Friday, 18 October 2013

Terpandang

Aku manusia yang sama, sama macam manusia yang lain. Sama macam kau. Sekadar berpinjam dunia ini semata. Sekali aku imbas, aku terpandang artikel. Lah apa lagi nak dikeji dengan keputusan orang? Subhanallah. Undang-undang Allah sudah disahihkan, cuma dia melanggar undang-undang yang manusia cipta sendiri.

Engkau ini mungkin jenis manusia yang hanya tahu menggunakan mulut. Hyehhh orang! Lidah kau bercabang dua mungkin. Kau hunus kata main suka mulut engkau nak kumat kamitkan. Ingat kau juga manusia yang sama dengan aku, tapi mulut kau sekarang dah serupa taraf tahi yang aku keluarkan dari dubur. Busuk Jijik! Kenapa ya mahu jadi seperti itu? 

Hye orang jangan megah sangat entah kau tahu atau tidak kau sebenarnya dah berada dihujung tanduk. Sikit lagi kena tiup engkau jatuh mati. Tak payah dipijak lumat. Tiba ajal kau satu hari nanti. Bawa sedarkan diri. Ini dalam realiti DUNIAWI bak kata my daddy.

Ini rambang aku pandang aku baca aku rasa. Alhamdulillah deria yang dipinjamkan ini aku pergunakan, ada kadang memang salah laku aku untuk deria percuma tanpa bayaran ini, dan aku mohon yang mana salah laku aku pernah aku lancarkan tak hendak aku perjuangkan lagi. Cukup noktah sampai sini. Kalau dibawa lagi perjuangan ini. makin melarutlah. 
Sama seperti gula dengan air, lama-lama sebati. Yang itu pasti aku tak mahu tradisikan. Sangat celaka. 

Aku ada idola aku sendiri. seperti yang lain. Aku mahu jadi seperti itu, ye aku peniru sama macam aku,
Sama macam kau juga. Jangan hebah kau kata kau tak meniru sesiapa, itu celaka. Kalau bukan kau meniru mana kau tahu tentang dunia? Bukan untuk berlagak tapi pinjam serpihan pengalaman idola untuk buka lagi biji mata yang sepet ini seluas mungkin.

Bagi yang baru bercucuk tanam jangan cakap pasal pengalaman kau banyak amat. Kenal itu ini. Baja untuk tanaman kau belum khatamkan lagi. Lagi bercerita indah-indah?
Aku layankan tapi engkau tahu? 
Bagi aku sampah! kenapa mesti kau hebahkan? Bangga? Tak! Itu bakal memalukan. Dah setaraf dengan tahi ayam yang aku pijak. 

Hdup aku bukan semuanya confirm dapat, bapak aku belum lagi orang terkaya dengan harta yang tak boleh dibawak ke dalam liang lahad. Cukup sekadar untuk menyara keluarga.
Aku bersyukur.
Untuk waktu ini aku hanya teraburkan kata-kata. Sekarang tiada nista hanya jujur belaka. kadang orang tak pernah tahu dalam ketawa terbahak-bahak aku hati paling dalam aku sudah dilanggar dengan muatan berat yang kilonya tak boleh tampung dek kemampuan manusia. 
Itu sangat celaka lagi dan lagi.

Hidup ini berjalan pusing, hari ini aku gelak kan kau, esok lusa kau datang kau gelakkan aku, mahu yang kau punya lagi sepuluh kali ganda dari aku. Sekarang semuanya Cash! Alhamdulillah. Aku masih anak-anak yang masih perlu tunjuk ajar. 
Aku buang rasa malu untuk pembelajaran dunia.