Saturday, 31 May 2014

manusia seakan kau.

Baik kau jarang-jarang orang perasan, jahat kau senang orang tunding-tundingkan.
Kau jagan cuba mahu mendeny.
Kau apa nak perasan? Tahu kau untuk bantah semua. Asal diri kau yang betul
Kau mahu menangkan apa? Sedang kau lah yang selalu tewas.
Perasan tentang itu? Tak lama mana mahu simpankan semua 
Itu belum lagi mahu lawan lawan jantina.
Lawan-lawan benak yang acahnya kau lagi hebat dari yang lain.
Susah bukan mahu kenal dengan peel-peel manusia?
Lagi susah mahu kenalkan kau. 

Juangan anak abah.


Abah kau tahu anak kau sedang buntu?
Sedang ini yang melonjak sangat anak betul-betul mahu.
Anak ini masih dijalanan mencari secebis nasi untuk 24jam nanti.
Abah kau tahu anak kau sedang dipijak?
Dengan keramaian luar-luar ini? Semuanya menghantar bisa-bisa seluruh badan. Anak mahu rengekkan pada siapa? Tak ada siapa peduli. Diam-diam anak isikan ruang pedih dalam rongga dengan pesan abah biar kuat tempuh jalan-jalan duri.

Abah anak ini sedang terjelepuk. Sudah termakan lumpur.
Benar rasanya sama sekali tidak likat pada rongga tekak, tak enak ya?
Abah anak mahu sampaikan, ada mereka datang bersama tombak tajam.
Anak harus laku apa?
Bakal matikah anak ini dijalanan? Itukah abah?

Abah, anak mohon jangan buntu teramat sangat. Anak masih punya nafas. Masih abah dengar dengus nafas anak. Manja anak pada ganggangan telefon. Abah masih nyata.
"Abah sayang adik"
Yes abah. I do,
"Adik sayang abah"
Sampai mati abah satunya tak ada ganti.
Dan abah harus tahu lagi. Adik masih dalam telapak abah. Restui perjalanan anak keduamu ini.

-Adik Ayang -

Friday, 30 May 2014

Jangan perlaku untuk kaku.

Jangan sentak aku,
Kau sentak gertak,
Jangan ditegang urat,
Kau lempar si pekak,
Jangan bulat lihat aku,
Kau bagi sesak senak.

Jangan perlaku gitu dalam bangkit tidur aku, 
Jangan terasa pedas,
Jangan itu mahu aku,
Jangan dipanjang ..........................
Aku cuma pesan jangan hebat menghambat.

Bukan lembu manusia kaki dua ini,
Serupa kamu.

*Mungkin ya aku terasa tahap klimaks. Maaf ya?

Wednesday, 28 May 2014

Saat bahagia aku aku dan kau kau

Kepada Boyfriend setia.
Kau ingat masa itu?
Kau ingat masa kita selalu gila?
Dengan idea mendemamkan aku?

Saat hujan tanpa dentam dentum,
Aku, kau sama-sama terlanjang bulat,
Bahagia teramat,
Merai titis-titis air mata bumi,
Dalam hangat sentuh dada ke dada,
Dalam suam kau genggam tangan kita bersama,
Kita dalam bahagia.

Bahagia ini bahagia nak mati,
Kita lari sana sini,
Kita gelak tawa sama,

Ingat sayang saat itu? Aku tersangat bahagia.
Dengan kamu. Hanya kita dua.

Tiang-tiang nyawa.

Hari ini aku pacak satu lagi tiang untuk kukuhkan banglo idam idam dalam mimpi.
Sudah ada empat semuanya,
2 laki-laki 2 pari-pari,
Hampir sempurna banglo aku,
Aku mohon utuhnya sampai jauh sana,
Jangan jatuh,
Kepada tiang-tiang. Kuat sama aku,
Kerna kamu untuk aku dan aku mungkin untuk kamu.
Banglo ringan kerna kita semua sekutu.

Tiang kau hebat. Jangan tumbang.


Tuesday, 27 May 2014

Mungkin tidak hari ini

Setiap satu kelat-kelat kata aku ungkapkan kala siang labuhkan terangnya. Sendiri dalam mencari tenangnya sanubari yang kelmarin remuknya dihempap dek malapetaka bangsat. 
Tersentak dari lamun mimpi. Aku kukhkan semua. Ketatkan segala paku pada tiang. Malasaku tunggu robohnya rumah ni. Meniti saat lagi dan lagi. Aku mampu kukuhkan lagi, Moga ia sempurna. 

Abang jangn membinasakan. Ayang penat. 

Maka jalan ku siang hari makin membuas tanpa ingatan kelmarin dalam realiti. 

Monday, 26 May 2014

Bangsat malam ini.

Jejak kaki aku ke pintu rumah dengan penat yang membangsat. Harapkan senyum dari sayang. Sambut aku pulang.
Yes sayang tunggu aku pulang.

Aku pulas tombol pintu. Dalam keadaan senyap sepi aku pasang mata melihat sayang. 
Tapi... 

Apa yang jadi? Sayang hanya pandang aku pada hujung mata. Tak peduli. Tak mengerti erti lelah aku.
Meja berantakakkan.
Kacang bersepai, sayang tanpa baju bersama teman dan kaca akohol depan mata. 

Sayang join sama? Sama sama mereka? Sayang kalau ya, Baguslah mampus sekarang.

Maaflah. Ini cerita kalau. Apa pun sayang, mabuk tak mabuk sayang tak faham erti lelah ayang.


Sunday, 25 May 2014

Buah hati pada aku...

Aku punya sepasang lagi mata (si buah hati), yang selalu jeling-jeling tiap kali aku melangkah depan belakang longkang. Dia pengawal ala ala bibik aku. Ibu abah jangan khuatir.
Lelaki ini masih cuba kawal diri mengawal anak perempuan kamu berdua.
Sayangnya dia pada balik aku, aku tak pasti. 

Yang  terpampar depan mata, ikhlasnya aku nampak. selalu sangat buah hati menjaga berani.
Kadang terlepas pandangnya, aku meradang tak tentu. Mengamuk dalam rasukan nafsu emosi si perempuan-perempuan. Datang balik dia pulihkan mana boleh dipaku lagi. Meradang lagi aku, biasanya tak berejam buta, dalam meradang seladang, susuk tubuhku panas dalam rangkul kemasnya. (kebiasaaanya) 

Buah hati,
Apa kau boleh faham dengan buah hati? Tak tentu semua lagi.
Tak kisahlah siapa aku dalam hati dia, walau bukan pari-pari. Bagi aku cuma aku sorang yang betul-betul kenal dia, hanya aku. Yang lain jangan nak masuk campur nanti terima ludah dari aku. Hidup kau jadi sia-sia. Perempuan macam aku perempuan kedekut, jangan nak mencuba. Remind pada kau juga si buah hati. Sekarang kau wangi. Jangan palit tahi. Jangan minta ungkapan babi dari lurah berahi. Aku tak pandai mahu hebat-hebat demi jantan. Tapi cerita lain aku buka pada mak abah dan keluarga kau. Tak ada siapa boleh rampas legendnya itu. 

Hubby, aku sayang kau,
Hubby, aku tak rupawan. Tak punya kulit halus mulus. kaki panjang idamankan kau. Itu memang bukan aku.
Hubby, aku tak cendiakawan. Bangang aku kau sendiri tampak. Kau sendiri bengangkan.
Hubby, maafkan aku. Mana yang tersasulnya kurangnya adab. 
Maafkan ya.

Aku masih dalam pembikinan diri. Pada kau aku gantung diri, kendong aku sana sini ya? Jangan cicirkan. 
Sayang aku lagi ya harapnya. Tak suka kata dari mulut tulus pada hati.
Tapi sumpah aku tak berani. 
Jangan ya?


Wednesday, 21 May 2014

Banyak

" Kau banyak cara. Banyak. Lebih dari satu. Aku jumpa banyak. Bukan satu. "
Alasan kau tak payah nak bagi sipu-sipu.
Tak payah dibontotkan aku.
Aku sihat. Sakit awal pagi sampai petang. Apa boleh buat tanpa susahkan kau. Bangkit dan buat.

Bukan matikan.

Monday, 19 May 2014

HIlang keruan.

Kalau dikerling balik pandang, semuanya tenang belaka. Mereka sedang bertarung dalam caturan kertas dan sekumpulan kerajaan. Menanti siapa bakal membentaras satu satu kerajaan. Itu hanya permainan atas helaian kertas keras. Jangan khuatir

Aku masih lagi tak jumpa entah apa sebenarnya yang aku cari. Hyee. Aku pandang dia. Aku ada rasa nak sampaikan benda yang tak pasti. Tapi sebabkan tak pasti so ginilah jadinya manusia macam aku.

Huhhh lagi tak keruan aku bila mereka mula berkerumun bersama. Dan mereka bahagia. Aku tak pasti aku seperti apa.

Diri mati

Aku memang ada masalah besar. Kalau nak cerita sampai ke tujuh keturunan aku rasa mampu daya tak habis mahu lepaskan semua jenis lelah, penat, hambar tawarnya dunia ini. Betul bukan?
Siapa boleh nak faham dengan bahasa perempun usang ini?
Siapa?

Aku jarang-jarang menjaga tutur kata. jarang juga aku jaga hati orang. Aku lelah teruk. Asal silapnya bertandang dari aku. Untuk jadi pelengkap serba serbi. Susah babi.
Hari aku berjalan dengan air mata, tak kisahlah apa jenis rutin yang aku buat. Habis segala bersama kubur berendam.

Dalam galak aku melayankan kerenah itu ini. Aku tahu lama mana diri boleh tipu diri sendiri. Bunuhlah aku 
Boyfriend jarang faham aku.
Family aku jauhkan. 

Tuhan dan Mereka


Tuhan ada dengan aku, mana jalan aku tuju semua bertemankan tuhan. Tak ada siapa mampu tanding kuasa Dia. Aku pernah terjelepuk dalam belukar mana entah. Tak ada siapa endah. Hanya aku, kerna aku masih perlu alur jalan aku. 
Aku mahu jilat seluruhnya bahagia. Tak ada satu pun terlepas dari sisa air liur sendiri. Harapan aku ini akan berjaya dengan hebatnya, dan aku terlalu malas untuk toleh sial-sial yang cuba imbau para celaka dunia. Sumpah aku tersangat lelah.

Kenalan hari ini bertukar dari ke hari dan banggalah aku dengan apa yang aku kutip. Meraka tetap dalam hati. Mereka tetap dalam relaiti yang aku punya sendiri. Yang layak aku sanjung. Yang salah aku sanjung dengan niat tak mahu menghadap lagi. Sumpah aku tak mahu.
Aku sedang bahagia. Alhamdulillah. 

Sunday, 18 May 2014

Kau siapa?

Hello penjengah,
Jangan nak bubuh yang tak best dalam hidup aku boleh?
Kau siapa?
Menghukum padu macam celaka.

Manusia kau sekadar manusia biasa,
Kuasa besar apa kau ada?
Kau siapa?
Jangan dabik dada terlalu tinggi.
Susah kalau sudah mati.

Cerita dunia hanya suku dalam lubuk babi,
Engkau sekadar mengerti,
Mulalah sekarang,
Jangan terlalu mengerti sekali kait dengan pelajari.

Jangan hanya tahu menunding jari,
Sedang kau tak habis mengaji.
Malulah.



Wednesday, 14 May 2014

layang tipu.


Otak ni dah meronggeng jauh entah mana jalannya,
Jangan nak tanya aku apa yang tengah romen dalam benak sendiri,
Dah berair ni,
Bertakung teruk,
Kejap lagi jadi pejal,
Lagilah aku malas nak layankan,
Semua salah laki dalam gambar ni.

Kau kenapa?
Kau bosan dengan aku?
Kenapa kau nak tipu?
Kenapa?

Abang. Kenapa nak kena layankan yang lain?
Apa?


Boyfriend


Perempuan ini masih tidak sempurna,
Apa yang jadi?
Boyfriend apa cerita sekarang ni?
Nak menggila gini sampai bila?
Perempuan ini mahu kukuh sampai bila?
Hoi Boyfriend?
Sampai bila?
Kau tu aku tak suka.

Nak tunggu lama-lama. Faham bahasakan?