Aku punya sepasang lagi mata (si buah hati), yang selalu jeling-jeling tiap kali aku melangkah depan belakang longkang. Dia pengawal ala ala bibik aku. Ibu abah jangan khuatir.
Lelaki ini masih cuba kawal diri mengawal anak perempuan kamu berdua.
Sayangnya dia pada balik aku, aku tak pasti.
Yang terpampar depan mata, ikhlasnya aku nampak. selalu sangat buah hati menjaga berani.
Kadang terlepas pandangnya, aku meradang tak tentu. Mengamuk dalam rasukan nafsu emosi si perempuan-perempuan. Datang balik dia pulihkan mana boleh dipaku lagi. Meradang lagi aku, biasanya tak berejam buta, dalam meradang seladang, susuk tubuhku panas dalam rangkul kemasnya. (kebiasaaanya)
Buah hati,
Apa kau boleh faham dengan buah hati? Tak tentu semua lagi.
Tak kisahlah siapa aku dalam hati dia, walau bukan pari-pari. Bagi aku cuma aku sorang yang betul-betul kenal dia, hanya aku. Yang lain jangan nak masuk campur nanti terima ludah dari aku. Hidup kau jadi sia-sia. Perempuan macam aku perempuan kedekut, jangan nak mencuba. Remind pada kau juga si buah hati. Sekarang kau wangi. Jangan palit tahi. Jangan minta ungkapan babi dari lurah berahi. Aku tak pandai mahu hebat-hebat demi jantan. Tapi cerita lain aku buka pada mak abah dan keluarga kau. Tak ada siapa boleh rampas legendnya itu.
Hubby, aku sayang kau,
Hubby, aku tak rupawan. Tak punya kulit halus mulus. kaki panjang idamankan kau. Itu memang bukan aku.
Hubby, aku tak cendiakawan. Bangang aku kau sendiri tampak. Kau sendiri bengangkan.
Hubby, maafkan aku. Mana yang tersasulnya kurangnya adab.
Maafkan ya.
Aku masih dalam pembikinan diri. Pada kau aku gantung diri, kendong aku sana sini ya? Jangan cicirkan.
Sayang aku lagi ya harapnya. Tak suka kata dari mulut tulus pada hati.
Tapi sumpah aku tak berani.
Jangan ya?