Saturday, 31 May 2014
Juangan anak abah.
Abah kau tahu anak kau sedang buntu?
Sedang ini yang melonjak sangat anak betul-betul mahu.
Anak ini masih dijalanan mencari secebis nasi untuk 24jam nanti.
Abah kau tahu anak kau sedang dipijak?
Dengan keramaian luar-luar ini? Semuanya menghantar bisa-bisa seluruh badan. Anak mahu rengekkan pada siapa? Tak ada siapa peduli. Diam-diam anak isikan ruang pedih dalam rongga dengan pesan abah biar kuat tempuh jalan-jalan duri.
Abah anak ini sedang terjelepuk. Sudah termakan lumpur.
Benar rasanya sama sekali tidak likat pada rongga tekak, tak enak ya?
Abah anak mahu sampaikan, ada mereka datang bersama tombak tajam.
Anak harus laku apa?
Bakal matikah anak ini dijalanan? Itukah abah?
Abah, anak mohon jangan buntu teramat sangat. Anak masih punya nafas. Masih abah dengar dengus nafas anak. Manja anak pada ganggangan telefon. Abah masih nyata.
"Abah sayang adik"
Yes abah. I do,
"Adik sayang abah"
Sampai mati abah satunya tak ada ganti.
Dan abah harus tahu lagi. Adik masih dalam telapak abah. Restui perjalanan anak keduamu ini.
-Adik Ayang -
