Saturday, 2 November 2013

Atok

"Untuk sekian kali aku harus tempuh kehilangan, aku kuat aku redha"
Pernah aku rasa kehilangan,
Aku faham dengan rasanya
Aku terima dengan akal dan hati terbuka,
Tak mahu mata aku dijamah dengan rupanya yang sakit seperti ini. 
Sakit dia bukan badan aku menanggung.
Kalau yang tertulis adalah hari ini,
Aku terima segalanya.
Tak mahu mata melihat ragamnya merengek kesakitan,
Kuatlah atok untuk melawan. 
Cucumu doa agar semuanya kembali pada asalnya,
Aku rindu berbual dengannya,
Aku rindu bebelannya,
Aku rindu hilai tawanya,
Pernah dia sampaikan,
"Atok mahu kau berjaya dalam hidup bentar ini"
Itu janji aku.