Kami anak muda, Masih ada impak tsunami mahu kami tamatkan.
Kami anak muda masih telaah satu-satu aksi dusta para durjana.
Anak muda ini tidak mahu khatamkan kitab dunia ini, tidak mahu sama sekali!
Banyak lagak sana sini,
Banyak persendakan kaki sana, kaki sini,
Berbagai haram kejadah lagi.
Mahu terjumpa intan tulen satu dalam sejuta.
Ini kisah dunia kata kamu berdua.
Kami anak muda yang disisihkan,
Kami dilemparkan,
Tersudut terdampar. Kenapa?
Yang melahirkan dari benih yang sahih hanya dilayankan anak muda ini ibarat kertas,
dihembus angin.
Bersepai sana sini kami si anak muda,
Anak kamu berdua.
Tahu ini halal dari kamu. Ingat?
Masa kamu bersetubuh sama pada malam kamu mahu ingin terjadinya aku insyaAllah dengan izin yang Esa.
Terpancutnya air mani salah satu dari kamu.
Terjadinya aku dalam nafsu kamu berdua.
Dengan izin Allah.
Ingat?
Kamu asyik dikamar saat itu, beromen bersama.
Kami anak muda, bukan dugong dipersisiran lautan,
Kami anak muda yang bangkit dengan jiwa sendiri. Kerna apa?
Kerna ibu bapa kami.
Mana mereka?
Masih belum mati, tapi apa sedang jadi pada anak muda ini?
Aku tak berapa pasti.
Tak mahu tuding jari.
Ada akal fikir sendiri, kata-kata lama kamu berdua makan garam sebelum anak muda ini.
Dan sekarang apa sudah jadi?
Anak muda ini sedang beraksi dipentas yang tidak terjulang.
Tanpa ditonton kamu berdua.
Kenapa dengan kamu berdua?
Kami anak muda baru mula berumah tangga, tanpa tautan bersama kamu berdua.
Hanya anak muda bersama cinta.
Inikah namanya?
Mengaku mahu tidak?
Harap kamu berdua waras dalam tindak tanduk pada hari nanti-nanti.