Pernah dia menyapa. Jangan difikirkan yang bukan-bukan. Apa segala yang dilemparkan bukan untuh meruntuhkan malah untuk menambahkan lagi keyakinan, aku faham. Yang diajar mana caranya nak kentalkan diri bila suaranya menembusi gegendang telinga aku, dengan rasa yang perit aku simpan segala kata-kata. Aku sendiri tanamkan biar aku berubah untuk dilihat dimata dia, SALAH! Aku tukar persepsi itu, aku yakin itu ada lagi baiknya untuk diri ini sendiri.
Pernah juga aku suarakan pada teman, ada baik dan buruknya jawapan yang aku terima. Ini semua untuk aku, ohh baiklah. Sekarang seperti ada yang datang semak samun kan lagi keadaan itu, Binasa! amat berbisa. Ada juga rasa seperti sakit yang tertusuk duri racun yang tiada penawarnya. seperti rabak segala.
Mungkin hanya satu, apa yang engkau mahu?
