Thursday, 30 January 2014

Tak henti manusia

Yang masa lampau dulu tak pula kau selongkar habis-habisan, sekarang macam mana?
Nak cerita dekat aku macam mana jalangnya kau satu masa dulu-dulu? Kau rasa masih padu ke jalang engkau sekarang? Kalau aku mungkin dah lama aku padam jangan pernah nak pendam api-api marah yang lava dia betul menghakis satu-satu.

Kau sudah-sudahlah jangan mahu acah-acah tahu,
Boleh bukan? Tak kan puncanya engkau aku mahu tukar kewarganegaraan sendiri?Ala menyial benar karektornya engkau sangat busuk membangsat.
Hati aku pernah kau pijak-pijakkan, sekarang mahu kau apa? Lumat-lumatkan pula? Begitu?

Manusia ingatlah sama yang ini hanya pinjaman semata, tenanglah sikit. Engkau pun dari tanah sama seperti aku, terlalu mirip teruk. Baik kau sudah-sudahkan gondolan babi kau itu.

Friday, 24 January 2014

Sayang Macam Mana?

Dekat telinga ini habis buat aku mengigau,
Semuanya terngiang-ngiang,
Sayang,
Awak macam mana?
Aku risau makin lama makin padu dan terus melulu,
Kalau kata rindu?
Aku dah tak tahu,
Selirat berat macam permata batu,


Sayang,
Awak macam mana?
Aku kat sini main ghairah rindu,
Mana nak dapat suara?
Mana nak dapat rupa?
Manakan jasad kau?
MANA!
Apa jenis gila sedang menggila ni?\
Aku tak mahu jadi gila!


Sayang,
Awak macam mana?
Makan awak?
Minum awak?
Siang awak?
Malam awak?
Percaya sayang masih ada sinar,
Sabar ya Sayang.


Sayang,
Aku dah tatap semua foto,
Yang aku sama kau,
Dan kau sama aku,
Foto kau sahaja,
Tapi masih tak ada yang bantu,
Malah tambah peratusan buntu,


Sayang,
Awak macam mana?
Apa tindak tanduk aku tanpa kau?
Yang selalu sandar pada balik aku?
Yang selalu rangkul dalam lena malam aku?
Aku rindu senyum leret kau,
Aku rindu kenyit mata,
Ya Allah dugaan ini besar amat,
Kuatkan aku Ya Allah.


Sayang aku tahu kau kuat, Aku tahu kau mampu, Aku tahu kau perlu, Aku juga sama, Sama mahukan kau dalam dakap aku siang malam dan KITA ngomol berejam lama bersama. Aku rindu. Percayakan aku.

Sunday, 19 January 2014

MR

Untuk yang tak punya tarikh, rasa ini dah lumatkan pada hati hingga sepi jadi aku yang ini. Terima kasih Mr.

Tuesday, 14 January 2014

Tempur lagi

Untuk hari ini sahaja, entah berapa puluh hati dah aku kemekkan,
Kejam bukan aku?
Mereka tak fikirkan aku.


Pokok yang aku jaga kini makin mengusang,
Entah apa yang tak kenanya,
Habis satu persatu daunnya menggugur,


Sama dengan hati ini,
Yang lama makin mengusang dengan tindak tanduk dunia,
Ya, aku juga tak sempurna,
Ya, sama dengan mereka-mereka,
Ya, aku bukan tuhan.


Padang ini sudah tidak secantik dulu,
Aku perlu membaja semula,
Kena mula lagi dari kini,
Aku mahukan padang yang tampak indah,
Aku mahu terruskan menanam biar jangan punah padang impian,


Untuk yang masih digelanggang pertempuran,
Sudahlah, aku muak,
Aku lali,
Berhenti, dan jadi yang lain,
Jangan jadi babi,
Jangan hangat menyengat,
Jangan menyusahkan.



Sejarah untuk APA?

Kenangan ~
Boleh berkubur tapi tak bernisan,
Memori~
Boleh disimpan tapi hanya diperhati,


Kerna?
Letak keduanya adalah kotak yang sarat sama sejarah,


Dan bagiku,
Sejarah eloknya dipelajari bukan diulangi,
Tak mahu lah jadi yang bodoh tuli.