnya?
Rimbunan pokok menanti,
Habis sangkut terkoyak parah layang layang.

Ya allah permudahkan segala ini.

Ah


Paling berselirat jiwa aku sekarang,
Tak kan tahu mana gaya tuturnya

cuma aku rasa

Ah. Aku tak mampu. Benar

pohon



Pinta aku,
Sakit sudah tubuh ini,
Pinta aku,
Sakit sudah benak ini,
Pinta aku,
Sakit sudah hati ini,
Pinta aku,
Sakit seluruh ini,
Pinta aku,
Benar jika tidak mahu, ikhlaskan aku.


Tuesday, 14 August 2012

Kemampuan aku



Pukulan kali ni boleh tahan sakitnya, Dalam sendiri aku malam ini aku juga sedang perlukan yang lain, mungkin engkau, mungkin dia, mungkin siapa sahaja. Aku taknak layankan rasa itu sendiri tahu? Benaran bodoh lagi celaka peritnya. Salah aku terus terang ya? Apa salah aku jujur ya? Itu yang engkau mahu dan aku sendiri ikhlas terangkan. Tapi kenapa?

Aku tenang sekarang, jangan pula engkau risaukan tentang aku. Aku tak mahu ganggu apa segala aktiviti engkau. Satu pun aku tak nak. Mungkin kau dah lepaskan apa yang perlu untuk aku tahu. Terima kasih sayang, aku boleh faham dengan keadaan tu, Ya ini adalah tanggapan aku sendiri selepas engkau lafazkan. Aku benar faham.

 Dan aku juga minta untuk kau faham dengan tindakan aku kemudiannya, Cukup juga engkau tahu ya aku terasa. Engkau tak faham mungkin. Aku faham. Aku tahu aku mampu, Aku kuat!

Monday, 13 August 2012

Benar



Kalau dilihat dari mata kasar, boleh tampak mata ini sedang kuyu layu minta beradu, pedihnya! Minta pejam direhatkan. Kepala dah berat, sudah juga aku tampungkan dengan bantal empuk bagi selesa keadaan, yang merimaskan sila engkau nyah dari aku, 

Jangan bikin semak samun ini malam. Pinggang ada yang tak kena, bukannya aku arif benar tentang tubuh, apa mahunya aku hanya mampu untuk rehatkan sebentar segala organ bagi sihat diri sendiri. Kalau sekarang mata terkatup bawa pelayaran beradu jauh entah ke mana arahnya. Ini bakal jadi lena yang panjang tenteram

Sekarang ada permaian dalam akal, bukan main asyik melayankan. Permainan disusun dengan penuh teratur. mudah faham mudah beri jawapan. Benar aku selesa dengan permainan ini kala mahu dibuai satu persatu ceritera antara aku dengan dia lincah dlam maianan akal aku sendiri. Mahu aku tidak selesa? Salah jawabnya. Bibir tersengih, jauh dalam dasar aku bersyukur. 

Kerna hingga kini masih dia kekasih hati, Aku harap jangan punah matlamat ini rancangan kami dana berguni untuk raih bahagia. ME LOVE YOU

Thursday, 9 August 2012

Kencang


Aku berbaju merah nampak garang tapi aku perlukan bf yang benar memahami

Dekat-dekat jam 10.30 pagi baru mata aku terbeliak dari mimpi. Lena panjang malam aku benar sempurna. Cukup aku dapat rehatkan mata,badan dan akal aku ini. Harapan biar hari ini aku Stabil dengan keadaan diri. Tapi kini ada satu masalah, aku tak tahu mana gayanya yang aku hendak lenggokkan, ke kiri salah ke kanan tak lawa. Hati, marilah sini mari borak sama dengan aku, jangan biar aku begini tiada teman teman. Engkau harus tahu aku butuh jawapan dari engkau sekarang, Tidak mahu aku melayankan gaya ini tanpa tarian yang cantik, ada apa yang tak kena? Kenapa rasa tidak enak begini? Aku pohon biar engkau tenang. Biar aku engkau aman bersama, Yer aku perlukan engkau dan engkau juga perlukan aku. Biar aku rawat jangan biar sakit ini melarat panjang. 


Itu lah satu bf aku yang benar memahami, berbaju merah berbibir jonget itu. Kami memang sepadan.

Good night dari aku


Selamat malam wahai permulaan pagi. Harap celik mata esok aku sihat dari segi mental dan fizikal aku sendiri. Aku raih ketenangan berpanjangan. Harap aku selesa dalam baju kelawar ini untuk intai cerita mimpi aku nanti. Biar aku jadi puteri untuk putera itu, dalam baju kelawar ini aku tahu aku cantik. 

Good night semua dari aku. NADHIRAH 

sepet mata aku


Aku tak suka bila rasa celaka ni datang menyelinap dalam diri. Dah aku cuba untuk hambat cerita bodoh itu dengan gaya aku yang tersendiri, biarlah aku merangkak perlahan lahan aku temu jawapan. Itu ini yang berlegar dalam ruangan pagar otak aku semua bikin semak, Kenapalah macam ni! Sampai bila lah aku nak melayankan rasa ni sendiri? Aku tahu dia masih budak tapi kalau salah gayanya jangan ditanya apa perlu kau buat. Aku loloskan diri dari kotak berkunci itu, sikit minat pun aku terbitkan. Aku taknak bagi apa pun jawapan sebab aku harus tahu jawapan aku sendiri. 

:: budak atau apa ini berkait tenang perasaan   

Aku dan aku lagi

Benak aku tidak pernah sekali pun berhenti dari menguruskan perihal hari hari aku didalam muka bumi.  Pernah aku lelah rebah dek sakitnya melanda benak ini. Mungkin tiada siapa pernah tahu. Sampai sekarang aku tak mampu lagi nak melayankan sakit itu ini. Hilangnya satu persatu kekuatan aku, mudah rundum aku kalah dalam satu-satu keadaan itu dan percayalah yang itu bukan aku yang benarnya. kenyataan aku, aku tahu aku lebih kukuh lebih tegap dan lebih kental dari ini. Aku ligat selongkar ruang ruang yang terbuka itu untuk dengar, untuk genggam jawapan yang aku cari, Kalau bukan kala itu aku terima jawapan jangan pernah khuatir, kerna aku sentiasa menuntut jawapan dihari-hari yang akan datang. Terimalah semua yang ini memang gayanya aku, bebelan sana sini aku terima untuk tidak memikirkan itu semua. Tapi ini adalah aku Izinkanlah kerna aku punya kehidupan sendiri yang penuh dengan pelbagai tanda soal. Aku perlu cari punca jawapan.

:: Aku benar-benar sayangkan diri aku ini. TABAHLAH NADHIRAH .....

Tuesday, 7 August 2012

Noktah

Sedang aku leka dengan lincahnya si kecil Qawwy. Ada pula yang datang cuba meruntuhkan kegembiraan itu, Ini kali aku sendiri tidak tahu berapa acap kali dilakukan seperti ini. Kenapa persoalan yang bermain dibenak itu hanya satu sahaja soalan yang berulang kali dikeluarkan? Mungkin engkau perlu tahu yang aku selelah-lelahnya hendak menjawab soalan yang sama engkau lemparkan itu. Maaf belum tiba masanya engkau perlu terima jawapan yang sahihnya dari aku. 

Sunday, 5 August 2012

Satu pagi



Melayankan kerenah itu ini, ragam yang tak nampak dalam layar cahaya ini. Tapi kalau boleh dirakamkan biar engkau nampak aku tersengih, tergelak, terkekek melayankan engkau seoarang sahaja. Satu-satunya engkau untuk malam ini. Bukanya apa ini semua permainan ayat. Khayal aku layankan diri sendiri dengan engkau, dalam khayalan leka itu percuma ada yang singkap dengan siapa yang sedang aku layankan pelbagai corak muka ini. Bila dapat jawapan satu persatu ayat perlian sampai dihujung cuping telinga. Aku melayankan itu semua dengan balasan senyuman yang setimpal dengan keadaan. Hendak berkata lebih aku ibarat kucing tersipu-sipu malu bila diusap lebih dengan tuannya sendiri. Biar aku kaku batu jawab mana yang perlu. Ini semua gara-garanya engkau. Positif datang menerpa, engkau juga puncanya.

Terima kasih sayang beri senyuman dalam satu pagi ini. Ketenangan ini, Alhamdulillah.

Saturday, 4 August 2012

1


Engkaulah satu satunya yang aku ada. Harap fahamlah sayang aku pada engkau tak pernah nak luntur. Aku benar sayangkan engkau wahai satu satu harta bernilai. 

kemain payahnya


Bukanlah selalu aku dapat layanan begini rupanya. Entah apa yang tak kena dek mereka semua. memujuk aku bukan main calang calang gayanya. Jika sana salah gayanya ditukar pula dengan gaya yang sini, apa semua serba tak kena. Maaflah bukan niat aku nak melayankan sampai begitu jadinya, mungkin ada yang boleh faham bukan? Jangan ingat senang kemain payah nak pujuk. Aku tahu

Maafkan adik....

Tuesday, 31 July 2012

Angin mana halanya?



Selagi aku masih menetap dalam duniawi pinjaman ini selagi itu lah hidup aku ni tak kan pernah nak berhenti dengan segala sakit perit gembira tawa yang datang tidak susah payah untuk aku undangkan.Aku tak pernah nak harapkan apa apa. Ini semua akan berada atas diri aku sendiri. Sabar dalam diri, itu yang aku kena sematkan dalam lubuk hati. Sebab segala yang jadi ada hikmahnya.

Angin yang bertiup ke sana sini buat aku terumbang ambing, tak kuat nak aku tempuh tapi aku pasti yang aku mampu untuk tegap berlawan dengan kekuatan angin. Tiupan berubah ke utara ke selatan aku masih kukuh dengan posisi sendiri. 

Percayakan diri engkau nadhirah yang engkau mampu untuk kuat dalam semua ini. 

Monday, 30 July 2012

mana nak cari?

Siapa boleh faham?
Siapa boleh rasa?
Aku tak rasa ada yang mampu,
Aku yang payahkan ke?
Aku sama macam engkau,
Beri aku sedikit ruang,
Aku butuh keadaan tenang,
Jangan ingat senyuman aku sempurna,
Lubuk aku ini siapa sedang terokai?
Tiada siapa,
Termasuk engkau.

Sunday, 22 July 2012

Ramadhan..

:: Hari pertama dalam Ramadhan kami semua berkumpul diteratak peninggalan arwah Atok HASAN.

Setahun sekali dia dah datang bertandang, dapat nikmatnya hanya hampir mencecah sebulan. Tidaklah lama mana, Puas bila dah dapat kecap rasa ni dengan penuh keadaan girang. 


Mungkin ini bukan lah seberapa tapi percayalah rasa seronok dia tak tahu nak lukis macam mana coraknya.


Meriahnya! Tak kisah lah dari tua sampai muda mana pun, kami tetap satu KELUARGA.


Situasi akan jadi batak, sebab kami jarang juga berkumpul sama. koleksi jejaka keluarga.


Rutin biasa, kami ramai lagi cucu perempuan so jadilah begini.


Dan ini adalah aku si Puteri JASMI. kata mereka aku adalah ANAK BAPAK! Yesss!! itu adalah aku dan kamu semua silakan cemburu sebab hanya aku yang layak digelar sebegitu. Puas? okayy aku tahu engkau puas. Samalah dengan aku. 

SELAMAT BERPUASA SEMUA (: