Niat dihati hendak berkawan,
Tapi sayang terberi harapan,
Niat dihati hendak bersahabat,
Tapi sayang terberi harapan,
Lalu mula timbul satu rasa,
Rasa yang merubah segala,
Dahulu hari-hari bersua muka,
Kini sudah mula mahu bermasam muka,
Dahulu sering bermesra,
Kini sepi seribu bahasa,
Dahulu sering bergelak tawa,
Kini tinggal hanya sepatah dua,
Dan hari yang berlalu,
Segalanya tampak mendung kelabu,
Diturutkan hati keliru,
Hilang sudah kebahagian dulu-dulu,
Yang sayang tingginya berbukit gunung,
Sekarang tertinggal serpihan rindu selubung,
Mungkin benar kata mereka,
Berkawan juga ada garis halusnya,
Tersilap langkah,
Habis segalanya musnah.