Saturday, 9 February 2013

Tampal kulit babi


Satu masa aku akan sesak, minta pernafasan. Tersangkut liang udara aku minta oxygen tu biar masuk sempurna. Sakit sangat.
Perjalanan hidup aku ini mungkin masih panjang.
Yang jalan depan tu masih tak siap. Aku tengah kumpul duit beli tar. Yang mana berlubang nak tutupkan lagi, banyak sangat nak kena buat.
Bukan hanya semata membuang masa menunggu satu kata yang entah bila tertunai, tapi itulah yang selalu sangat jadi. Aku bodoh kaku dan menanti.

Sampai satu tahap percuma sahaja dibodohkan. Aku dapat rasa, tapi penapis yang kau guna mahal harganya, tambahan pula dengan gaya jalan cerita olahan kau sendiri memang cukup buat kabur pandangan mata kasar.

Kau janji tapi kau mana pergi? Retak hati aku tunggu berkecai hancur.
Hadapnya aku, salahkan aku, apa yang kau buat? Aku tak nampak. LAKONAN teman seperjuangan kau membantu dalam filem murahan tu, berapa kau bayar? Boleh tahu?
Katanya kawan, kau tiada. Kau dibawah bersama siapa? Entah aku lupa namanya, En apa? dan yang pasti kenyataan yang sebenarnya?
Kau dalam bilik yang sama, bersama? Buat apa? Kata kau?
Boleh aku percaya? Aku tiada dalam filem murahan engkau. Maaf. hujung sangat rasanya.
DUA DAN SATU. HEBAT!

Mesti kau suka. tahu? itu semua dalam gaya-gaya kau yang pelik, Lain dari yang lain perwatakanya.

 ::Tahu kau buat tahu juga kau simpankan. tak ada siapa yang buka tak akan ada yang tahu.

Terima kasih sebab JUJUR. Ditampal kulit babi biar tebal tak nampak muka sendiri.