Friday, 22 February 2013

Bagi sini

Bila satu saat sampai, aku mula nak pautkan kata, sepahkan bahasa, yang ada pernah berkata-kata kalau aku lemparkan ini dalam relaliti mahu orang fikir aku ni manusia yang gila. Alahai apa lah yang engkau sampaikan wahai Abang Matang?
Dengan lajunya aku teringatkan Fared Ayam. Tak semena-mena, dan macam mana kau nak rungkaikan bila A Samad said punya ceritera? Mahu nanti engkau jadi bahan untuk dipersendakan, Tak pasal-pasal. Dah pula engkau yang malu. bukan?

Bila lama sikit aku tinggalkan, mulalah macam mencari, Ibarat ibu hilang anak. Meroyan tak tentu pasal.
Menggelupur kencang macamkan ribut mengancam.
Payah dan terus payah, tahu ketagihan yang melanda begini bukan mudah minta untuk berhenti. Tiga empat hari tak dapat, mahu cekik pena dan nota asal dapat puaskan sikit gian dalam diri. Boleh mati.

Sebab ini semua dah terbiasa, sama macam pergi sekolah dulu. Tapi ini dah ada yang datang menjatuhkan. Kenapa engkau? Ada masalah apa? Berhentilah. Engkau berkata begitu bagitahu sebabnya apa?
Sebabnya bagi engkau Aku belum habis matangnya lagi, belum layak untuk gunakan ayat yang macam ni ke? Begitu ke maksud engkau?

Thursday, 21 February 2013

Berambus

Kepala seperti ada batu yang menghimpap,
Kenapalah berat yang amat ni?
Janganlah nak layankan,
Sakit sangat nak fikirkan itu ini,
Kenapa?
Bagitahu aku lah gila!
Sampai bila nak layan celaka?
Berambus!
Sial, Terima kasih.

Wednesday, 20 February 2013

mengintai ye?

Pandang apa?
Tak jumpa lagikan?
Samalah kita pun rindukan awak jugak.
Sangat,
Nak peluk,
Tak tahu nak buat gambar macam mana,
Alaaa,
Untuk terangkan apa yang kita rasa sekarang ni,
Awak bacalah ni,
Alhamdulillah, Kita sihat.
Selagi ada ayat yang dalam laman ini,
Alhmdulillah masih kita ada dalam dunia,
Semuanya okay,
Jangan khuatir semua,
Amirah Syazwani Mansor,
Aku rindu nak lepak tepi longkang,
Harap engkau masih kutip aku sebagai kawan,
Jangan buang, aku taknak jadi sampah.
Sama juga untuk kau Azreena syarina Zaki,
Rindu amat.
Baby engkau tunjuk ni dekat Ibu Abah tau.
Akak rindu kau,
Cerita yang kau kongsi,
Cubit kaki kau masa kau tidur,
Seronok katil kau punya sorang-sorang?
Jangan nanti aku balik dah roboh, bedebah engkau!
Rindu Ibu Abah taknak lah adik cerita,
Malu,
Nanti rabak biji mata,
Takut pening pergi kerja.
hyehh!! semua semua!
Intailah sini selalu tau.
NURUL NADHIRAH BINTI JASMI sihat dekat sini.


Monday, 18 February 2013

Hunus

Aku sendiri,
Tiada yang membantu untuk aku tempuh berliku,

Aku kaku,
Tiada yang mampu berfikir seperti aku,

Aku kosong,
Tiada yang faham akan erti itu,

Siapa ada yang bantu?
Tolonglah sini, tolong hunus aku,
Guna yang paling tajam,
Biar hilang sakit itu,
Sekali semua.

Friday, 15 February 2013

NJ aku sakit


Aku sedang tertangkup, nak bangkit payah. nak merangkak sakit, nak berjalan aku tak mampu. 
Kaki ni bergetar, bergetar kuat, sikit lagi aku jatuh terjelepuk.
Ya Allah engkau pencipta unggul

Kadang aku seperti lali yang teramat sangat akan duniawi. Belum Aku belum kenal apa itu Dunia. 
Macam mana nak aku layan? Lelah datang menyerang sikit rasa kasihan pun tidak. Dan aku masih lagi sendiri melayankan segala macam yang tercicir dalam sanubari.
Pernah ada terlintas dalam otak sampai bikin benak mahu teruskan pemikiran.
Nak aku sampaikan pada siapa? Ada yang mahu dengar tanpa berikan kesan tsunami pada aku? Ada?

Janganlah! biarkan aku duduk dalam satu sudut dan buka segala pekung dalam dada sendiri. tak ada yang payah dari aku sampaikan cerita dan mencari manusia lain mahu nanti aku letak muka dikaki menanggung aib.

Nakhoda Jiwa aku sakit.

Wednesday, 13 February 2013

BANGSAT

Cerita bangsat kau dah mula jamah,
Bila nak samak balik itu semua?
Jangan buat sampah boleh ke tidak?
Sangat menyusahkan manusia-manusia ini,
Perangai minta kaki,
Dibesarkan aku dengan tipu itu ini,
Sekarang mahu apa?
Jangan ingat aku mudah percaya,
Yang terlalu benar kenalnya,
Murah belaka,
Sikit nilai pun tiada,
Maaflah,
Engkau sedang membuang masa.

Monday, 11 February 2013

durjana


Dalam kata yang kau campak,  yang engkau lemparkan itu semuanya ada kala aku rasa seperti satu kata fakta. Dan ada juga masanya aku rasa ia seperti dusta belaka.
Bahayanya engkau! Jangan nanti engkau jadi durjana! Murahan!
Terlintas dibenak yang seperti bukan dalam fantasi sama juga bukan realiti yang terngiang. Mana sialan engkau datang?

Aku mahu jadi seorang pengusir yang tegar, biar tegap baru kukuh kental aku disini,  Engku hanya aku siniskan semata.
Dan engkau percayalah, tak akan dapat kau pecahkan tembok-tembok tegap depan mata. Sebab kebodohan engkau terpantul membutakan mata sendiri.

Dan hari ini kertas yang kau nampak putih hampir usang rupanya satu masa dulu, sekarang aku hias dengan warna-warna yang aku cipta sendiri. Mahu engkau perbodohkan lagi?
Jangan kerna aku sudah selongkar akan semua tentang empunya engkau. Jangan biar aku jadi pewarta suatu hari nanti, menyepahkan perangai sampah engkau.

Berhentilah engkau.


Saturday, 9 February 2013

Tampal kulit babi


Satu masa aku akan sesak, minta pernafasan. Tersangkut liang udara aku minta oxygen tu biar masuk sempurna. Sakit sangat.
Perjalanan hidup aku ini mungkin masih panjang.
Yang jalan depan tu masih tak siap. Aku tengah kumpul duit beli tar. Yang mana berlubang nak tutupkan lagi, banyak sangat nak kena buat.
Bukan hanya semata membuang masa menunggu satu kata yang entah bila tertunai, tapi itulah yang selalu sangat jadi. Aku bodoh kaku dan menanti.

Sampai satu tahap percuma sahaja dibodohkan. Aku dapat rasa, tapi penapis yang kau guna mahal harganya, tambahan pula dengan gaya jalan cerita olahan kau sendiri memang cukup buat kabur pandangan mata kasar.

Kau janji tapi kau mana pergi? Retak hati aku tunggu berkecai hancur.
Hadapnya aku, salahkan aku, apa yang kau buat? Aku tak nampak. LAKONAN teman seperjuangan kau membantu dalam filem murahan tu, berapa kau bayar? Boleh tahu?
Katanya kawan, kau tiada. Kau dibawah bersama siapa? Entah aku lupa namanya, En apa? dan yang pasti kenyataan yang sebenarnya?
Kau dalam bilik yang sama, bersama? Buat apa? Kata kau?
Boleh aku percaya? Aku tiada dalam filem murahan engkau. Maaf. hujung sangat rasanya.
DUA DAN SATU. HEBAT!

Mesti kau suka. tahu? itu semua dalam gaya-gaya kau yang pelik, Lain dari yang lain perwatakanya.

 ::Tahu kau buat tahu juga kau simpankan. tak ada siapa yang buka tak akan ada yang tahu.

Terima kasih sebab JUJUR. Ditampal kulit babi biar tebal tak nampak muka sendiri.








Friday, 8 February 2013

sorry

 
When Im a kid, I used to wake up early just waiting for cartoons, and after that. Surely ibu will pokpek as ussual. Damn! Nadhirah miss all of that moment.
Sometime I fell wanna to call you. I'am sure you're always with me right Ibu? Cause it's you I miss. Really bad miss. Please I'm beggin just give me one more change. Im shaking just now. Alone and crying. Where are you ibu? Im sorry for everything.

Thursday, 7 February 2013

DAPAT RASA?


 Macam mana nak aku sampaikan kat kau rasa aku?
Kau boleh dapat rasakan tak agak-agak?
Aku macam sakit dalam dalam perit,
Macam dah kena hunus pergi paling yang dalam,
Yang paling hujung,
Yang paling tak tahu aku nak sampaikan kat kau macam mana,
Engkau rasa aku selesa tak kat sini?
Engkau rasa banyak tak aku simpankan?
Engkau rasa aku bahagia ke?
Engkau dapat rasa tak ni?
Engkau dapat rasa tak yang aku terkilan sebenarnya?
Engkau dapat tak?
Jawab!!!!
Aku tanya kau dapat tak sial?
Tak!
Jawabnya engkau memang tak dapat,
Mana kau tahu dalam aku macam mana,
Engkau tak fahamkan?
Engkau minta aku fahamkan engkau,
Engkau?
Engkau buat tak yang sama?
Kenapa kau tengking?
Kenapa engkau maki?
Kenapa engkau pukul?
Kenapa engkau tipu?
Engkau!
Engkau cakap aku layak dapat semua ni,
Betul ke?
Engkau betul ke apa yang kau buat?
Aku layak ke?
Air mata aku lagi yang murah ni,
Mencurah-curah sebab dia murah sangat nak keluar,
Engkau!
Boleh tolong bagitahu dekat aku tak apa puncanya?
Alaa, puncanya aku jadi macam ni?
Boleh tolong aku tak?
Aduhh!!!
Tolonglah sial jangan jadi celaka,
Aku penatlah macam ni.

Wednesday, 6 February 2013

tak larat


Bagitahu pada aku apa yang paling sempurna untuk aku lakukan? Aku tak tahan nak melayankan rasa yang macam ni sorang diri kau faham atau tidak! Habis sakit aku sekarang! Sial!

kadang aku penat dengan semua putaran yang jadi, badan ni dah tak larat.

benak merewang


Dalam satu sudut aku duduk kaku,
Yang si Benak ke manalah kau merewang?
Dah lama  aku panggil kau pulang,
Ini punggung sikit lagi jadi batu,
Mahu siapa yang tanggung?
Cepatlah kau ke mari,
Jangan menyialkan diri,
Lelah aku menanti,
Hampir tersungkur, 
Hujung-hujung rasa nikmatnya,
Benar tak larat.  



Tuesday, 5 February 2013

kaut kuat



"Kuat aku tak sama seperti ultraman yang menjatuhkan raksasa. Aku ada kekuatan sendiri."

sekarang apa.



Aku faham dalam erti ini, tapi engkau boleh nak ke nak faham dengan setiap sialan penyampaian yang aku nak sampaikan? Mungkin engkau tak kan mampu. Sekarang dalaman aku kacau bilau macam celaka haram. Apa kejadahnya entah.

Macam ini lah, kata engkau aku pernah lakukan ini semua dahulu, dan putaran akan tiba balik untuk aku. Ini biasa ada masa aku diatas dan ada masa kini aku dibawah, engkau mahu melepaskan segala yang lama dan balas balik semula? Dan sekarang apa? Ada kata pandai buat pandai juga untuk disimpan. Engkau belum puas, Mungkin.

Aku takut yang benarnya dan aku tak tahu dengan siapa nak aku kemukan segala rasa. Maafkan aku.
 

Nadhirahjasmi

Kau jangan



Dalam satu kali sialan yang kau sampaikan. Mungkin boleh untuk aku terima, percubaan untuk kau akan aku kemukan hanya 3 kali sahaja. Kalau sudah beracap kali engkau lakukan. Percayalah aku akan jadi yang lagi binasa dari biasa mungkin berbisa.

Dalam setiap kepingan boleh engkau rungkaikan apa sahaja yang terlintas tapi kau jangan tertipu.

Saturday, 2 February 2013

mana dot


 Bila datang sendiri manakan daya aku nak tolak? Aku bukan punya kuasa vito yang tinggi untuk tolak segala rasa yang datang mengtintai perlahan,
Mahupun yang datang menyerang dengan celaka rasanya.
Bersyukur aku atas segala yang dilimpahkan, segala perjalanan aku kini kian membuka.
Membuka mata,
Membuka minda,
Dan ini adalah permulaan yang menyeramkan. Jatuh aku sakit habis luka dan RABAK! Benar.
Hidup aku dalam kepuraan yang mungkin engkau jelas atau masih kabur dalam kabus yang menebal. 
Maaf pinta aku, Ini adalah segala deria rasa yang datang bertaut sendiri tanpa pinta aku.

tak perlu aku minta dot terakhir dalam setiap bibit kata. kerana dot terakhir akan menjelma bila aku hilang dari dunia.

Nadhirah Jasmi