Thursday, 23 February 2012

kata aku engkau itu ROMANTIC

aku pandang kau, aku kata 
I LOVE YOU 
kau pandang aku dan kau kata 
I LOVE YOU TOO 
aku senyum kambing dekat situ. haha!
aku rasa itu satu yang ROMANTIC 
sebab kau tak begitu selalunya.
aku jadi batak. terima kasih JEJAKA  (: 

:: kejadian ini terjadi di hadapan seseorang, dalam seruan azan MAGHRIB, alhamdulillah. Aku Bersyukur (:

Tuesday, 21 February 2012

jangan abaikan sedap itu


NURUL NADHIRAH BINTI JASMI nampak tak kau tu PAAPPP!

kau nak apa huhh? tak nak main jauh jauh ke? kau tak larat nak lari kan. yer lah sebab kau kan gemok. bhaha. tolong lah kau kene turun kan balik berat badan kau rara. jangan nanti sampai tak larat nak bawak diri sendiri sudah lah. tension lah aku, lately ni plak aku asyik lah nak lantak itu ini, entah kenapa. aku pun layan kan jugak rasa enak nak menghayati makanan tu. dah sedap. dah tu apa dihulurkan semuanya ngaap! dah ghupe buaya pun ada jugak. tolong lah tak tahu nak buat macam mana lah sekarang ni. niat nak turun kan berat badan tu ade jer. ape lagi eah cara yang ada? kalau berak banyak banyak kali kurus tak nanti? kalau boleh aku nak buat <3
tolong lah nak kurus. gogogogo rara. malu lah ada yang cakp itu ini. jangan salah kan aku salah kan. salah kan makanan yang menyelerakan. 
-JANGAN DI ABAIKAN RASA SEDAP ITU (:

Tuesday, 14 February 2012

oit nikmatnya rasa


tolong lahh aku ni manusia yang kurang dengan kasih sayang tahu atau tidak ? family aku ni tak lah ramai sangat cuma 7 orang je. tak cukup rasa lagi ni.


ini encik JASMI BIN SABTU. yuolls kat sana tak payah nak superhero kan orang luar sangat lah! superhero wa tak payah nak cari jauh jauh, wa dari benih dia ni lah kalau nak tahu! haha. ILOVEYOU ABAH!


ini puan SITI NOR AZIZAH HASSAN, ngam! ni lah ibu wa, pukulan kata kata die memang perangsang yang terhebat lah citer die. semua rasa boleh bersatu tatkala mendengar ayat beliau (:


aku rindu kan saat saat buat peace sama sama (:


jarang dapat bergambar macam ni. sekali dapat percaya lah BATAK tu mesti ada dalam diri punya lah (:


 7 orang, 7 lah jenis perangai nak kena hadap dari kecik sampailah ke besar ceritanya, aku tak tahu zaman aku nanti macam mana lah keadaan aku nak hadap dunia bekeluarga pulak. alhamdulillah ibu dengan abah dapat besar kan anak dia ni semua. tapi wa cakap lu ragam bukan 5 tau! mahu beribu, berjuta ragam nak kena layankan.  tu pun tak semua nya dah besar. aku ada lagi adik adik yang baru nak meningkat usia. itu pun belum nampak lagi bagaimana kerenahnya. sama jer kot macam aku. yang sekarang ni pun tak puas lagi nak menyusahkan ibu dengan abah (:

tolong lah nak holiday sama sama! tersangat rindu. i love you all <3


Thursday, 9 February 2012

genggam jangan lepas.


kau kat sana, aku kat sini
kata kau, kau tak akan beranjak balik kalau aku tak balik.
hyehh itu lah kau seorang jejaka.
tiba masa engkau senget
jenaka kau pujaan aku yang membuat kan aku
gelak gulig-guling tak kenal erti penat.
nah rara rasa lah air mata gembira,
hyehh itu lah kau seorang pengarut.
kau herdik, kau marah aku!
menyebabkan aku diam seribu kata,
dengan penuh tegas nya engkau laksanakan.
hyeehh itu lah kau seorang lelaki,
ciri-ciri pemimpin keluarga.
naik turun kau dengan aku.
redah bersama dengan aku.
mahu aku rasa lagi enak kehidupan dengan kau si LELAKI
berjalan sama, bershopping sama, segalanya.
insya'allah suatu hari nanti
hari aku genggam kebahagian.

:: engkau teman lelaki merangkap boyfrenz bakal menjadi tunang ku dan suami yang berkekalan.

Saturday, 4 February 2012

talian bermula


alahai mula mula semua nya nak malu kan, ada jugak yang kadang-kadang rasa macam jantung kencang sikit, pipi kalau nak merah padam memang habis lah merah dia. konon malu malu nak jadi macam kucing kan? miow miow semuanya. ngam! ni adalah satu perkenalan yang menarik.
step satu, macam biasa jadi lah presenter yang hebat untuk perkenal kan diri dengan megahnya! ayat biasa "HI IM RARA" confident kena ada doe, kalau tak nanti mahu macam alahai budak ni macam apa jer lah, wa tak nak rasa macam tu dah. jujur wa cakap pernah jer ada kes sebegitu rupa! nahh nikmat dia macam ni. ada yang tegur wa katanya wa macam manusia yang tak ada dengan pendirian diri? oitt! giler ke apa? kena hina tu, baik lagi sopan caranya. ,tak ada tipu lah. nah kau ngam bertepek dalam diri. meh kemas kini fizikal dan mental. itu untuk diri sendiri. positive kan ia. terima dengan hati yang terbuka. pembelajaran tu <3
step kedua, dah jadi presenter yang hebat. dah rasa macam boleh nak cakap dan terus kan bercakap. aju kan pelbagai soalan soalan yang menarik. ini pun kena ada gaya nye. kalau salah gayanya nanti ada sahaja yang tidak kena. ohh dah tak larat nak rasa semua itu. tak seronok langsung. jangan lah tersalah kata, susun indah. kalau kena dengan gaya orang boleh wujudkan respect dalam dirinya untuk kita. ngam bukan? dengan gaya bercakap jer. tak ada susah. tapi jangan ingat mudah untuk lakukan.
step ketiga, ini mula segalanya. rapat rapat kan lagi. rapat rapat lagi jangan jauh jauh kan! nanti rasa nikmat nya. agak agak dah boleh nak check in satu otak. mula lah adegan adegan bahan diantara satu sama lain. berani nak bahan bila dah boleh nak fikir mungkin orang tu begini dan mungkin orang itu begitu. mungkin akan ada yang terasa dengan cara yang begitu atau mungkin jugak mampu untuk berlawan semula dengan kata-kata. jangan risau ! perasan mahupun tidak. ini semua adalah satu pembelajaran yang sihat. step ini juga boleh merapatkan lagi TALIAN PERSAHABATAN <3

::  aku tengah hayati lagi menghargai PERKENALAN. terima kasih teman teman dan kenalan baru <3