Wednesday, 6 November 2013

Buaya

Titik sini aku berdiri,
Titik sana dia memerhati,
Bila aku jeling dia turut menjeling,
Aku rasa ini boleh susun langkah,
Mata aku terus perhati dia.
Sangat macho! 
Dia juga perhati aku,
Ehh, sekarang mata bertentang mata,
Meremang tegak bulu roma,
Ohh! ini mungkin cinta bisik hati,
Aku cuba dia lagi,
Aku hulur tangan minta digapai,
Dan dia turut hulur,
Tapi....
Tangan dia tak sampai,
Ishh apa ni? Aku mahu dia! 
Buaya dibawah sudah menanti hendak menerkam,
Kalau tangan saling berpaut kami sudah maut,
Sekilas pandang buaya ini sudah lama memandang,
Berabad tidak hadam daging manusia agaknya,
Rakusnya buaya ini!
Bahaya!
Aku masih lagi berhubung mata dengan dia,
Aku bagi isyarat seterusnya,
Aku pandang tajam tembus pandang mata dia,
Mata mahu menangis sehebatnya,
Aku tak jumpa jalan,
Aku mahu dia disamping aku,
Bagaimana?
Tiba-tiba...
Aku terasa getaran dalam kocek skinny pinjaman,
Cellphone berirama seiring dengan getaran,
F : Hello,
G : Hello, Ayang kita jumpa dekat atas ya? Kita naik escalator, tak kan lah nak jumpa dekat tengah ladasankan?
F : Okay Hubby! 
Dalam benak aku berpusing. Ishh bodoh punya keretapi (BUAYA) kacau mata bercinta dilandasan 

Imaginasi aku makin karut dengan rasa berbunga hati