Wednesday, 22 May 2013

Ini


Kalau ini tersarung dijari, Aku Si pelengkap tulang rusuk kiri. Aminn. 

Tuesday, 21 May 2013

Perihal Dewasa.

Kau dan aku sentiasa berlagah dalam satu satu permahaman yang entah apa nak difahamkan, itu ini nak direntapkan, Habis mahu aku kau robohkan segala tembok sampai salah satu dari aku dan kau tersenyum hanya mengaku kekalahan, Itu aku rasa sayang, Terima kasih hubby.

Aku takut yang julung kalinya bila kala engkau nyata Abah cerita perihal dewasa sama kau, Ada apa?
Jangan bikin aku ghairah,
Satu nafas kau sampaikan penuh tenang,
Dan apa ini?
Serius?
Apa dan apa lagi?
Aku kaku,
Nafas aku berlari dikejar hantu tetek. Tersorok.
Sikit suara aku tak mahu lontar,
Serba tak kena,
Kiri kanan aku bukan main nak ganas,
Ini perihal dewasa. PERKAHWINAN.

Benak aku membenak kaku, Aku menjadi seorang Isteri, Dan ini perihal serius yang harus aku kaji habis-habisan. Tanggungjawab aku bakal jadi menggunung, Isteri perilaku aku mampu?
Aku mahu tapi ini kala aku menjadi isteri dan aku isteri dan aku isteri? Abah soalan kau benar mengganggu.

Saturday, 4 May 2013

Aku perhati


Dari kanta perjuangan hidup aku yang tidak seberapa ini, segala satu macam rencana dunia aku lihat, satu persatu aku perlihatkan dari satu pandangan mata kasar semata. Dari satu tebing usang aku hanya amati yang terjadi tanpa aku minta drama ini berlangsung pantas.

Ini satu ceritera manusia yang mungkin perlahan melupakan asal daratannya. Habis terpapar segala sadis kisah insan yang terbang dalam fantasi nikmat sementara. Hidupnya yang bernafaskan gelojoh ganja yang nikmatnya tertusuk sampai tersadai engkau layankan akal merewang sini dan sana. Bukan dalam warasnya dunia engkau. Mungkin.
 
Aku hanya mentelaah tentang satu satu kisah kehidupan, bukan aku hanya semata lalui lorong kosong tanpa menggapai ilmu yang diberi percuma, Benak aku ini, aku cuba sedaya upaya gunakanya. Ini kuasa yang diberi percuma. Bagi aku itu hanya sementara mungkin. Kamus hidup engkau, Hanya engkau keluarkan maknanya sendiri. Aku noktahkan ceritera. 

Bangsat

Ada mata-mata yang jelek dengan aku,
Maaf sedikit mahu aku bertanya,
Hanya sedikit,
Mengapa?
Apa masalah haru biru yang aku letupkan?
Ada bersama engkau?

Untuk yang sekian kalinya,
Aku selesa dengan aku sekarang,
Aku masalah aku,
Sikit sakit pun aku tak hulur untuk kau,
Jangan jahanam mahu masuk campur,

Mulut kau hanya satu kata aku 
"BANGSAT!"
Menyusahkan arah kiri kanan,
Manusia, 
Boleh lagi aku terus bertanya?
Lorong engkau sudah cukup terang?



Thursday, 2 May 2013

canang

Sini ada satu cerita basi yang mahu dijadikan susuan semula,
Bangang ke kau nak lakukan begitu?
Ini semua sakai kau sebagai manusia.
Janganlah nak panjang cerita yang pendek,
Penat kau nak rentas highway,
Jauh,
Betul bukan kata aku?

Andai satu musibah hampir,
Aku tahu itu dari dia,
Aku terima,
Dan kau jangan rasa terlalu gembira,
Belum menang lagi didunia,

Tunggu yang atas akan jatuh je bawah,
Jangan bercanang sangat ya?
Aku cukup tak gemar.
Terima kasih.

Wednesday, 1 May 2013

mencarut

Satu-satu engkau ciritkan,
Engkau muntahkan,
Itu semua noda yang bikin,
Dusta yang kau cicirkan,

Sikit ke kau rasa?
Bodoh! 
Sebati mungkin batian ini,
Habis semua tercarik hati,
Celaka,

Engkau makin payahkan aku,
Aku ternoktah,
Tak ada kata,
Pundek.
Sialan ini semua sengat bisa,

cerita susah

"Tak susah kalau tak ada yang menyusahkan, hati aku yang susah sekarang ni, puncanya engkau yang menyusahkan, kau faham tak wahai si penyusah? Aku mohon jangan bagi susah yang sangat menyusahkan seperti yang susah sekarang ni. aku benci kau yang sangat menyusahkan".

Kenalan buruk

Malam ini aku ludah semua,
Yang mana bikin semak dalam hati,
Engkau dah boleh jalan!
Aku tak berminat walau sikit,

Pada engkau yang sakitkan aku,
Ini hati aku dah sakit,
Amat-amat dah kau buat,
Kenapalah engkau samakan?
Selalu engkau buat.

Samakan aku dengan yang lain,
Kalau 50 kenalan buruk,
Semua engkau golongkan,
Bila ditanya,
Apa kata kau?
Apa jawab kau?

Aku layak terima.
Sampai bila gamaknya?
Aku tak mahu punahkan,
Berubahlah.