Aku layankan kau dalam tawa bukan terbahak, aku melayankan kau dengan gaya-gaya aku sendiri.
Sambutan hari jadi aku suramkan. Atas kau puncanya si penerjah hari.
Terlupa padam?
Atau kau sengaja mahu bikin onar perang atas cerita songsang?
Sakit hati aku melayankan dalam GOLDEN DAY kau.
Perwatakan aku lumayan asal kau buta dalam menilai.
Fikirlah sayang
------------
Aku tak mahu engkau. Tiada gambar kita berdua kelmarin kerna aku gembira dengan last mata bertentang mata.
Benak, dan hati mahu ingat rupa peraga kau sikit serupa dengan aku. Itu yang pertama kalinya.
Tak perlu bergambar kerna sudah ada dalam foto hati kita. Itu yang akhir kalinya.
Itu hari jadi kau dan hadiah aku
Terima kasih untuk hadiah yang kau beri.
Baju,
Kayu sugi,
Duit terakhir
Ini bukan kisah ending seperti buaya. Itu tak menjadi. Dan aku hanya berdiri dalam titik sendiri. SEPI.
:: Dan tak mahu lagi aku jinjit tangan kau ke sana sini kerna aku noktah sampai sini.

