Saturday, 30 November 2013

Hati. Dan. Aku

Diam bukan mahu beralah
Tapi letih beralah.

Bisu bukan tak mahu
Tapi tak mampu.

Pekak bukan tak dengar
Tapi masih cuba bersabar,

Lubuk hati ini bersarang 
menunggu datangnya si parang,

Yang ditayang tak semestinya 
yang bersarang,

Yang ditunjuk tak semestinya
yang terperuk,

Sebentuk hati ini penuh rahsia
dan pilih untuk pendam segalanya,

Bukan takut kecewa,
cuma sudah sering terluka.

Ini punya aku.
hanya aku.