Benak aku tidak pernah sekali pun berhenti dari menguruskan perihal hari hari aku didalam muka bumi. Pernah aku lelah rebah dek sakitnya melanda benak ini. Mungkin tiada siapa pernah tahu. Sampai sekarang aku tak mampu lagi nak melayankan sakit itu ini. Hilangnya satu persatu kekuatan aku, mudah rundum aku kalah dalam satu-satu keadaan itu dan percayalah yang itu bukan aku yang benarnya. kenyataan aku, aku tahu aku lebih kukuh lebih tegap dan lebih kental dari ini. Aku ligat selongkar ruang ruang yang terbuka itu untuk dengar, untuk genggam jawapan yang aku cari, Kalau bukan kala itu aku terima jawapan jangan pernah khuatir, kerna aku sentiasa menuntut jawapan dihari-hari yang akan datang. Terimalah semua yang ini memang gayanya aku, bebelan sana sini aku terima untuk tidak memikirkan itu semua. Tapi ini adalah aku Izinkanlah kerna aku punya kehidupan sendiri yang penuh dengan pelbagai tanda soal. Aku perlu cari punca jawapan.
:: Aku benar-benar sayangkan diri aku ini. TABAHLAH NADHIRAH .....
