Monday, 16 April 2012

me is mine




ASSALAMUALAIKUM pembuka kata,
kali ini berbeza, aku cuba menggunakan bahasa. selamat membaca.

Hari ini ada rasa sialan yang datang menggangu, emosi aku terganggu entah siapa yang punya angkara. aku percaya ada sifat "PHD" (perasaan hasad dengki) dalam diri manusia itu. sejujurnya aku makin tak tenang. ada yang tersangkut dalam ni. payah untuk aku hembuskan. tersangat perit rasanya yang sedang tersimpul. aku sedang bersusah payah untuk leraikan. aku tahu aku mampu untuk lakukan. Berpaut kukuh dengan kata bahawa "kejayaan bermulanya dari kegagalan" Apa yang pernah aku lalui sebelum ini, baik dari pahit seperti hempedu mahupun manis semanis madu. Tak pernah aku cicirkan, satu persatu aku kutip. aku semat dalam-dalam sebab ini adalah penyokong untuk aku mengenal lagi dengan dunia yang fana ini.

aku akui mungkin aku adalah seorang yang mampu untuk memberi seikhlas senyuman untuk seorang sahabat yang sedang di landa dengan badai kesedihan dunia, mungkin juga aku adalah seorang yang mampu untuk memberi  kata semangat demi membina kejayaan seseorang sahabat itu. sedangkan aku empunye diri sendiri masih terombang ambing di atas lautan yang luas mencari sasaran kehidupan yang tak pasti dimana berakhirnya nanti. Apa pun ini adalah pengorbanan yang mampu aku lakukan untuk sahabat yang aku sayang. Mereka penting dalam hidup aku selepas dari keuarga terhebat aku. Aku tak nak saksikan betapa runtuhnya seorang teman didepan mata aku sendiri. Dan aku tak mahu manusia yang bertopengkan syaitan semak dalam hubungan persahabatan kami. Engkau aku halau dari sekarang sebab engkau adalah durjana sialan yang mengkhianati persahabatan aku dan dia. Engkau aku HALAU, yer aku pasti yang engkau faham dengan apa yang aku sampaikan ini. yeahh shitttyy just go away 

Ini adalah emosi aku dalam membicarakan tentang persahabatan, jangan pernah mencuba untuk mengkhianati persahabatan aku sebab itu akan memudaratkan engkau suatu hari yang engkau tak pasti. Hari berganti hari saat melonjak untuk ke arah alam dewasa itu aku sedang nantikan. Fikiran aku semakin hari juga semakin matang bila aku makin mengenali dengan kehidupan dunia ini, mengenal manusia. Engkau tak berhak untuk persoalan kan kelincahan aku ibarat kebudak-budakan. Ini adalah diri aku dan siapa engkau untuk persoalan kan itu semua? Engkau lebih di galakkan untuk menilai diri sendiri dulu sebelum yang lain. Aku tidak pernah lelah untuk menjadi telinga demi sahabat aku berkongsi masalahnya, serta mulut aku diringankan untuk memberi sedikit pendapat mahupun sedikit nasihat.


Sejujurnya aku tak minta pujian yang mengunung. Aku tak minta harta benda. Aku tak mahu semua itu. Aku cuma mahukan orang terima aku seadanya. Aku juga seperti manusia lain ada cacat celanya, tiada siapa yang perfect termasuk aku sendiri. Aku juga ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Aku tak pandai untuk jadi orang lain sbb AKU ADALAH AKU