Wednesday, 27 June 2012

20 TAHUN



Perasaan dalaman ini asyik benar bermain, mungkin lama mungkin sebentar, mungkin panjang mungkin pendek, mungkin gembira mungkin bosan. Nampak atau tidak ini semua kerana dek satu rasa, kejujuran bertandang buat binasa. Yang dilindung satu persatu diselak, satu persatu dirungkai,  satu persatu dibuka. 

Didiamkan bukan kerana apa apa. Ini semua ada cerita yang tersendiri, payahnya dijaga, simpan serapi-rapinya sampai kini saatnya tiba. Kita harus bersatu dalam perkongsian ini. Dalam samar samar berbicara, penyampaian disampaikan perlahan-lahan dengan penuh berjaga-jaga. 

Senyuman tulus dengan kacaan air mata, cukup indah untuk aku tahu ini adalah lindungan yang hebat. Suara serak dalam perlahan itu buat aku rasa ini satu kejujuran yang bukan alang kepalang. Syukur kali ini rasanya terlahir dengan indera yang lengkap.

:: Bukan segala yang bermula dengan negetif akan berakhir dengan negetif dan bukan semua yang bermula dengan positif akan berakhir dengan positif.    


Thursday, 21 June 2012

2222


Payah sebenarnya bila dah mula nak memahami antara satu sama lain. Ceritera Si Cengeng dan Si Baran dirungkai dalam samar kegembiraan. Jangan risau kami juga manusia biasa, segalanya sama seperti yang lain cuma dalaman kami siapa ada tahu? Aku sendiri tak pasti apa tertanam didalaman Si Pengarang Jantung. Yang datang membunuh dalam diam tu. Aku harap tembok yang kami bina kuat kukuh nak bertahan lama. Biar sampai membina masjid bersama. Siapa tidak mengerti? Bukan salah aku, engkau mahu dimengertikan sama macam aku. Jangan terlalu membantah. Segala yang dirancang tetap DIA yang tentukan. 

aku harapkan ini semua akan temu jalan yang sempurna.

Tuesday, 19 June 2012

untuk kau aku sampaikan

Assalamualaikum,

Tidak kesemua yang kita hendak dalam kehidupan tu kukuh dalam genggaman,
Perangsang yang konon gagah dalam diam sedang menimbus hidup-hidup,
Apa jenis lah ini semua,
Nak faham macam payah,
Sakitlah celaka. Cuba engkau faham sikit.
Kalau nak di ikutkan engkau nanti aku merana badan.
Sampai bila sial kau nak puas?
CELAKA SIALAN.


Monday, 18 June 2012

Esok


Kena tendang kuat kuat,
Sakit dia teramat sangat,
Terduduk dek melayankan kesakitan,
Janganlah macam ni,
Tak berdaya satu badan,
Tak larat nak buat apa apa,
Nak bangun payah,
Berdiri perit,
Apa nak buat,
Perlahan-lahan lawan,
Harap esok bangun dengan sihat,
Seperti sedia kala.

Saturday, 9 June 2012

TERCANGAK



Sekadar mencatat cerita yang indah disini, 
Sikit payah pun tidak aku rasa,
Dongengan cerita perit yang tertusuk,
Tertonggeng pula nak aku hebahkan,
Yang aku sedang bazirkan masa itu untuk aku,
Persoalan? sampai kapan akan begini,
Hidupnya aku dimuka bumi ini bukan untuk tatapan,
Ragam sana sini aku kenali,
Semakin kelam seakan langit runtuh dikepala,
Sekian kali aku mencongak,
Mana pengakhiran segala ini?
Rebahnya aku hanya dalam keadaan sendiri,
Tercangak aku sedang mencari AKU yang hilang.