Wednesday, 27 June 2012

20 TAHUN



Perasaan dalaman ini asyik benar bermain, mungkin lama mungkin sebentar, mungkin panjang mungkin pendek, mungkin gembira mungkin bosan. Nampak atau tidak ini semua kerana dek satu rasa, kejujuran bertandang buat binasa. Yang dilindung satu persatu diselak, satu persatu dirungkai,  satu persatu dibuka. 

Didiamkan bukan kerana apa apa. Ini semua ada cerita yang tersendiri, payahnya dijaga, simpan serapi-rapinya sampai kini saatnya tiba. Kita harus bersatu dalam perkongsian ini. Dalam samar samar berbicara, penyampaian disampaikan perlahan-lahan dengan penuh berjaga-jaga. 

Senyuman tulus dengan kacaan air mata, cukup indah untuk aku tahu ini adalah lindungan yang hebat. Suara serak dalam perlahan itu buat aku rasa ini satu kejujuran yang bukan alang kepalang. Syukur kali ini rasanya terlahir dengan indera yang lengkap.

:: Bukan segala yang bermula dengan negetif akan berakhir dengan negetif dan bukan semua yang bermula dengan positif akan berakhir dengan positif.