Aku sedang tertangkup, nak bangkit payah. nak merangkak sakit, nak berjalan aku tak mampu.
Kaki ni bergetar, bergetar kuat, sikit lagi aku jatuh terjelepuk.
Ya Allah engkau pencipta unggul
Kadang aku seperti lali yang teramat sangat akan duniawi. Belum Aku belum kenal apa itu Dunia.
Macam mana nak aku layan? Lelah datang menyerang sikit rasa kasihan pun tidak. Dan aku masih lagi sendiri melayankan segala macam yang tercicir dalam sanubari.
Pernah ada terlintas dalam otak sampai bikin benak mahu teruskan pemikiran.
Nak aku sampaikan pada siapa? Ada yang mahu dengar tanpa berikan kesan tsunami pada aku? Ada?
Janganlah! biarkan aku duduk dalam satu sudut dan buka segala pekung dalam dada sendiri. tak ada yang payah dari aku sampaikan cerita dan mencari manusia lain mahu nanti aku letak muka dikaki menanggung aib.
Nakhoda Jiwa aku sakit.
