Untuk hari ini sahaja, entah berapa puluh hati dah aku kemekkan,
Kejam bukan aku?
Mereka tak fikirkan aku.
Pokok yang aku jaga kini makin mengusang,
Entah apa yang tak kenanya,
Habis satu persatu daunnya menggugur,
Sama dengan hati ini,
Yang lama makin mengusang dengan tindak tanduk dunia,
Ya, aku juga tak sempurna,
Ya, sama dengan mereka-mereka,
Ya, aku bukan tuhan.
Padang ini sudah tidak secantik dulu,
Aku perlu membaja semula,
Kena mula lagi dari kini,
Aku mahukan padang yang tampak indah,
Aku mahu terruskan menanam biar jangan punah padang impian,
Untuk yang masih digelanggang pertempuran,
Sudahlah, aku muak,
Aku lali,
Berhenti, dan jadi yang lain,
Jangan jadi babi,
Jangan hangat menyengat,
Jangan menyusahkan.