Bila datang sendiri manakan daya aku nak tolak? Aku bukan punya kuasa vito yang tinggi untuk tolak segala rasa yang datang mengtintai perlahan,
Mahupun yang datang menyerang dengan celaka rasanya.
Bersyukur aku atas segala yang dilimpahkan, segala perjalanan aku kini kian membuka.
Membuka mata,
Membuka minda,
Dan ini adalah permulaan yang menyeramkan. Jatuh aku sakit habis luka dan RABAK! Benar.
Hidup aku dalam kepuraan yang mungkin engkau jelas atau masih kabur dalam kabus yang menebal.
Maaf pinta aku, Ini adalah segala deria rasa yang datang bertaut sendiri tanpa pinta aku.
tak perlu aku minta dot terakhir dalam setiap bibit kata. kerana dot terakhir akan menjelma bila aku hilang dari dunia.
Nadhirah Jasmi
