Dekat telinga ini habis buat aku mengigau,
Semuanya terngiang-ngiang,
Sayang,
Awak macam mana?
Aku risau makin lama makin padu dan terus melulu,
Kalau kata rindu?
Aku dah tak tahu,
Selirat berat macam permata batu,
Sayang,
Awak macam mana?
Aku kat sini main ghairah rindu,
Mana nak dapat suara?
Mana nak dapat rupa?
Manakan jasad kau?
MANA!
Apa jenis gila sedang menggila ni?\
Aku tak mahu jadi gila!
Sayang,
Awak macam mana?
Makan awak?
Minum awak?
Siang awak?
Malam awak?
Percaya sayang masih ada sinar,
Sabar ya Sayang.
Sayang,
Aku dah tatap semua foto,
Yang aku sama kau,
Dan kau sama aku,
Foto kau sahaja,
Tapi masih tak ada yang bantu,
Malah tambah peratusan buntu,
Sayang,
Awak macam mana?
Apa tindak tanduk aku tanpa kau?
Yang selalu sandar pada balik aku?
Yang selalu rangkul dalam lena malam aku?
Aku rindu senyum leret kau,
Aku rindu kenyit mata,
Ya Allah dugaan ini besar amat,
Kuatkan aku Ya Allah.
Sayang aku tahu kau kuat, Aku tahu kau mampu, Aku tahu kau perlu, Aku juga sama, Sama mahukan kau dalam dakap aku siang malam dan KITA ngomol berejam lama bersama. Aku rindu. Percayakan aku.