Saturday, 22 December 2012

Bukan normal


Bukan normalnya bila sekarang aku nampak mana payahnya jalan depan tu, sendiri nak tahu mana yang terang menyala mana yang gelap gelita? Mungkin sebelum ni aku hanya tahu untuk ungkap dengan kata kosong, sekarang kosong tu dah bergema bermakna. Lagi tambah segala perencah rasa. Bagi jelas, bagi cukup semua adunan dalam satu batian.

Jujur aku perlukan masa untuk sendiri, lagi tambahan kali ini ada sahaja yang datang menyerang, sakit sakit aku nak melawan. Entah yang sampai mana punya tahap puncak nak jangkau rasa celaka bangsat ini? Aku makin lama makin kabur, makin hilang dalam kawalan aku sendiri, kenapa? Dalam seronok aku atas awangan, bersiul, bersimpang siur ada pula Si Sialan datang menyerang sampai patah satu sayap aku! Bangsat! Mana gayanya aku nak berada kukuh diatas dengan sebelah sayap semata huh bodoh? Mampu ke aku?

Yang tergolek-golek aku kala ini macam mana? Luka aku makin rabak, bernanah! Nafas aku sesak, Bantu aku! Tolong bantu aku dengan hanya satu cara, Aku benar sakit. Dalam sakit-sakit aku, aku sedang merangkak perlahan sama tahapnya seperti seekor siput babi yang lembab.

Heyhh percaya aku masih lagi cuba merangkak perlahan-lahan untuk baiki diri sendiri, Mungkin tidak perlu buat perbandingan menyerlah tentang aku dan yang lain, Kenapa aku harus faham itu gaya engkau, kenapa engkau tak terlintas untuk berubah.