Bila satu saat sampai, aku mula nak pautkan kata, sepahkan bahasa, yang ada pernah berkata-kata kalau aku lemparkan ini dalam relaliti mahu orang fikir aku ni manusia yang gila. Alahai apa lah yang engkau sampaikan wahai Abang Matang?
Dengan lajunya aku teringatkan Fared Ayam. Tak semena-mena, dan macam mana kau nak rungkaikan bila A Samad said punya ceritera? Mahu nanti engkau jadi bahan untuk dipersendakan, Tak pasal-pasal. Dah pula engkau yang malu. bukan?
Bila lama sikit aku tinggalkan, mulalah macam mencari, Ibarat ibu hilang anak. Meroyan tak tentu pasal.
Menggelupur kencang macamkan ribut mengancam.
Payah dan terus payah, tahu ketagihan yang melanda begini bukan mudah minta untuk berhenti. Tiga empat hari tak dapat, mahu cekik pena dan nota asal dapat puaskan sikit gian dalam diri. Boleh mati.
Sebab ini semua dah terbiasa, sama macam pergi sekolah dulu. Tapi ini dah ada yang datang menjatuhkan. Kenapa engkau? Ada masalah apa? Berhentilah. Engkau berkata begitu bagitahu sebabnya apa?
Sebabnya bagi engkau Aku belum habis matangnya lagi, belum layak untuk gunakan ayat yang macam ni ke? Begitu ke maksud engkau?