Semua terima dengan percuma,
Bukan payah nak jaga,
Mudah,
Hanya pandai dan bodoh semata,
Dan kini,
Aku sedang pertahankan tembok pengawasan,
Yang sikit-sikit mahu rebah ke bumi,
Aku sedang lawan,
Hingga hilang kuat kuat badan,
Aku sedang tahan,
Biar yang berderai, berkecai, terkulai, terburai,
Satu-satu aku simpan serpihan,
Biar boleh bina,
Yang hebat, tegap dan kukuh,
Untuk aku satu masa pelayaran nanti.