Sunday, 20 October 2013

Bahas si pembahasa

Aku suka buka ruang baca semua sekali. Aku kaku bila tatap satu puisi atok janggut putih yang panjang itu. Bahasa atok itu kena faham dengan bait-bait kata indah yang dia sembur penuh karya tersendiri. Dia rembat apa dia mahu. Aku mengerti prosa atok melalui kamus. Sangat mahal bahasa atok.

Penulisan orang-orang macam ni siapa mahu faham dengan fahaman melapetaka kau? Silakan wahai sibodoh. Mahu menilai lebih untuk apa sibodoh? Sedangkan Si monolog sudah dapat rencah formal dan kesenian, engkau pula mahu meyeluk kain dalamnya. Untuk apa sibodoh? 
Hai sungguh bodoh kau sibodoh!

Nasihat aku, nikmatilah bahasa serta pembacaan ini perlahan-lahan jangan mahu gopah gapah. Macam mana mahu hadam? Jangan gelojoh. Takut sampai terpinga nganga membaca sedangkan sudah ke muka terakhir. Satu haram tak boleh kau pusingkan dalam benak.
Sebab benak kau membenak teruk. Hentak sikit bagi stabil ya?

Untuk aku ini adalah unik, Ini ekspresi diri. Dalam sesedap rasa dia ludahkan kata penuh gaya emosi.