Friday, 6 December 2013

PENGHUNI JIWA

Untuk Penghuni jiwa.

Masih ingat tentang hari-hari yang lepas bersama aku? Memoir kau dengan aku? Surat cinta yang aku post dalam genggam aku ke genggaman kau? Semua kiriman salam yang aku sampaikan atau serpihan rakan menyampai pada kau? Setiap satu inci cerita antara aku dengan kau? Kau ingat wahai Jiwa? Aku ingat. Dan kerna tertulis dalam buku diary aku sendiri yang aku masih gagah untuk paut tangan engkau ke kanan kiri. Untuk rangkul kau dalam jatuhnya aku, untuk simpan kau sebagai Jiwa aku. 

Penghuni Jiwa,
Mungkin hari ini aku sedar.
Tentang kita, tentang kau dan tentang aku.

Kita sudah tempuh sama. Sama-sama sakit, sama-sama suka. Dalam sakit aku kau jaga. Dalam bola mata aku berkaca kau tepis kaca jangan biar kaca berjurai. Dalam sebak aku kau lemaskan aku dalam dada untuk raih selesa. Untuk 3 tahun Aku dengan kau bangkit jatuh sama. Jiwa apa kau rasa? Sedar tidak banyak lakaran kita lakarkan yang kini hanya perlu indahkan dengan warna-warna?
Maaf jiwa. Mungkin sekarang kata aku. Aku tak mampu untuk berhenti sayangkan kau ini jujur dari dalam aku.

Penghuni Jiwa.
Kau pernah janji dengan aku yang kau akan bawa aku pergi ke satu destinasi yang indah. Jangan lupa. Kata kau mahu halalkan hubungan indah ini. Jangan lupa kerna aku mahu jadi makmumnya engkau Wahai bakal Imamku.