Tuhan ada dengan aku, mana jalan aku tuju semua bertemankan tuhan. Tak ada siapa mampu tanding kuasa Dia. Aku pernah terjelepuk dalam belukar mana entah. Tak ada siapa endah. Hanya aku, kerna aku masih perlu alur jalan aku.
Aku mahu jilat seluruhnya bahagia. Tak ada satu pun terlepas dari sisa air liur sendiri. Harapan aku ini akan berjaya dengan hebatnya, dan aku terlalu malas untuk toleh sial-sial yang cuba imbau para celaka dunia. Sumpah aku tersangat lelah.
Kenalan hari ini bertukar dari ke hari dan banggalah aku dengan apa yang aku kutip. Meraka tetap dalam hati. Mereka tetap dalam relaiti yang aku punya sendiri. Yang layak aku sanjung. Yang salah aku sanjung dengan niat tak mahu menghadap lagi. Sumpah aku tak mahu.
Aku sedang bahagia. Alhamdulillah.
