Sementara senyuman aku masih lagi diukir dalam nyatanya semulajadi.
Janganlah kau cuba nak datang berhenti konon gagah tahi.
Nanti mahu kau dapat perlihat aku mahu sepak kau untuk saki baki.
Aku manusia biasa bukannya Nabi.
Kerna ini dunia yang kau patut amati.
Dikenang segala hutang budi,
Tapi jangan sampai tercekik mati,
Kerna kau bukan ajaran yang aku anuti,
Sekadar aku dan kau hormat menghormati,
Jangan diajar dengan hina maki,
Jangan diterajang dengan kaki,
Diakhirat nanti kau seronok menjulang sakit sendiri.
Buka mata, buka benak, buka hati,
Jangan bagi buta tak kenal realiti.