Monday, 30 April 2012

Jiwa gelora

Aku terima kalau ini adalah kelebihan yang engkau berikan YA ALLAH, walaupun ini satu beban dalam hati yang aku tak tertanggung,
Aku terima YA ALLAH,
Aku bersyukur dengan apa yang engkau berikan. ini adalah kelebihan. 
Walaupun ini adalah kali pertama kejadian sebegini. aku mampu untuk bertahan. Aku tahu.


shit!

engkau sampah!
engkau manusia yang bertopengkan binatang!
engkau sial!
engkau celaka RIZAL!
engkau bangsat!
engkau penjahanam!
engkau bodoh!
aku memang hilang adab bertutur dengan manusia macam engkau,
pergi mampus!
pentingkan diri sendiri
engkau tu bodoh!
tolong lah manusia jangan bagi aku samakan engkau dengan binatang lah jimbet!

Sunday, 29 April 2012

tolonglahh

Berhabuk aku tinggalkan ini, aku punya masalah. Dah tak tahu nak tempuh macam mana. Aku dah tak terlarat nak melayankan itu ini. Segala tindak tanduk aku diperhatikan, selama mana ni? tolonglah jelaskan! Sejujurnya aku penat dengan ini semua. BUNTU DUNGU AKU ENGKAU TAHU?

Tolonglah aku dah tak larat nak menangis dengan dugaan ini. terasanya aku dah tak mampu nak berlayar jauh kalau begini gayanya. Aku perlukan kekuatan. Ya ALLAH aku mohon kepadamu permudahkan perjalanan hidup ini.

nadhirahjasmi itu aku yang sedang meruntuh..

blog aku senyum

okayy aku tersenyum penuh tanda tanya. apa yang dah jadi dengan blogg ni sebenarnya? alahaii! bikin aku terkejut besar!

Wednesday, 18 April 2012

serabut


Nak kata tak ada buku,
Nah ade jer ni, 
Nak kata tak ada pen,
Nah kau berlambak pilih yang mana nak? 
Nak kata tak ada mood,
Menyusun dalam otak geliga kawe ni,
Dah ni WHAT'S WRONG BABY?
Alaaa!
Serabut derr!
Tak ada rasa nak menulis pun.
MALAS itu lah konklusinya.

berselerakan


Mana satu aku yang buat engkau menitis? Tunjuk! Salahkan aku. Maafkan aku sayang, bukan niat ) :

20 tahun sehidupnya aku dimuka bumi ini, 
Berkenannya aku pada engkau boleh aku bilang hari nya sudah berapa,
Alahai..... keluh mengeluh aku panjang

Nak aku coretkan.
Punya jauh didasar dalam
Tidak perlu aku pratonton kan disini. 
Harapan biar tidak berangka jangka lamaya

Aku terima selagi adanya engkau, 
Payahnya engkau mendapatkan aku.
Pernah terlepas suatu masa dulu, 
Kini engkau genggam kuat.

Pinta aku sayang...
Genggam aku sekuat-kuatnya ya?
Jangan biar aku berselerakan ditiup.

Tuesday, 17 April 2012

ini AKU


Sakit ke aku?
Tertonggeng ke aku?
Ketawa ke aku?
Terasa ke aku?
Cenggeng ke aku?
Itu yang engkau nampak dari zahirnya,
Dalaman aku?
Aku pasti yang engkau tak tahu,
Yang kau tahu hanya semburkan aku dengan racun perosak,
Tahniah!
Sememangnya engkau berjaya
Tapi salah, aku tetap aku,
Perosak engkau tidak mampu layukan aku,
Sia-sia.

Monday, 16 April 2012

me is mine




ASSALAMUALAIKUM pembuka kata,
kali ini berbeza, aku cuba menggunakan bahasa. selamat membaca.

Hari ini ada rasa sialan yang datang menggangu, emosi aku terganggu entah siapa yang punya angkara. aku percaya ada sifat "PHD" (perasaan hasad dengki) dalam diri manusia itu. sejujurnya aku makin tak tenang. ada yang tersangkut dalam ni. payah untuk aku hembuskan. tersangat perit rasanya yang sedang tersimpul. aku sedang bersusah payah untuk leraikan. aku tahu aku mampu untuk lakukan. Berpaut kukuh dengan kata bahawa "kejayaan bermulanya dari kegagalan" Apa yang pernah aku lalui sebelum ini, baik dari pahit seperti hempedu mahupun manis semanis madu. Tak pernah aku cicirkan, satu persatu aku kutip. aku semat dalam-dalam sebab ini adalah penyokong untuk aku mengenal lagi dengan dunia yang fana ini.

aku akui mungkin aku adalah seorang yang mampu untuk memberi seikhlas senyuman untuk seorang sahabat yang sedang di landa dengan badai kesedihan dunia, mungkin juga aku adalah seorang yang mampu untuk memberi  kata semangat demi membina kejayaan seseorang sahabat itu. sedangkan aku empunye diri sendiri masih terombang ambing di atas lautan yang luas mencari sasaran kehidupan yang tak pasti dimana berakhirnya nanti. Apa pun ini adalah pengorbanan yang mampu aku lakukan untuk sahabat yang aku sayang. Mereka penting dalam hidup aku selepas dari keuarga terhebat aku. Aku tak nak saksikan betapa runtuhnya seorang teman didepan mata aku sendiri. Dan aku tak mahu manusia yang bertopengkan syaitan semak dalam hubungan persahabatan kami. Engkau aku halau dari sekarang sebab engkau adalah durjana sialan yang mengkhianati persahabatan aku dan dia. Engkau aku HALAU, yer aku pasti yang engkau faham dengan apa yang aku sampaikan ini. yeahh shitttyy just go away 

Ini adalah emosi aku dalam membicarakan tentang persahabatan, jangan pernah mencuba untuk mengkhianati persahabatan aku sebab itu akan memudaratkan engkau suatu hari yang engkau tak pasti. Hari berganti hari saat melonjak untuk ke arah alam dewasa itu aku sedang nantikan. Fikiran aku semakin hari juga semakin matang bila aku makin mengenali dengan kehidupan dunia ini, mengenal manusia. Engkau tak berhak untuk persoalan kan kelincahan aku ibarat kebudak-budakan. Ini adalah diri aku dan siapa engkau untuk persoalan kan itu semua? Engkau lebih di galakkan untuk menilai diri sendiri dulu sebelum yang lain. Aku tidak pernah lelah untuk menjadi telinga demi sahabat aku berkongsi masalahnya, serta mulut aku diringankan untuk memberi sedikit pendapat mahupun sedikit nasihat.


Sejujurnya aku tak minta pujian yang mengunung. Aku tak minta harta benda. Aku tak mahu semua itu. Aku cuma mahukan orang terima aku seadanya. Aku juga seperti manusia lain ada cacat celanya, tiada siapa yang perfect termasuk aku sendiri. Aku juga ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Aku tak pandai untuk jadi orang lain sbb AKU ADALAH AKU

bersyukur

"ALHAMDULILLAH, AKU PERLU BUKA MATA, CELIK AKAL, SEDARKAN DIRI. AKU MASIH BERNYAWA UNTUK HARI INI DAN AKU MASIH DI DUNIA PINJAMAN INI"

amiiinnnnnnn.......

tiada kata

yang lepas jangan kau abaikan.
nanti birat terkena tempias
yang lepas untuk bakal datang
nanti mudah untuk kau tempuh
yang lepas itu pelajaran
nanti bertatih kepada jalan.

Bukan hari hari engkau di zon yang selesa, suatu hari nanti pabila engkau tersungkur, jatuh terseret. 
Perit pedih kau, 
Belajarlah engkau sekarang payahnya jalan menyenget.
Biar nampak macam ketam asal depan bukan kelam 

cakap

Cakap lah apa yang kau nak, bukan payah untuk bercakap, hanya suara yang keluar dari mulut.
Tak perlu jugak untuk kau melenggok kan badan hanya untuk bercakap
Aku tahu itu tersangat mudah,

Sebesar 3 tahun mampu lakukan walaupun penerangan disampaikan tak sehebat mana.
Masih mampu untuk lakukan.
itulah realiti bukan fantasi yang karot...

Kita semua manusia yang sama punya selengkap tubuh, mahu dari jasad dan roh.
Tiada apa yang ketara mahu membezakan kita.
Sebenar kita semua adalah sama..
Mudah untuk bercakap payah melakukan.

Sunday, 15 April 2012

CELAKA

Biar menangis,
Biar runtuh,
Biar rasa puas,
Biar ia sekejap,
Jangan simpan,
Jangan pendam,
Buang!
Lempar!
Campak!
Baling!
Jangan bagi semak,
Itu celaka.

kenapa?


AKU TAHU NI LAH JALAN NYA DAN ENGKAU JUGA MAMPU BUAT, AKU SAYANGKAN KAU

Saturday, 14 April 2012

biarkan aku


Biarkan aku pendek dari mereka, asal pemikiran, tahap kesabaran, kegagahan, serta kekuatan dalam diri ini dapat menandingi mereka yang lebih tinggi dari aku.

walaupun aku pendek, aku tahu aku tinggi dari mereka. Biarkan aku yang tahu (:

Friday, 13 April 2012

berani rampas


Apa pun ni lah jantung aku. Yes pasti tak akan ada ganti. Siapa sentuh aku boleh jadi PEMBUNUH (:

En Jasmi Sabtu 
Engkau sangat cemerlang dalam pembangunan keluarga. 
Pn Siti Nor Azizah
Engkau seorang ibu pelengkap segala teman aku dalam dunia ini.
Muhammad Nazirul Ikram Jasmi
Engkau satu-satunya abang yang paling cool dalam diam.
Ameera Farzana Jasmi
Engkau satu lagi permata berlian yang mahal dalam syarikat ini.
Amir Haziq Jasmi
Engkau si hyper yang selalu menenteramkan keadaan tegang
Faiz Aiman
Engkau masih kecil, harapkan yang terbaik untuk engkau

ni lah syarikat JASMI'S. Lahirnya 5 cahaya mata melengkapkan lagi dunia mereka dan mereka yang bergelar kami (:
7 dalam 1. Dah cukup <3

Thursday, 12 April 2012

ini masih aku (:


Dulunya aku tidak sebesar ini,
Tidak sekuat ini,
Tidak segagah ini,
Tidak sehebat ini,
Tidak sesabar ini,
Aku tahu ini masih aku,
Sama macam dulu,
Dan aku yang masih tetap,
Sedang mentelaah itu dan ini,
Kentalkan jiwa serta minda,
Perlahan-lahan aku mengorak langkah,
Pasti untuk aku semua ini terjadi.





Wednesday, 11 April 2012

ngam


apa pun jadi aku still senyum yang begini biar sesepet mata mcm ni, biar orang tak tahu apa dalam aku. 

payah, semak, ada masa jugak aku ada rimas. Ibu pernah jer nasihatkan aku berkawan tu biar cari yang elok dan #$%^*#!& lagi lagi. Kadang aku fikir aku ni siapa sampai perlu nak memilih kawan yang begitu dan begini. Apa pun perangai kawan aku kalau monyet perangai dia so memang macam tu lah perangai dia, aku terima kenapa pulak tidak? Kalau sudah rupa parasnya begitu? Kenapa aku pulak aku tak berkawan? no no no! aku taknak macamtu. Apa pun jadi dia tetap kawan aku DUNIA DAN AKHIRAT. Kite yang menilai bukan bodoh tuli untuk ikut segala. huhh tu kau boleh buang OTAK kau jauh jauh, jangan jadi antara yang bangang tak tahu nak menggunakan otak tu okay cerdik?

Itu untuk kawan dan ada pernah tak korang rasa lain bila dalam hubungan yang lain? Aku tahu bumi ni bulat, tak payah kau nak berlari berpeluh-peluh buang tenaga tak tentu hala. sebab tu buat pembaziran. Jangan di amalkan amalan syaitan. aishh! Tak berpatutan langsung sebenarnya. Ingat lah sekejap kite dekat atas, esok mungkin kite dekat bawah. So siapa yang rasa dah tinggi sangat jangan nak mendabik dada melampau kang tertumbang payah nak bangun, satu hal plak aku nak tolong membangkitkan semula. Hari ni kau terkinja-kinja entah.mungkin esok adalah hari engkau.

Sama jugak dengan couple, aku rasa pasang surutnya air laut tu iring aku sama-sama. Naik turun bangkit semua rasa bersama. Aku sendiri ada rasa cemburu, nahh tapi aku mampu lagi nak tahan cemburu aku, aku taknak jadi lemah selemah lembut yang lain. yeah! ADMIT! Aku memang cengeng, senang nak menangis dan aku bukan senang nak cengeng dalam satu satu hubungan yang berkaitan dengan hati, biar aku semat dalam dalam dan aku tahu yang aku boleh tenang insya'ALLAH

Apa segala kata kesat, kata amarah atau apa pun kau nak lemparkan. Percayalah aku tahu dan aku mampu nak bertahan selagi aku mampu untuk bertahan. Aku jugak punya tahap kesabaran, tidak! Aku tak marahkan kau walaupun sedikit, yess aku sangat terkilan dan terasa dengan kau. Tapi tak apalah sayang aku tahu yang aku tak sempurna dan engkau jugak tak sempurna. no no no! memang tak ada manusia yang sempurna dan tak melakukan kesalahan termasuk aku sendiri.

Biarlah aku menangis tertonggeng terguling satu padang atau apa pun, aku tahu aku kuat dan aku mampu nak hadap. Lantak lah nak kata yang aku ni umpama orang lain atau apa. Yess lah kau punya kebebasan untuk fikirkan tu semua, aku tak ada sikit punya hak nak menghalang dari kau berfikiran macam tu. Kau pun ada otak yang sama macam aku cuma kau dan aku berbeza dalam satu satu pemikiran. aku boleh nak faham.Tak kisah mana pun salah aku akan cuba pertahankan hubungan ini. Janji panji nak beranak pinak ke cucu cicit. Matlamat tinggi yang aku nak gapai.

IT IS NURUL NADHIRAH'S PRIVACY :: pedih atau terasa macam mana pun aku, tak apa kau ada hak nak berkata-kata


sentuh

Nurul Nadhirah Jasmi yang buat.
she gave to me.
sebenarnya dia bg buku dan ni lah antara isi dalamnya.
how sweet~
apa pun yang jadi antara aku dengan die. yang ni aku panas satu muka. aish! sangat sangat terharu, terima kasih (:

Sunday, 8 April 2012

miracle


aku SUPERWONDERGIRL. aku tahu yang aku kuat!

Mengeluh panjang..
Aku semburkan segala yang aku simpan..
Pendam lama buat aku jadi bangang..
Ada air yang mengalir..
Teramat deras..
Mengalir seakan faham dengan apa yang terjadi..
Ya Allah aku buntu dengan semua ini.
Terangilah jiwa, minda, serta jalan kehidupanku ini.

Friday, 6 April 2012

today is HARI INI



Celik mata, turun dari katil slow slow, luaskan pandangan bangun dan berjalan ala catwalk ke toilet, ambik clorox cuci muka, ambik kodomolion gosok gigi. nyumnyum ada rasa macam oren oren sikit, yang tu sedap tau. kau ada? mesti tak ada punya. yeah! sila kan jelous okay? 
selesai segala tugasan sepanjang di dalam tandas tadi, aku berfikir sejenak? apa plan today? what do you waiting for? tv panggil tu. Yang lain jangan nak di endah kan, tepi-tepi nyah engkau dari sini. Jangan pernah semak. Aku busy hari ni. Memang buruk perangai aku. Aku tahu so kau tak payah nak kisah sangat lah eah? Bukan selalu aku macam ni. Jarang-jarang jugak, aku dah dapat rasa kan aku MALAS! Today I dont fell like duin anything. huhuhhuhhhhh! 
PLEASE JANGAN KACAU.
ada nanti yang kena penampar gegar dari aku, tolong-tolong aku tak nak buat macam tu. Tak baik tau. Menambah lagi dosa yang baru. Aku taknak begitu. Dengan rasa yang seronok lagi tidak bersalah di sini aku leka. Habis menghayati cerita kartoon tadi tu. apa lah bodoh punya cerita dah kena tembak pun boleh hidup gelak lagi, ape lah aish punya cerita macam gitu. Tak elok untuk pembesaran kanak-kanak, nasib lah aku boleh faham itu semua dalam dunia kartoon yang tak tentu arah. Apa pun aku perasan part tu lah aku gelak tersangat lah kuat nya walaupun cerita tu betul betul dah perbodohkan aku yang sedia kala bodoh ni. kuang hajj!
terbaiklah! so aku taknak mandi, sbb aku tahu aku paling wangi, aku taknak makan. sebab sekarang aku dalam mood mendietkan diri, taknak buat kerja rumah sebab aku malas hari ni. Jangan paksa aku, orang dalam rumah ni memahami aku. Terima kasih sangat sangat atas kerjasama yang diberi. Sangat lah terharunya pun, adooi!
tapi benda ni semua tak bertahan dengan lamanya, sebab aku sendiri dah rimas dengan keadaan diri aku sendiri. Baik tak payah jadi orang, jadi monyet macam dalam hutan ni. Jangan buruk kan perangai yang sediakala burukya. Sudah terang lagi bersuluh tu. BURUK-BURUK

aishh !

"Terbang tinggi-tinggi, Gapai semua yang ada,  Jangan biar ia berselerakan. Genggam!"


:: sendiri nak sendiri buat (:

Tuesday, 3 April 2012

cinta engkau sempurna

Engkaulah antara punca aku melihat bumi,
Dari kesuburan engkau bersama Si Isteri,
Aku yang terbentuk,
Terima kasih pertama kalinya aku ucapkan,
Aku dapat kecap rasa indahnya di Dunia ini,
Engkaulah yang mendidik,
Engkaulah yang menjaga siang dan malam,
Engkau yang bertungkus lumus membesarkan aku,
Engkau yang membimbing aku dari segala ajaran,
Engkau yang tak pernah jemu memberi nasihat,
Engkau bertindak kerana aku,
Aku puteri yang kau jaga,
Dari kecil sehinggalah sekarang,
ABAH! itu adalah panggilan engkau,
Engkau yang sering aku banggakan,
Engkau yang aku katakan penyelamat,
Engkaulah pengarang jantungku,
Engkaulah segalanya,
Kasih sayang yang engkau berikan tiada gantinya,
Aku tak mampu membalas segalanya,
BERJANJI! demi engkau abah!
Aku akan buktikan sesuatu,
Sesuatu yang bahagia untuk kau,
Engkau tak pernah nyatakan Cinta,
Tapi aku pasti,
Pasti cinta kau mengalir dalam diri ini,
Aku tahu ABAH,
Cinta engkau benar sempurna.

Monday, 2 April 2012

rindu rindi rinda


malam ni aku rindu..
aku rindu kan engkau kawan.
banyak benda aku nak kongsikan dengan kau.
nak lompat lompat dengan kau..
nak tangis sama,
nak gedik gatal bersama.
lama aku tak jumpa engkau.
rasa tuli!
betul, sebab aku dah di didik.
di didik dengan lepaking bersama engkau selalu.
balik nanti kita jumpa tau
aku RINDUUUU
SUMPAH AKU TAK TIPU ):

nah nak sangat kan? haha


Nama die khairil fikri but but nak omputih kan dia guna airiel! haktuih! hahaha

okay ni memang section untuk kau sorang jer lah abang. kau jangan nak cakap aku tak pernah nak cerita pasal engkau dalam blog aku eah? nanti ada yang kena tampar bila dah datang jumpe aku. orang lain bile dapat jumpa dengan aku sure lah SHAKE HAND kan? karang engkau ada yang kena PENAMPAR tanpa bayaran plak kan? nak tak agak agak? nampak tak sayang nya moo dekat abang? haha. sanggup tau nak buat cerita pasal engkau bang (walaupun kesian) hahaha! tak ada lah abang jangan risau. okay jugak lah abang suruh moo buat cerita pasal abang kan. hilang lah jugak bosan malam malam ni (:
bang, jujur lah kan. ada jugak lah rasa rindu nak jumpa. nanti datang tau. jangan lupa bak mai COKLAT CERDBERRY huhh. *BLACK FOREST* tau. yang lain memang taknak layan lah kan! 

khairil fikri, engkau lah abang bukan kandung yang aku ada rasa sayang sikit sikit! HAHAHA! 
:: taknak cakap LOVE YOU. buang masa but abang! ILISEFERDERM!