Payah sebenarnya bila dah mula nak memahami antara satu sama lain. Ceritera Si Cengeng dan Si Baran dirungkai dalam samar kegembiraan. Jangan risau kami juga manusia biasa, segalanya sama seperti yang lain cuma dalaman kami siapa ada tahu? Aku sendiri tak pasti apa tertanam didalaman Si Pengarang Jantung. Yang datang membunuh dalam diam tu. Aku harap tembok yang kami bina kuat kukuh nak bertahan lama. Biar sampai membina masjid bersama. Siapa tidak mengerti? Bukan salah aku, engkau mahu dimengertikan sama macam aku. Jangan terlalu membantah. Segala yang dirancang tetap DIA yang tentukan.
aku harapkan ini semua akan temu jalan yang sempurna.
