Friday, 31 August 2012

Putus



Aku tak duga sampai begini jadinya,
sampai begini rasanya,
Serius,

Layang layang seolah tak bertali,
Hampir putus menati masa,
Kendur saja tidak bernakhoda,
Tapi masih jelas aku nampak ia belayar,
Ke sana sini,

Mana hendak ditautnya?
Rimbunan pokok menanti,
Habis sangkut terkoyak parah layang layang.

Ya allah permudahkan segala ini.

Ah


Paling berselirat jiwa aku sekarang,
Tak kan tahu mana gaya tuturnya

cuma aku rasa

Ah. Aku tak mampu. Benar

pohon



Pinta aku,
Sakit sudah tubuh ini,
Pinta aku,
Sakit sudah benak ini,
Pinta aku,
Sakit sudah hati ini,
Pinta aku,
Sakit seluruh ini,
Pinta aku,
Benar jika tidak mahu, ikhlaskan aku.


Tuesday, 14 August 2012

Kemampuan aku



Pukulan kali ni boleh tahan sakitnya, Dalam sendiri aku malam ini aku juga sedang perlukan yang lain, mungkin engkau, mungkin dia, mungkin siapa sahaja. Aku taknak layankan rasa itu sendiri tahu? Benaran bodoh lagi celaka peritnya. Salah aku terus terang ya? Apa salah aku jujur ya? Itu yang engkau mahu dan aku sendiri ikhlas terangkan. Tapi kenapa?

Aku tenang sekarang, jangan pula engkau risaukan tentang aku. Aku tak mahu ganggu apa segala aktiviti engkau. Satu pun aku tak nak. Mungkin kau dah lepaskan apa yang perlu untuk aku tahu. Terima kasih sayang, aku boleh faham dengan keadaan tu, Ya ini adalah tanggapan aku sendiri selepas engkau lafazkan. Aku benar faham.

 Dan aku juga minta untuk kau faham dengan tindakan aku kemudiannya, Cukup juga engkau tahu ya aku terasa. Engkau tak faham mungkin. Aku faham. Aku tahu aku mampu, Aku kuat!

Monday, 13 August 2012

Benar



Kalau dilihat dari mata kasar, boleh tampak mata ini sedang kuyu layu minta beradu, pedihnya! Minta pejam direhatkan. Kepala dah berat, sudah juga aku tampungkan dengan bantal empuk bagi selesa keadaan, yang merimaskan sila engkau nyah dari aku, 

Jangan bikin semak samun ini malam. Pinggang ada yang tak kena, bukannya aku arif benar tentang tubuh, apa mahunya aku hanya mampu untuk rehatkan sebentar segala organ bagi sihat diri sendiri. Kalau sekarang mata terkatup bawa pelayaran beradu jauh entah ke mana arahnya. Ini bakal jadi lena yang panjang tenteram

Sekarang ada permaian dalam akal, bukan main asyik melayankan. Permainan disusun dengan penuh teratur. mudah faham mudah beri jawapan. Benar aku selesa dengan permainan ini kala mahu dibuai satu persatu ceritera antara aku dengan dia lincah dlam maianan akal aku sendiri. Mahu aku tidak selesa? Salah jawabnya. Bibir tersengih, jauh dalam dasar aku bersyukur. 

Kerna hingga kini masih dia kekasih hati, Aku harap jangan punah matlamat ini rancangan kami dana berguni untuk raih bahagia. ME LOVE YOU

Thursday, 9 August 2012

Kencang


Aku berbaju merah nampak garang tapi aku perlukan bf yang benar memahami

Dekat-dekat jam 10.30 pagi baru mata aku terbeliak dari mimpi. Lena panjang malam aku benar sempurna. Cukup aku dapat rehatkan mata,badan dan akal aku ini. Harapan biar hari ini aku Stabil dengan keadaan diri. Tapi kini ada satu masalah, aku tak tahu mana gayanya yang aku hendak lenggokkan, ke kiri salah ke kanan tak lawa. Hati, marilah sini mari borak sama dengan aku, jangan biar aku begini tiada teman teman. Engkau harus tahu aku butuh jawapan dari engkau sekarang, Tidak mahu aku melayankan gaya ini tanpa tarian yang cantik, ada apa yang tak kena? Kenapa rasa tidak enak begini? Aku pohon biar engkau tenang. Biar aku engkau aman bersama, Yer aku perlukan engkau dan engkau juga perlukan aku. Biar aku rawat jangan biar sakit ini melarat panjang. 


Itu lah satu bf aku yang benar memahami, berbaju merah berbibir jonget itu. Kami memang sepadan.

Good night dari aku


Selamat malam wahai permulaan pagi. Harap celik mata esok aku sihat dari segi mental dan fizikal aku sendiri. Aku raih ketenangan berpanjangan. Harap aku selesa dalam baju kelawar ini untuk intai cerita mimpi aku nanti. Biar aku jadi puteri untuk putera itu, dalam baju kelawar ini aku tahu aku cantik. 

Good night semua dari aku. NADHIRAH 

sepet mata aku


Aku tak suka bila rasa celaka ni datang menyelinap dalam diri. Dah aku cuba untuk hambat cerita bodoh itu dengan gaya aku yang tersendiri, biarlah aku merangkak perlahan lahan aku temu jawapan. Itu ini yang berlegar dalam ruangan pagar otak aku semua bikin semak, Kenapalah macam ni! Sampai bila lah aku nak melayankan rasa ni sendiri? Aku tahu dia masih budak tapi kalau salah gayanya jangan ditanya apa perlu kau buat. Aku loloskan diri dari kotak berkunci itu, sikit minat pun aku terbitkan. Aku taknak bagi apa pun jawapan sebab aku harus tahu jawapan aku sendiri. 

:: budak atau apa ini berkait tenang perasaan   

Aku dan aku lagi

Benak aku tidak pernah sekali pun berhenti dari menguruskan perihal hari hari aku didalam muka bumi.  Pernah aku lelah rebah dek sakitnya melanda benak ini. Mungkin tiada siapa pernah tahu. Sampai sekarang aku tak mampu lagi nak melayankan sakit itu ini. Hilangnya satu persatu kekuatan aku, mudah rundum aku kalah dalam satu-satu keadaan itu dan percayalah yang itu bukan aku yang benarnya. kenyataan aku, aku tahu aku lebih kukuh lebih tegap dan lebih kental dari ini. Aku ligat selongkar ruang ruang yang terbuka itu untuk dengar, untuk genggam jawapan yang aku cari, Kalau bukan kala itu aku terima jawapan jangan pernah khuatir, kerna aku sentiasa menuntut jawapan dihari-hari yang akan datang. Terimalah semua yang ini memang gayanya aku, bebelan sana sini aku terima untuk tidak memikirkan itu semua. Tapi ini adalah aku Izinkanlah kerna aku punya kehidupan sendiri yang penuh dengan pelbagai tanda soal. Aku perlu cari punca jawapan.

:: Aku benar-benar sayangkan diri aku ini. TABAHLAH NADHIRAH .....

Tuesday, 7 August 2012

Noktah

Sedang aku leka dengan lincahnya si kecil Qawwy. Ada pula yang datang cuba meruntuhkan kegembiraan itu, Ini kali aku sendiri tidak tahu berapa acap kali dilakukan seperti ini. Kenapa persoalan yang bermain dibenak itu hanya satu sahaja soalan yang berulang kali dikeluarkan? Mungkin engkau perlu tahu yang aku selelah-lelahnya hendak menjawab soalan yang sama engkau lemparkan itu. Maaf belum tiba masanya engkau perlu terima jawapan yang sahihnya dari aku. 

Sunday, 5 August 2012

Satu pagi



Melayankan kerenah itu ini, ragam yang tak nampak dalam layar cahaya ini. Tapi kalau boleh dirakamkan biar engkau nampak aku tersengih, tergelak, terkekek melayankan engkau seoarang sahaja. Satu-satunya engkau untuk malam ini. Bukanya apa ini semua permainan ayat. Khayal aku layankan diri sendiri dengan engkau, dalam khayalan leka itu percuma ada yang singkap dengan siapa yang sedang aku layankan pelbagai corak muka ini. Bila dapat jawapan satu persatu ayat perlian sampai dihujung cuping telinga. Aku melayankan itu semua dengan balasan senyuman yang setimpal dengan keadaan. Hendak berkata lebih aku ibarat kucing tersipu-sipu malu bila diusap lebih dengan tuannya sendiri. Biar aku kaku batu jawab mana yang perlu. Ini semua gara-garanya engkau. Positif datang menerpa, engkau juga puncanya.

Terima kasih sayang beri senyuman dalam satu pagi ini. Ketenangan ini, Alhamdulillah.

Saturday, 4 August 2012

1


Engkaulah satu satunya yang aku ada. Harap fahamlah sayang aku pada engkau tak pernah nak luntur. Aku benar sayangkan engkau wahai satu satu harta bernilai. 

kemain payahnya


Bukanlah selalu aku dapat layanan begini rupanya. Entah apa yang tak kena dek mereka semua. memujuk aku bukan main calang calang gayanya. Jika sana salah gayanya ditukar pula dengan gaya yang sini, apa semua serba tak kena. Maaflah bukan niat aku nak melayankan sampai begitu jadinya, mungkin ada yang boleh faham bukan? Jangan ingat senang kemain payah nak pujuk. Aku tahu

Maafkan adik....