Sunday, 5 August 2012

Satu pagi



Melayankan kerenah itu ini, ragam yang tak nampak dalam layar cahaya ini. Tapi kalau boleh dirakamkan biar engkau nampak aku tersengih, tergelak, terkekek melayankan engkau seoarang sahaja. Satu-satunya engkau untuk malam ini. Bukanya apa ini semua permainan ayat. Khayal aku layankan diri sendiri dengan engkau, dalam khayalan leka itu percuma ada yang singkap dengan siapa yang sedang aku layankan pelbagai corak muka ini. Bila dapat jawapan satu persatu ayat perlian sampai dihujung cuping telinga. Aku melayankan itu semua dengan balasan senyuman yang setimpal dengan keadaan. Hendak berkata lebih aku ibarat kucing tersipu-sipu malu bila diusap lebih dengan tuannya sendiri. Biar aku kaku batu jawab mana yang perlu. Ini semua gara-garanya engkau. Positif datang menerpa, engkau juga puncanya.

Terima kasih sayang beri senyuman dalam satu pagi ini. Ketenangan ini, Alhamdulillah.