Monday, 13 August 2012

Benar



Kalau dilihat dari mata kasar, boleh tampak mata ini sedang kuyu layu minta beradu, pedihnya! Minta pejam direhatkan. Kepala dah berat, sudah juga aku tampungkan dengan bantal empuk bagi selesa keadaan, yang merimaskan sila engkau nyah dari aku, 

Jangan bikin semak samun ini malam. Pinggang ada yang tak kena, bukannya aku arif benar tentang tubuh, apa mahunya aku hanya mampu untuk rehatkan sebentar segala organ bagi sihat diri sendiri. Kalau sekarang mata terkatup bawa pelayaran beradu jauh entah ke mana arahnya. Ini bakal jadi lena yang panjang tenteram

Sekarang ada permaian dalam akal, bukan main asyik melayankan. Permainan disusun dengan penuh teratur. mudah faham mudah beri jawapan. Benar aku selesa dengan permainan ini kala mahu dibuai satu persatu ceritera antara aku dengan dia lincah dlam maianan akal aku sendiri. Mahu aku tidak selesa? Salah jawabnya. Bibir tersengih, jauh dalam dasar aku bersyukur. 

Kerna hingga kini masih dia kekasih hati, Aku harap jangan punah matlamat ini rancangan kami dana berguni untuk raih bahagia. ME LOVE YOU