Monday, 11 February 2013
durjana
Dalam kata yang kau campak, yang engkau lemparkan itu semuanya ada kala aku rasa seperti satu kata fakta. Dan ada juga masanya aku rasa ia seperti dusta belaka.
Bahayanya engkau! Jangan nanti engkau jadi durjana! Murahan!
Terlintas dibenak yang seperti bukan dalam fantasi sama juga bukan realiti yang terngiang. Mana sialan engkau datang?
Aku mahu jadi seorang pengusir yang tegar, biar tegap baru kukuh kental aku disini, Engku hanya aku siniskan semata.
Dan engkau percayalah, tak akan dapat kau pecahkan tembok-tembok tegap depan mata. Sebab kebodohan engkau terpantul membutakan mata sendiri.
Dan hari ini kertas yang kau nampak putih hampir usang rupanya satu masa dulu, sekarang aku hias dengan warna-warna yang aku cipta sendiri. Mahu engkau perbodohkan lagi?
Jangan kerna aku sudah selongkar akan semua tentang empunya engkau. Jangan biar aku jadi pewarta suatu hari nanti, menyepahkan perangai sampah engkau.
Berhentilah engkau.
