Hati ini sudah koyak tapi aku masih lagi pertahankan selagi mampu kudrat diri. Masih lagi aku jahit dan cantum semula cebis hati moga tidak bersepai ke sana ke mari. Kerna ini adalah hati aku, ada siapa yang tahu? Seperti tiada. Eh ada? Kalau ada yang tahu kenapa ada yang sampah-menyampahkan? Lagi datang toreh guna pisau legend tajamnya. Kenapa? Tak kan pula mahu aku melutut merayu dayu untuk menghimpit ruang jiwanya rintih simpati? Celaka. Kau bukan siapa-siapa.
Kata orang-orang lantakkan, biarkan. Biar padan dengan muka pada pelapah babi hati, kalau satu hari dah tercanak dekat batang hidung sendiri. Yang sudah kau buang hati eh kau datang lagi hina mengeji. Kau lelaki serupa apa? Serupa binatang yang bikin aku jadi perempuan jalang? Kau murahkan martabat. Kau bunuh aku perlahan-lahan dalam diri ini. Kau yang patut dihina keji sampai kau mati kerna perempuan yang kau sedang tandingi. Tahniah.
Sekarang kemenangan apa yang kau raikan? Seronok dengan sokongan ribut katrina dalam sambutan sialan kau? Eh, lama mana lelaki? Kau boleh maki maki perempuan yang keji ini? Lama mana? Aku taruhkan di Sana nanti kau dapat yang sahih dari yang maha mengadili. Dalam dunia ini kau terlalu berani dengan menghukumi. Sudahlah, cuma mata aku memerhati tanduk-tanduk tajam iblis kau. Jangan terlalu mendongak langit hanya kerna kau seorang Lelaki.